Tuesday 5 April 2016

Agak-agak misteri tak nih??

Assalamualaikum...

Balik dari kampung, ada kejadian misteri berlaku...hahaha macamlah misteri sangatkan. pertamanya pagi nak hantar adelya ke taska baru perasan adelya pakai selipar lain. Mama tanya adelya "ini selipar kakak aimy, kenapa ambil?" " yaya pinjam je" kata adelya.




Pagi tadi mama whatsapp dalam group bagitahu adelya ambil selipar kakak aimy, tapi kata ibu aimy itu bukan selipar aimy, ah sudah...selipar siapa pula yang adelya ambil, whatsapp dekat group family pun tiada yang menjawab, kata en.azmi selipar itu dari hari jumaat sudah ada.adoii..siapa punya sedangkan dekat rumah wan mana ada kanak-kanak lain lagi.Misteri nih...selipar tu pula ngam-ngam kaki adelya. adelya pula bila dah suka, dia nak yang itu juga, mujurlah dia kata dia pinjam je...hehehe pinjam pun..tapi siapa yang punya???

Satu lagi misteri...haaa ini misteri kehilangan buat mama, kehilangan duit, aduhaiii...sedih juga dibuatnya, tapi ujian dari Allah untuk mama kan, terima saja dengan redha, mungkin Allah nak ganti dengan lebih banyak selepas ini.

Sebelum pulang ke kampung, mama dah keluarkan siap-siap rm500, mana tahu ada perbelanjaan yang perlu ditambah nanti, bolehlah mama hulurkan duit untuk dibuat beli barang. Macam biasa letak saja dalam purse, guna rm100 buat beli barang untuk tambahan goodie beg, berbaki rm400 lebih. dikampung memang beg letak didalam bilik sahaja.

Malam sepupu hendak ke pasar malam, mama hulur rm20 saja untuk dibeli makanan buat anak-anak, mama tengok duit masih seperti biasa, berbaki rm400. sesudah itu memang takde keluarkan duit lagi, duit kambing aqiqah en.azmi yang bayar, sebelum itu cuma transfer beberapa ratus untuk digunakan buat beli barang lain untuk kegunaan kenduri.jadi memang takde guna duit langsunglah selepas itu.

Duit rm400 tu jika tidak digunakan, mama hendak buat tambahan bayaran untuk duit taska anak-anak, pagi isnin sebelum pergi kerja, mama belek-belek duit dalam purse, sedikit kecewa bila melihat hanya tinggal rm50 dan duit seringgit-seringgit, keluar bertanya pada en.azmi, mana tahu en.azmi ada ambil dahulu, tapi en.azmi kata tiada, sebab sebelum balik kampung tu memang en.azmi dah keluarkan duit siap-siap, jadi kemana perginya duit mama?

Tak apalah mungkin duit itu bukan rezeki mama kan, rezeki untuk orang lain, maknanya bila tinggal rm50 saja, duit yang hilang adalah rm350, banyak tu bagi mama, tapi nak buat macam mana redha sajalah, mungkin Allah nak bagi mama rm3500 selepas ini, mana tahukan, bersangka baik sajalah, kena cut perbelanjaan mama bulan ni nampaknya, bila dah kekurangan bajet...hehehe

Misteri nih...

selipar rama-rama siapakah itu??
Ke mana hilangnya duit mama??
hanya Allah yang mengetahui.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

25 comments:

  1. Cantik plak selipar tu... mgkin selipar jiran sebelah kot.. uhuhu
    Allah xde rezeki la namanya tu. tp 350 tu bkn sikit2 duit byk jugak tu.. blh buat blnja mcm2.. Inshaa Allah ada rezeki lain nnt yg dtg.. sabar ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula cantik selipar tu, sebab tu adelya berkenan tu.

      takde rezeki la tu, inshaAllah ada rezeki yang lain nanti

      Delete
  2. Cantik selipar tu yan patut lah ya ya berkenan...comel nampak kaki kecil yang memakai.
    Ke mana perginya duit itu ya yan....tapi takpelah redha je lah dah bukan rezeki...mudah 2an akan lebih berganda rezeki akan dtg nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak saya pun tak pasti ke mana perginya, dah puas check dekat semua tempat yang mungkin saya simpan, tapi tiada juga, mungkin bukan rezeki sayalah tu

      Delete
  3. Takkanlah RM350 yg hilang gantinya selipar rama-rama Adelya pulak kan.
    Kakak rasa ada tangan yg ambiklah tu AA. Mana mungkin duit tu boleh melompat keluar. Selipar pulak kakak rasa ada anak org yg dtg rumah masa tahlil tu tersilap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak zakie, mahal pula harga selipar tu.

      mungkin jugak kak, tapi tak pasti siapa yang hendak dituduh pun

      Delete
  4. Selipar sape la tu.. smggu kat kg kami2 je.. tp tu mmg bkn selipar aimy. Hehe.. nnt aimy balik, ira tnya dia tau x sape punya.

    Rm350 tu banyak tu.. mudah2 jumpa kembali, mana tau terselit dimana2.. selawat bnyk2.. ira pun sama gak, beg letak kat bilik je.. kene hati2 juga lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah siapa yang punya tu..

      takpelah mungkin bukan rezeki,nanti Allah ganti yang lebih baik inshaAllah

      Delete
  5. Allahaiiiiii banyak tu kak. Blh buat bayar sewa sebulan rumah sewa kira ni. Moga dimurahkan rezeki akak dpt jumpa blik atau digantikan rezeki yg lain aminnnn. Tula kan bila ada kenduri kendara ni mmg kena hati2. Byk mata memerhati.

    selipar tu ntah2 selipar org datang makan kenduri tak. Kot mak pak dia dukung time tido dah tertinggal selipar. Cantik pulak tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi akak memang banyak tu kira, macam2 boleh dibuat dengan rm350 tu, tapi dah bukan rezeki akak, apa nak buat.harap2 dapat ganti yang lebih baik

      Delete
  6. Moga yang misteri itu akan terungkai jua nanti hendakNYA.

    ReplyDelete
  7. Banyak tu AA..
    Mungkin Allah nk tunjukkan sesuatu..bila dpt merungkai siapa yg empunya seliper kupu2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak yon, banyak tu..sedih juga hati ni, tapi nak buat macammana

      Delete
  8. Tulah, kadang kita kt umh saudara mara, takkan nak sangka atau tuduh dorg plak, entahla..sabarlah mama yan ye, kalo ada rezeki mama yan ttp ada juga nanti.
    Selipar adelya tu paksu kot beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak nak menuduh pun macam tak sedap pula, sebab tak nampak pun benda2 yangmencurigakan nak kata salah letak, dah tengok pun dekat semua tempat yang berkemungkinan saya letak, tapi tetap tak ada, mungkin bukan rezeki lah tu

      Delete
  9. agaknya ada yg belikan selipar kt adelya kot kak... selipar baru ke lama tuh?

    pasal duit tuh... agaknya ada yg mmg panjang tgn masa sibuk2 majlis akikah tuh kot kak... kot ke toyol ke... org kata toyol kalau curi duit tak amik semua kan... huhuhu
    tp doa2 moga dpt semula duit tu ye kak.. or mungkin ada rezeki lain nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti dana sebab takde yang beritahu pun.

      mungkinlah ada yang panjang tangan kot, tapi tak pastilah pulakkan tak tahu nak menuduh siapapun sebab tiada yang mencurigakan, yang datang dan ada pun memang orang yang sama je seperti sebelum2 ni, tak pernah la berlaku lagi...hmmm toyol mungkin..ishh takut pula dibuatnya

      Delete
  10. Seliper tu cantik..
    gambar rama2 lagi..
    itu yg adelya suka yan..

    ReplyDelete
  11. InshaAllah diganti RM3500 atau lebih Yela awal bulan begini nak bayar itu ini memang terasa.... kasut tu tersalah pakai kut. Pandai yaya pinjam :)

    ReplyDelete
  12. Salam singgah sini sis....Semoga misteri kehilangan duit tu akan terungkai....sabar jak sis semoga Allah akan gantikan rezeki yang lain pula...sesungguhNya Allah maha Mengetahui segalanya...

    ReplyDelete
  13. Banyak tu Azra.....
    Kalau dah balik kg, reramai cenggitu, mungkin ada makhluk yg tolong gunalah kot....Bersangka baik jerlah hihi...Tp geram jugak tu kan! Huh....

    ReplyDelete
  14. Banyak tu rm350. Huhu. Lepas duit pakai sebulan.
    Moga misteri kehilangan duit tu dapat diketahui puncanya kelak. Sakit hati juga kalau duit hilang kan. Tapi tu lah, mungkin tiada rezeki kita..

    ReplyDelete
  15. selipar tu memang cantik ... ujian Allah tu ikhlaskan sajalah ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...