Terapi minda

Assalamualaikum...



Balik rumah dari tempat kerja tengok bunga berkembang mekar jadi satu terapi minda pulak untuk mama. Penat-penat balik dari kerja tengok bunga-bungaan rasa lapang je minda nih. Siram bunga, cakap-cakap sikit dengan bunga...ehehehe ehh betullah bercakap-cakap dengan pokok bunga boleh apa walaupun bunga tu tak boleh dibawa lawan bercakap kurang-kurangnya lega juga bila bercakap dengan bunga-bunga nih.

Mama tak ingat sapa yang cakap katanya satu hari tu cuba kita buat satu kebaikan yang sama contoh bagi makan kucing, hari-hari buat benda yang sama, contoh yang lain balik dari kerja siram pokok bunga, cuba jadikan rutin, benda nikan satu perkara yang baik cuba buat berterusan, harapnya apa yang mama buat ni salah satu kebaikan yang berterusanlah hendaknya nak cuba jadikan rutin, tak dapat buat benda-benda yang besar lagi kita mulakan dengan yang kecil-kecil dulu.

Moga dapat manfaat bersama.

Wassalam

Comments

  1. Beautiful.
    www.rsrue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kata org camtu, nk bagi bunga segar, rajin berbunga, kena selalu sembang dgn bunga tu, tapi akk ni takde sempat nk nyembang dgn pokok bunga tu, balik rumah nk kejar kerja2 rumahla plak..
    Betul tu, tak mampu buat benda2 besar kita mulakan dgn amalan kecik 2 dulu, yg penting istiqamah.

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak. Ckp dgn tanaman pun boleh jadi terapi. Bagusnya takde sapa nk melawan kata kita. Hehe

    ReplyDelete
  4. Gemuk pokok bunga Dan bunganya pun mekar2. Mesti cukup kasih sayang kan

    ReplyDelete
  5. Saya ada tanam orkid... banyak juga dah.. memang menenangkan minda bila kita tengok pokok ni.... sejuk mata memandang... sebab hijau kot... hihi

    ReplyDelete
  6. Baru teringat.. ikan kat kolam blom dibagi makan pagi ni. Nasib baik Mama ingatkan.

    ReplyDelete
  7. Cantik bunga tu. Setuju mama, tanaman, haiwan semua tu pun makhluk Allah yang perlu kita santuni. Moga usaha kecik kita berkekalan jadi amalan yg berterusan.

    Jangan kata orang penat balik keja je bersembang dgn pokok2, kita yg dok rumah ni pun setiap pagi mesti nak say good morning dulu kat pokok2 hehe..saja amik mood :)

    ReplyDelete
  8. Kalau kita dah minat tanam bunga. Memang rasa gembira nampak bunga berkembang

    ReplyDelete
  9. Canteknya bunga2 yang dah berkembang spt tu kan....sedap je mata memandang.
    Akak suka tanam bunga tapi akak tak pernah pun menyembang dgn pokok,walaupun akak tau kata nya pokok2 akan lebih subor.Tak pandai lah akak nak bercakap sesorang depan pokok bunga apatah lagi rumah akak ni banyak kedai dekat2....nanti org ingat akak akak tak betul pulak....hihiii.

    ReplyDelete
  10. Cantik bunga mama...
    Ada juga teman bercakap petang2..
    hihihi.

    ReplyDelete
  11. Betul lah tu mama. Berbudi kepada tanah, berbuat baik kepada haiwan, mereka akan mendoakan untuk kita. Ain teringin nak ada laman rumah banyak pokok2 & bunga2. Belum ada rezeki rumah laman luas. Suatu hari nanti InsyaaAllah. :)

    ReplyDelete
  12. kite x reti jaga pokok/bunga haha. kalau ada mesti mati. sedih tau :( mybe sbb x sempat nak selalu tgok tgok kot

    ReplyDelete
  13. Sayakan tak pastilah AA. Saya ni memang tak minat bunga. Jadi saya tak nampak tang mana seronoknya tengok bunga. Hahaha!

    Silalah jangan ikut perangai saya. Memangnya saya ni tak pandai berbudi pada tanah dan terimalah padahnya. Nak apa semua kena beli!

    By the way, jiran saya dulu selalu bercakap dengan pokok-pokok tanaman. Katanyalahkan boleh membantu tumbesaran pokok-pokok dengan baik. Entah betul ke tidak, tak tahulah pulak sebab saya memang tak pernah bercakap dengan bunga. Bercakap dengan orang pun kurang dalam sehari. Membebel dengan orang tertentu aje memanglah rutin ^_^

    ReplyDelete
  14. Keindahan flora dan fauna memang boleh buat terapi minda.
    Pakcik pun selalu bercakap dengan pokok, dengan ayam, dengan lembu dengan kucing.
    Dengan moto dan kereta pun kadang2 pakcik ajak cakap.

    ReplyDelete
  15. cantiknye bunga bunga tu....suka tgk bunga bunga berkembang mekar

    ReplyDelete
  16. cantiknya bunga.. imm pun minat tanam bunga n borak2 dengan dorang hahha

    ReplyDelete
  17. bagi makan kucing satu terapi sebenarnya. bila tak bagi sehari rasa macam rindu pulak.

    cantik bunga tu, pandainya menanam.

    aku cuba tanam kacang botol pun tak lepas-lepas.

    hehe.

    ReplyDelete
  18. Salam kenal. Cantik bunga. Macam mak saya pun suka bebeno tanam bunga ni. Suka juga la tengok halaman rumah penuh bunga. Sy follow ye sis.

    ReplyDelete
  19. Cantik bunga2 ditaman kak lah..
    Memang seronok kalau tgk bunga2 kembang mekar..
    Ira penah juga tanam bunga, tapi kawasan rumah x sesuai nk menanam. Selain pokok bunga mati, pasu sering tergolek ditiup angin. Skg ni pasu terbiar kosong je. Teringin nak tanam bunga. Skg ni terapi minda bila bg ikan makan dgn bergurau senda dgn anak2..

    ReplyDelete
  20. cantik.. rajin akak berkebun.. :)

    ReplyDelete
  21. Bunga mak kat luar tu daun je Azra... tak payah nak siram siram. Pandailah hidup sendiri hihi...

    Den ni suka gak bunga tapi nak belanya kurang suka...Acane tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts