Saturday 25 July 2015

adam,adrien,adelya...bunga dan sapu sampah

Assalamualaikum...

masih cerita dikampung...seronok suasana pagi di kampung.

adelya mengajak mama berjalan-jalan melihat bunga-bunga wan yang ada di halaman rumah.

Tengoklah anak dara mama ni,masih berbaju tidur ajak mama berjalan, tengoklah itu sampai ke jalan raya adelya pergi,siap petik bunga yang wan tanam tu...

sekarang ni kalau mama atau papa panggil "adelya.." mesti dia jawab "apa dia?" lepas tu senyum-senyum tengok mama,pandai sangat dia ye,becok sungguh mulutnya bercakap,pandai juga membuat ayat sehingga 4 perkataan "mama..mana selipe adik?" haaa...kadang-kadang bahasakan diri adik, kadang-kadang yaya@aya je...dekat abang adam dia panggil abang adam, dekat abg adrien dia panggil yeyen je.


pepagi cuci mata dengan bungaan yang wan tanam, terasa segar sedikit biji mata ni kan...hehehe sambil teman adelya berjalan,mama pun snap la pic bungaan yang ada, nampak juga la naluri wanita anak dara mama tu,sukakan bunga walaupun kasarnya boleh tahan..hehehe

hero yang berdua tu pulak..


abang adam dan adrien..tolong atok menyapu sampah dibelakang rumah, dengan baju tidur belum mandi terus tolong atok sapu sampah,kemain rajin lagi..pada hal menyibuk je lebih tu...hehehe tapi takpe la ada juga kerja yang mereka nak buat selain dari mengadap tab je..

nampak tak abang adam kat mana? hahaha cari betul-betul..baju dah warna hijau sama warna dengan daun,sampai tak nampak mana satu abang adam mana satu daun.

seronok sangat menyapu sampah dengan tok sampaikan masa nak balik tu,adrien siap cakap " yen taknak banggik(balik) yen nak duduk sini sapu sampah" amboii..bukan main lagi menunjukkan kerajinan taknak balik rumah sebab nak tolong tok sapu sampah.

banyak juga aktiviti anak-anak masa dikampung...sesekali balik biar anak-anak bermain dengan sepuas-puasnya,bermain daun dan  tanah,berlarian di tengah panas.

 Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


5 comments:

  1. Bestkan suasana kg..tambah2 ada laman tanaman.. Mau xnaik ke rumah kalau dah balik ke kampung mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Anak2 happy sangat kan dapat spent masa kat kg? mcm2 aktiviti dgn sepupu sepapat... dapat pula atuk yg rajin melayan... lagi lah meriah..

    ReplyDelete
  3. kalau di kampung memag banyak aktiviti. kan...

    ReplyDelete
  4. seronokkn ddk di kg
    dpt hirup udara segar
    dapat cucii mata tgk kehijauan..

    amboi adelya.. kemain dia.siap petik bunga di taman wan ye..

    ReplyDelete
  5. cantiknya laman rumah!
    saya kalau tengok bunga, memang teruja betul! =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...