Wednesday 27 April 2016

Tunaikan permintaan abg adam je

Assalamualaikum...

Rentetan cerita abg adam menjual aiskrim malaysia. jual 20sen tu kira murahlah dan takde untung pun hehehe, takpe kita bermula perlahan-lahan ye, macammana mau untung kalau tokey aiskrim dan adik-adiknya yang lebih-lebih makan aiskrim tu hahaha

Mama sebenarnya nak tunaikan permintaan abg adam untuk berniaga, lagipun memang mama buat aiskrim untuk anak-anak makan, alang-alang abg nak berniaga tu, kita tunaikan lah. Sekurang-kurangnya ada juga masuk duit dalam tabung anak-anak.

Selain dapat duit masuk tabung,dapat juga membina keyakinan diri untuk abg adam, maklumlah abg adam pemalu dan adakala mama tengok abg kurang keyakinan diri, bukan mama nak kondem abg ye dan bukan nak cari kelemahan abg, tapi setiap yang kurang itu boleh diperbaiki, mungkin dengan cara menjual aiskrim abg dapat keyakinan diri.

Disamping itu juga, kita niat untuk bersedekah, mana tahu dengan niat bersedekah itu rezeki abg lebih murah,mama plan nak promote,kalau sesiapa nak buat majlis bolehlah order aiskrim dengan abg,masa tu baru kita kira keuntungan...hihihi.

Dengan anak-anak jiran abg jual murah tapi dengan mak-mak saudaranya abg jual sebatang 50sen...hehehe abg dah dapat tempahan aiskrim dari mak-mak saudaranya tu, mama tahu..mak-mak saudara abg tu, saja nak bagi moral support untuk abg kan selebihnya ibu,maktam, mommy tu nak bersedekah juga untuk abg kan, nanti makdak pun nak order lagi aiskrim dari abg, haaa mana tahu lepas ni banyak lagi order abg akan terima..hihihi

Mama bangga dengan semangat abg nih, macammana abg dapat idea nak berniaga pun mama dah rasa bangga tau,kecik-kecik dah boleh fikir macam tu, syukur alhamdulillah tentu Allah yang gerakkan hati dan fikiran abg kan. Lagi mama rasa bangga bila dapat duit yang orang beli aiskrim abg simpan dan tak guna pun duit tu.bagus tu abg,kumpul ye untuk beli basikal nanti,bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu tentu kita akan hargainyakan.

Positif sahaja abg...rezeki tu Allah yang bagikan,mama sekadar tunaikan permintaan abg, seronok juga bila ada orang datang beli kan,ada yang cakap aiskrim lemon yang mama buat tu sedap, alhamdulillah syukur, bila buat sesuatu untuk dijual pasti kita nak orang puashatikan, macammana kita nak makan sedap,macam.tu jugalah kita buat untuk jual pada orang.

Apa yang penting bagi mama tengok abg senyum bila orang datang beli aiskrim dan abg seronok tunjuk duit yang abg dapat, walaupun tak banyak mana...hehehe, syukurlah abg rezeki untuk abg tu, nanti kita usaha lagi ye,inshaAllah akan ada yang beli lagi nanti.




Abg adam yang tak sabar nak besar, hari-hari tanya bila abg nak tahun dua..hihihi, ada-ada je abg ni kan.

Doakan abg adam ye, mana tahu satu hari nanti abg jadi tokey aiskrim yang berjayakan, inshaAllah..mama sentiasa doakan abg.

Wassalam

16 comments:

  1. Go adam go... Pandai dia berbisness....
    Lagi untung bila orang sekeliling bagi support :)

    Teringat masa kecik2 dulu, kami adik beradik suka juga jual aiskrim M'sia ni kat jiran2... hehehe.. rasa seronok bila dapat pegang duit sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Usahawan termuda, Alhamdulillah, rajin berniaga ni bagus, lagipun punca rezeki pun dari berniaga. Moga adam berjaya dunia akhirat. aunty nak jadi investor pun jauh hehe..hensem adam ni lagi rajin lagi hensem..

    ReplyDelete
  3. WAH BAKAL USAHAWAN BERJAYA ABANG ADAM NI..

    ReplyDelete
  4. pandainya dia bisnes, kadang tu anak2 ni saya harap tak besar cepat sangat. miss the days while they were young

    ReplyDelete
  5. Insyaallah Ilah abang adam akan jadi usahawan kelak.
    Anak akak Iman selalu tanya dengan akak macamana nak cari duit...katanya nak jual aiskrim lah tapi bila akak nk buat kan suruh jual kat sekolah agama tak nk lah pulak sebab katanya ramai yang dah jual.

    ReplyDelete
  6. AA kena selaraskan harga tu dari sekarang ikut harga pasaran
    Kakak rasa dgn cara itu Adam akan lebih gembira dan kira berbaloikan buat AA juga. Yelah bahan mentah yg diguna dan tenaga kena ambil kira juga dlm business ni kan:)

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn kzakie, buat permulaan dulu tu niatkan jadi sedekah, dan promosi,next round bolehla letak harga yg berpatutan, dekat area rmh akk ni org jual rm1 sbtg, tu pun aiskrim biasa cam sirap, oren tu org dh jual 0.30 sebtg.

    ReplyDelete
  8. Betul tu sis. Niat nak bersedekah kan, In Shaa ALLAH nanti rezeki abang adam semakin melimpah. Chaiyok-chaiyok abang adam. :)

    ReplyDelete
  9. Assalam... bagus dier kecik2 dh ada business minded. Sokong kan ajelah !

    ReplyDelete
  10. Minat si abam tu elok di pupuk... insyaAllah bukan setakat jadi tokeh aiskrim tapi pengusaha... memiliki kilang dan jenama aiskrim sendiri mcm padle pop tu...

    ReplyDelete
  11. Wah.. abg adam dh jadi tauke aiskrim.. semangat dr kecil tu nampaknya ada potensi nak ceburi bidang perniagaan nanti..

    ReplyDelete
  12. Bagus tue akak , kecik - kecik dah pandai nak berniaga ... Perlu dipupuk supaya nanti dah besar boleh jadi business man pulak . Amin. Good job abg . =)

    ReplyDelete
  13. kecik2 pandai bisness da..mudah2an jadi usahawan terhebat

    ReplyDelete
  14. Pandai adam bisnes aiskrim. Jual aiskrim ni laku jika kena dengan caranya Aryan.

    ReplyDelete
  15. Moga abg Adam jadi tokey eskrim yang berjaya nanti....Nampaknya mama tak lama lagi boleh goyang kakilah ye, anak dah jadi tokey hihi

    ReplyDelete
  16. good luck abg. takpe mula dari kecik2 je lama2 nt mana tau abg mampu jadi tokey yg besar pulak hihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...