masih cerita dikampung...seronok suasana pagi di kampung.
adelya mengajak mama berjalan-jalan melihat bunga-bunga wan yang ada di halaman rumah.
Tengoklah anak dara mama ni,masih berbaju tidur ajak mama berjalan, tengoklah itu sampai ke jalan raya adelya pergi,siap petik bunga yang wan tanam tu...
sekarang ni kalau mama atau papa panggil "adelya.." mesti dia jawab "apa dia?" lepas tu senyum-senyum tengok mama,pandai sangat dia ye,becok sungguh mulutnya bercakap,pandai juga membuat ayat sehingga 4 perkataan "mama..mana selipe adik?" haaa...kadang-kadang bahasakan diri adik, kadang-kadang yaya@aya je...dekat abang adam dia panggil abang adam, dekat abg adrien dia panggil yeyen je.
hero yang berdua tu pulak..
abang adam dan adrien..tolong atok menyapu sampah dibelakang rumah, dengan baju tidur belum mandi terus tolong atok sapu sampah,kemain rajin lagi..pada hal menyibuk je lebih tu...hehehe tapi takpe la ada juga kerja yang mereka nak buat selain dari mengadap tab je..
nampak tak abang adam kat mana? hahaha cari betul-betul..baju dah warna hijau sama warna dengan daun,sampai tak nampak mana satu abang adam mana satu daun.
seronok sangat menyapu sampah dengan tok sampaikan masa nak balik tu,adrien siap cakap " yen taknak banggik(balik) yen nak duduk sini sapu sampah" amboii..bukan main lagi menunjukkan kerajinan taknak balik rumah sebab nak tolong tok sapu sampah.
banyak juga aktiviti anak-anak masa dikampung...sesekali balik biar anak-anak bermain dengan sepuas-puasnya,bermain daun dan tanah,berlarian di tengah panas.
Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
Bestkan suasana kg..tambah2 ada laman tanaman.. Mau xnaik ke rumah kalau dah balik ke kampung mcm ni..
ReplyDeleteAnak2 happy sangat kan dapat spent masa kat kg? mcm2 aktiviti dgn sepupu sepapat... dapat pula atuk yg rajin melayan... lagi lah meriah..
ReplyDeletekalau di kampung memag banyak aktiviti. kan...
ReplyDeleteseronokkn ddk di kg
ReplyDeletedpt hirup udara segar
dapat cucii mata tgk kehijauan..
amboi adelya.. kemain dia.siap petik bunga di taman wan ye..
cantiknya laman rumah!
ReplyDeletesaya kalau tengok bunga, memang teruja betul! =)