pot luck iftar bersama jiran tetangga

Assalamualaikum....

group wasap dengan jiran-jiran berbincang untuk berbuka puasa bersama-sama. mama dah bercadang nak bikin buah melaka je, malas dah nak fikir menu lain. sekali dapat pula wasap personal dari kak ruby, ketua jiran lorong rumah ni la... kalau dapat tempoyak ubi kayu pun sedap juga..ntah macammana kak ruby boleh tahu mama tahu masak tempoyak ubi kayu tu...hmmm minta buah hati carikan bahan-bahan, kalau ada bolehlah mama buatkan.



juadah yang tersedia masa iftar tu..macam-macam ada kenyang perut mama makan semua sedap-sedap, juadah yang mama sediakan tempoyak ubi kayu (alhamdulillah...menjadi jugak tapi ralat rasa sebab tak cukup pulak mama buat,ada yang siap berpesan jangan ambil sampai habis, ada yang siap kikis-kikis tupperware tu...aduhaiii kesian pulak...nanti lah mama buat lebih banyak) satu lagi yang mama buat mestilah buah melaka tu..hehehe alhamdulillah semua habis dan jiran-jiran kata sedap...

Dapat jiran yang baik itu juga merupakan rezeki dari Allah kan...dapat beramah mesra macam ni sesekali..merapatkan hubungan dan saling mengenali. alkisahnya..tempoyak ubi kayu mama tu, tertumpah sedikit masa abang adam bawa..mama ok la tumpah sedikit, jiran depan rumah mama kari daging seperiuk tertumpah...alahai..bukan rezeki kan, kesian ibu mengandung tu, penat memasak, kari tertumpah pula...

Alhamdulillah...majlis iftar bersama jiran-jiran berlangsung dengan baik,walaupun ada jiran yang tidak dapat turut serta,takpe nanti raya kita buat majlis lagikan. Anak-anak yang paling seronok semalam, berkejaran dengan kawan-kawan,maklumlah jarang dilepas bermain diluar, bila sesekali berpeluang, bermain sampai baju lencun dek peluh,mama bawa balik mandi,minta untuk keluar lagi, tapi memang tidak dapatlah kan, sudah hampir pukul 9 malam...penat sangat bermain, semuanya tidur awal kepenatan.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Comments

  1. sejak berhenti kerja dah tak merasa pot luck ni...untung AA dapat jiran yang sekepala :-))

    ReplyDelete
  2. waduh meriahnya juadah... muafakat membawa berkat

    ReplyDelete
  3. wahh.. ada onde-onde... syoknya pot luck dengan jiran.. bestt.., :))

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada jiran cam akak ni
    dulu masa duduk dekat rumah sewa, jiran saya camni juga
    masuk rumah baru ni, belum lagi
    mungkin sebab masih baru agaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts