Seperti dijanjikan weekend lepas family mentua datang bertandang. tak beragak pagi jumaat tu mama wasap adik ipar minta mak mentua masak lelebih bawa ke rumah, sahur nanti nak makan masakan mak...hahaha bertuah punya menantu, tapi memang bertuah pun sebab kata adik ipar,mak masak makanan peberet mama lagi..tempoyak pucuk ubi...adoiii memang terbaiklah. i luv u mak...
Pagi sabtu...pukul 4 pagi mama dah bangun masak nasi dan panaskan lauk-lauk yang dibawa oleh mak mentua, tempoyak pucuk ubi, ayam masak lemak dan bawal masak sambal...semua sedap-sedap nih, lepas tu baru mak mentua bangun diikuti dengan yang lain-lain, makan ramai-ramai memanglah sedap,sampaikan abah mentua bertambah dua kali.. mama pulak ofcos bedal tempoyak pucuk ubi tu, sedap sangat..
Pagi sabtu...plannya memang untuk bershopping, kami tuju ke sacc mall, singgah di booth yang ada kat depan sacc mall tu,lepas tu ke pkns pulak.memang adik-adik ipar,mak dan abah nak mencari baju raya,mama anak-beranak meneman aje sebab kami dah membeli awal-awal lagi, tapi seronoklah dapat jalan-jalan cuci mata. selepas itu, kami serbu ke karnival mega raya di stadium malawati pula, dapat parking agak jauh, tapi berjalan juga la dah alang-alang sampai, lagipun cuaca redup tidak panas tidaklah penat sangat berjalan. geram je mama tengok dress-dress yang dijual murah dan cantik-cantik, geram je mama nak rembat selai dua, tetapi kena bersabarlah sebab baru je membelikan..hehehe, tapi sempatlah mama rembat 5 helai shawl, rm12 je sehelai.
balik dari karnival terus ke nsk mencari bahan untuk memasak, semua dah punya menu untuk memasak, jadi mama follow je..sampai kat rumah, abg ipar dan adik-adik ipar kalut didapur, mama goyang kaki je diruang tamu, bertuah sungguh mama ye,tetamu datang tetamu yang kena masak hehehe..dari lauk-pauk sampai ke air, semua tetamu mama yang buat,mama bersila makan je..
Selepas isyak..misi diteruskan untuk mencari baju raya, sudahnya bersahur pagi tu mama tak sedar untuk bangun,penat sangat berjalan siang dan malam sedar-sedar pintu bilik diketuk abang ipar...adoi teruk sungguhlah, turun bawah terus bersila makan je,semua dah tersedia.
mama sediakan tiramisu je, sebab adik-adik ipar request nak makan, minggu lepas mama buat post kat group...hehehe bajet terrorkan jadi tunjuklah kat semua orang, sekali adik-adik request mama buat, jadi mama buatlah jumaat tu, entahlah sedap ke tidak...
Ahad pagi...kami bawa semua pergi ke banting pula mencari kerepek untuk raya, dah alang-alang datang kan,bawalah berjalan-jalan sekali ke banting, cuak juga mencari mula tu sebab dah ingat-ingat lupa tempat jual kerepek tu, sudahnya tanya waze..hahaha pada hal dah betul masuk jalannya tadi tapi tak konfiden punya pasal keluar balik...sesampai je dekat fazz tu, ya Allah ramainya orang, menyelit juga la...hehehe sekali harung beli kerepek dan kuih raya..
macam-macam jenis kuih ada,siap kuih angry bird dan sponge bob pun ada,mujur anak-anak tak teringin nak membeli kuih tu... selepas habis membeli kerepek di banting, sekali lagi kami ke stadium kali ini agak letih kerana cuaca agak panas, sudahnya mama tunggu diluar sahaja, tidak larat hendak berjalan dan mengawal dua hero mama tu yang terlebih aktif,melompat-lompat ditengah orang ramai.
Niat untuk berbuka bersama petang ahad itu tidak menjadi kerana suami adik ipar perlu bekerja pada malamnya,jadi selepas asar family mentua pulang ke kampung,abang adam menangis berjejeh airmata keran nak mengikut balik,tapi sekolah belum bercuti macamana mama nak izinkan abang ikut balik, terpaksalah mama memujuk abang adam.
Dua hari yang memenatkan tetapi seronok sebab dapat bersama-sama bershopping,walapon mama hanya meneman dan dapat mencuci mata pun jadilah...walaupun rasa hati tu nak membeli dress yang cantik dijual, tapi kenalah bertabah menahan rasa hati itu hahaha..
Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad
untunglah ada mak mertua...akak tak sempat merasai air tangan mak mertua :-((
ReplyDeleteSedapnya tgk tiramisu tu.
ReplyDeletesyok bile keluarga kite or keluarga mertua dtg bertndang....
ReplyDeleteskrg nih mana2 kedai jual kepek ke kuih2 raya msti dh sesak ngn org kn
akakkkkkk sedapnya nampak tiramisu tu...
ReplyDeletereramai datang rumah kita hati pun berbunga2 hihihihihihi
Sedapnya tiramisu.. x merasa pun.. huhu..
ReplyDeletesedap la tiramisu nengok ghopenya
ReplyDeleteakak dh pergi banting ye.
saya bru nk pergi je ni..
nampak sedap tiramisu tu kak
ReplyDeletekat mana kat banting kak?
cuba roger-roger alamat dia kat saya
nak cuba sekodeng juga =)
bestnya dapat makanmasakan MIL...ramai2 jalan mesti seronok kan
ReplyDeleteByk lg ke kerepek hari ahad lepas?
ReplyDeleteByk lg kerepek di fazz hari ahad lepas?
ReplyDeletealhamdulillah..sesekali bkumpul ipar duai ,shopim2 camni pon seronok
ReplyDelete