Wednesday, 22 July 2015

Riang ria syawal pertama

Assalamualaikum...

Aidilfitri kali ini giliran beraya sebelah mama pula,tapi sebelum balik kampung mama balik kampung buah hati mama dulu,sempatlah berbuka dan bersahur bersama family in law dan sempat juga mama menganyam ketupat palas bersama biras mama.

Riang ria dihari raya...syawal pertama menanti tetamu datang,jiran tetangga dan berkunjung ke rumah jiran, seronok sangat,walaupun sedikit berbeza kalau dulu berjalan bersama mak sekarang kami adik beradik je tapi tetap meriah.


Berphoto gedik dulu sebelum tetamu sampai...hehehe inilah kejenye kan, kalau arwah mak ayah ada ni mesti geleng kepala tengok anak,menantu cucu-cucu hantu kamera


Yang perempuan je nak bergambar,sekali anak bujang mama pun nak join..layan je la kot tak bagi kang merajuk pulak,kakak sulung tiada kerana beraya dirumah mentua.(mentuanya pun sekampung dengan mentua mama hehehe)


Tengok tengah terik mentari kami beraya,itu bukan kamera effect tapi memang betul matahari tegak atas kepala tu..pukul 12tengahari berjalan raya...hihihi ye la mengejar waktu solat jumaat pulak kan.

Seronok berhari raya dirumah jiran tetangga,walaupun mak ayah dah tiada hubungan dengan jiran-jiran masih baik dan tradisi berkunjung setiap kali raya masih diteruskan.



hero-hero mama dihari raya..orang sibuk makan biskut raya budak berdua ni sibuk makan mamee, hensem pulak mama tengok anak-anak mama berbaju melayu pink nih...hahaha haruslah mama memuji anak-anak sendiri kan.


anak-anak mama bersama sepupu-sepupu mereka disebelah family mama, sebelah buah hati mama baru seorang..inshaAllah coming soon akan bertambah. seronok tengok aksi berbudak ni bergambar macam-macam gaya, amboii...adrien dengan princess daeisha tu bukan main lagi ye...


sebelum berjalan raya sempat lagi berposing ramai-ramai, macam-macam gaya ada


Di hari raya kedua sempat lagi adik-beradik yang ada kat rumah tu, bergedik santai, siap angkut tikar dan segala bekas kuih duduk depan halaman rumah, bukan setakat berposing, tetamu datang beraya pun duduk menjamu selera dekat halam rumah,mujur cuaca ok tidak hujan...kalau hujan jenuhlah nak berlari selamatkan diri..hehehe



Yang paling bermakna raya kali ini, family in law bertandang ke rumah mama dikampung, semua datang beraya, seronok rasanya...hehehe memang rumah mentua dengan kampung mama tak jauh pun dalam 10-15 minit perjalanan je...hehehe

last sekali untuk entri kali ini...layankan gambar princess berdua nih



princess daeisha dynara


princess adelya azra

Ok itu je lah cerita syawal pertama mama bersama keluarga, nanti mama update lagi, perlu dibahagi ke beberapa bahagian sebab banyak gambar dan banyak mama nak cerita hehehe..


Allahhumasollia a'la sayyidina Muhammad
Waala a'lia sayyidina Muhammad

Wassalam.


7 comments:

  1. Selamat hari raya AA..
    Meriah tengok suasana hari raya AA..
    Bagus betul.. Siratulrahim dengan jiran tetangga masih diteruskan walaupun mak ayah dah tiada .

    ReplyDelete
  2. Meriahnya raya AA. Raya kita biasa2 jer.

    Salam aidilfitri AA & family ☺

    ReplyDelete
  3. meriahnya raya.
    adelya comel sangatlah pakai shawl.
    elsa pink tu pun comel jugak.
    geramlah tengok princess berdua tu.
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. wow , mmg meriah ni ... sesekali berkumpul kan ...

    ReplyDelete
  5. eee geramnya adelya pakai tuduung tu.comel.akak pakaikan utk adelya erk ?

    wah mmg meriah ni kak
    ramai adik beradik,kan. bila berkumpul ttp meriah. walaupon tanpa mkayah alfatihah
    bagus akak sekeluarga. walaupon mak ayah dh xda semangat kejiranan dikg ttp diteruskan. ye la, bukannya ddk di kg kan. jumpa skali skala. bila sentiasa kunjung mngunjung makin erat lah kan..
    saya pon hrp satu hri ntti dpt kekalkan sebegini.

    sy skrg blk kg smpat pergi yg dkt aje.manakan nak ligan rmh sedara yg jauh. pastu kami pulak mmg jns tiap kali raya blk kedua kg.maklum la sehaluan aje.cma berlainan negeri. rasa tak kalau x balk satu kg aje.

    mcm mnarik idea bawa tikar ddk diluar tu..
    di mana mana semuanya selfie aje kan skrg ni

    ReplyDelete
  6. wah kak...meriahnya raya! sampai saya pun rasa kehangatannya!
    seronoknya bila reramai camtu kan
    lagi bila semua sekampung
    dalam sehari habis dah round semua...hehe

    memang handsome pun budak bdua tu pakai pink
    adelya comel aje pakai tudung. gambo ni lah yang dpt aritu =)
    aisyah tahun ni tak mau pkai tudung...mujur tak beli baru
    pakai hak yg lama aje

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...