Friday 18 September 2015

Percubaan

Assalamualaikum...

Percubaan pertama mama untuk bercerai susu dengan adelya. Dulu masa balik dari kursus nampak juga adelya tak mahu menyusu lagi, tapi sehari je adelya tak menyusu selepas itu kembali menyusu dengan jayanya. Mungkin waktu itu mama juga belum bersedia.

Dalam pada itu, mama tetap bertekad untuk bercerai susu dengan adelya dalam waktu terdekat sebab adelya lebih banyak main-main dari betul-betul menyusu. Sedih memang sedih nak bercerai susu ni, tapi tetap perlu dibuat juga.

Mama banyak baca perkongsian cara-cara untuk bercerai susu nih, ada yang guna panadol,sirap, asam jawa dan yang paling berkesan adalah menggunakan getah bakawali yang pahit,mana pula mama nak cari? Jadi mama gunakan bahan yang ada didapur mama sahaja.

Apa yang mama guna? Untuk permulaan mama gunakan sirap,teknik ini menjadi..mulanya adelya minta juga susu, tapi mama cakap "minum susu botol ye..adelya kan dah besar" adelya diam dan terus bermain,beberapa kali juga situasi itu terjadi petang semalam.

Pukul 8mlm...adelya datang pada mama "mama...nak susu botol" kata adelya...beberapa kali mama tanya dan jawapan adelya masih sama,terus mama buatkan susu untuk adelya selepas itu adelya minum hingga habis.

Masa hendak tidur..alhamdulillah tidak berlaku drama antara mama dan adelya, cuma adelya tidak mahu dipeluk mama, nak tidur dengan abang, tapi akhirnya kembali tidur dengan mama tanpa merengek minta susu, mudah sahaja tidurnya. Pukul 12mlm adelya terjaga minta susu "nak susu botol" katanya...mama buat susu habis adelya minum kemudian tidur hinggà ke pagi.

Hari pertama berjalan lancar, moga hari ini juga dipermudahkan oleh Allah.



Pepagi internet ofis buat hal tak boleh nak buat kerja apapun, jadi ambil peluang update cerita sekejap, sibuk sikit màma sekaràng nak siapkan kerja sebelum becuti, tak sempat nak jalan jalan baca cerita kawan-kawan,sempat jeling baca tajuk je hehehe...nanti mama singgah ye.

Allahhummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

6 comments:

  1. Smga berjaya bercerai susu.. kakak aimy 2thn lbh benti susu bdn.. saje nk mengempeng je.. bkn ada susu sgt.. tp alhamdulillah, tak perlu guna apa2 pun.. sbb susu ibu tu rezeki anak, Allah yg bagi, so biar dia benti dgn sendiri dgn izin Allah..lgpn susu x meriah mcm org lain, xpe la lmbt skit benti..cuma ira ckp ngan dia, kakak da besar, malu la.. xyah la ye.. dia pn rasa da besar kot.. sekali sekala ada jgk dia mtk, tp ibu pulak yg rasa cam malu..haha..

    ReplyDelete
  2. kita berusaha Allah jua yang menentukan, dengan izin Allah jua becerai susu ini berjaya, inshaAllah...

    ReplyDelete
  3. akak warnakan ke apa bahagian tu kak
    ke buat macam akak luka berdarah
    adelya pun dah besarkan, memang elok sangat berhenti tu
    senang sikit nak ke mana
    aisyah ni pun baru berhenti guna botol susu

    ReplyDelete
  4. Tak ada pengalaman :-))

    Tapi dulu mak yan letak minyak cap kapak

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan
    saya pon skrg masih lg nyusukan rania
    tinggal beberapa bulan lagi.. bulan ni dh nak masuk 14 bulan.. masih jauh perjalanan bf rania
    bila baca cerai susu org lain rasa sayu j kan..

    kalau belah kedah ltk akaq seruntun. pahit giler kot..
    saya skrg selalu ckp ckp dgn rania, rania mnm susu umi sampai umur dua tahn j tau. nnti umi gantikan susu lain pula utk rania.. semoga urusan saya nti pon dipermudahkan Allah.. aamiin

    ReplyDelete
  6. Ya Allah senangnya adelya. uwais takmo. kalau time siang boleh lagi susu botol bila nak tido je mula dia buat drama menangis2 sampai berair mata menjurai2. pjuk apa pun tak jalan. merayu2 mintak susu badan jugak. hati mak mana yang tak menangis sekali huuuuuuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...