Projek hujung minggu

Assalamualaikum...

Tengah rileks santai sebab apa yang mama rancang minggu ni dah berjaya dibuat. Alhamdulillah bersyukur juga sebab en.azmi rajin juga melayan idea-idea isterinya ni. Pagi sabtu settlekan semua kerja dulu, lunch pun mama dah siap masak awal-awal, siap semua kerja ambik kayu, gergaji semua mulalah projek mama. En.azmi kerja pagi. Tengah hari tu dia balik tengok isteri gigih menggergaji kayu, dia masuk rumah tukar seluar terus keluar tolong isterinya.

Dah ada orang buat mama pun bagi arahan je la apa yang nak dibuat walaupun en.azmi masih kabur-kabur apa idea isterinya ni.. Macam selalulah kan mesti dia kabur-kabur dengan penerangan isteri dia ni walaupun terang lagi bersuluh apa yang dikata hehehe. Mama nak buat kerusi simple-simple je. Asalkan dapat kemas ruang depan tu dari kayu-kayu yang ada tu kan. Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan niat mama ni nak siapkan projek yang tergendala tu, bukan tu saja siap tambah projek baru lagi.


Konsep hispterudin katanya hahaha...itu je yang mampu mama buat meja kopi.tu yang dulu mama pernah cerita cuma hari ni dah di upgrade sikit bagi kukuh dengan letak lapisan bawah tu, oklah sikit berbanding sebelum ni ada goyang-goyang sikit, bila dah ditambahbaik barulah ok sikit. Kerusi tu pun 2 tu je la yang dapat, kira oklah buat tambah-tambah cuna nak beli pelapik je supaya tak kematu vontot tetamu yang datang, rumah mama takde sofa empuk ada kerusi kayu gitu je la. Opsss kerusi yang comey yaya duduk tu bukan mama buat ye itu dibeli lama dah.


Ini projek tambahan..dah alang-alang buat kerja tu kan teruskan buat apa yang terlintas nak.buat, papan tanda "TAMAN KAMI" tu hasil kerja abg adam dan adrien, tempat bunga bertingkat tu hasil kerjaan mama dan papa lah, buatlah walau senget bengetkan, dapat tanam 3 jenis bunga. Tingkat atas sekali pokok ati-ati, tingkat 2 mama tak tahu nama pokok tu,maktam yang bagi cantik bunganya kuning oren berbunga je tak putus-putus lagi, ada 2 pokok lagi maktam bagi bunga ros dan bunga raya. Tingkat bawah mama tanam pokok.seri pagi. Petak yang lama tu masih kekal dengan bunga seri pagi bercampur pelbagai warnalah.

Syukur alhamdulillah apa yang dirancang berjaya dilaksanakan hasil kerjasama suami isteri ahakss..mujur en.azmi tu rajin menolong kalau tak jenuh juga mama nak siapkan. Mana nak gergaji mana nak memakunya lagi. Ini oklah mama gergaji bab memaku en.azmi yang buat, jenuh juga kalau nak paku sendiri kayu tu keras juga. Seronoklah tengok taman mini mama dah santekkk. Pokok cili, kunyit letak belakang rumahlah..haa itu projek akan datang. Selain pokok bunga mama nak tanam juga pokok yang boleh digunakan macam cili, daun kunyit, pokok terung dan lain-lain pokok yang sesuai...errr durian sesuai ke??? Ahahaha...

Oklah sampai bertemu lagi

Wassalam

Comments

  1. Replies
    1. terima kasih sha...idea dah lama ni tapi itu je yang mampu dibuat

      Delete
  2. Haha, tanamle mama pokok diyan ke apa ke, eh kan sekarang pokok diyan boleh tanam dlm pasu, baka apa ke namanya, tak ingat plak.
    Wah Kira hujung minggu mama minggu ni penuhla diisi dgn projek menggergaji dan memaku yea. Ee..jelez akk tau. Nak buat tak reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..memang dah tengok pokok durian dekat nursery bunga yang saya pergi tu, sikit hari lagi memang saya beli la letak dekat rumah hahaha..dah berbuah nanti datang makan ye.

      ala kak buat simple2 je itu je la yang mampu pun nak buat yang kebabomm memang tak reti lah saya

      Delete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis

    Rajin ya en suami melayan idea isteri

    Bagus dapat bertukang di masa lapang

    Dapat keluarkan peluh dan juga eratkan kasih sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam mazni, alhamdulillah akak sihat, terima kasih sudi berkunjung.
      itulah rajin en.suami melayan idea isterinya ni

      Delete
  4. Mana dapat kayu banyak2 tu... minta sikit... hihi... kepuasan tu penting dalam apa2 rekaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami akak ada kerja di port, customer nak buang kayu2 ni jadi dia ambil bawak balik.

      Delete
  5. Kreatifnya akak. Walau simple nampak hispternya tu. Tahniah kak :)

    Ana bab2 ni fail. Yg teror ayah ana je. Bg apa semua dia boleh buat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ana..itu je yang mampu dibuat nak buat lebih2 akak pun tak pandai juga

      Delete
  6. Salam AA!

    Amboi, makin kreatif suami-isteri ni!Tapi rasanya si isteri lagi kreatif daripada suamikan sebab idea semua isteri yang beri. Suami tolong siapkan apa patut aje ^_^ Tapi yang penting hasil kerjasama suami-isteri dapatlah jadikan impian tu kenyataan. Nak tunggu lagi apa projek seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. si isteri cuma bagi idea je MD, suaminya yang melaksanakan hehehe

      projek seterusnya nak tanam sayur-sayuran pulak MD inshaAllah

      Delete
  7. salam kenal dr ct...kreatif sangat...teringin jugak nak buat tp xkesampaian lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal ct..terima kasih sudi singgah sini

      Delete
  8. Nampaknya dah boleh ambik tempahan kerusi hipsterudin ni haha.... Bizi menukanglah nampaknya bulan puasa tahun depan hihi...

    Lepas ni projek apa pulak agaknya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..siap ambik tempahan tu ehhh gigil lah nak buat kalau ada tempahan ini buat suka2 je, senget benget tu ha takde ukuran pun main buat je.

      lepas ni projek tanam sayur-sayuran pulak mak

      Delete
  9. Rajin mama.. seronok buat as aktiviti keluarga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mamapp dapat jadikan aktiviti bersama keluarga dihujung minggu

      Delete
  10. Ya Allah kreatifnya.. sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah unni..ada sedikit idea yang Allah bagi

      Delete
  11. Cantik dan kreatif...
    Kurang2nya kayu yg dibuang tu ada manfaatnya kan dpd buang gitu je..
    Seronok jgk buat aktiviti gini hujung minggu.. Blh keluar peluh + eratkan hubungan keluarga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts