Thursday, 23 July 2015

riang ria syawal kedua & ketiga

Assalamualaikum....

Cerita syawal masih diteruskan...raya kedua mama dirumah mentua pula..Moh kita beraya kerumah saudara sebelah buah hati mama pula.

Kami ke felda sungai koyan, berkunjung ke rumah kakak abah mentua mama..perjalanan yang agak jauh,macam biasala hampir 2 jam baru sampai, tapi biasalah dihari raya inilah kita nak saling kunjung mengunjungi jadi perjalanan yang jauh itu tidak dirasai, cuma abang adam je sibuk tanya "tak sampai lagi ke?abang tak sabar nak raya ni" hehehe..tapi bila sampai ke rumah yang dituju taknak pula dia masuk,main diluar je,bila orang bersalam nak balik barulah dia lapar...macam-macam lah abang adam nih..siap dapat bekalan 3 bekas kuih raya



perkara yang mesti dilakukan ketika beraya..hahaha..orang tua sibuk bersembang yang muda sibuk nak bergambar..hahaha layankan aje.. untuk raya kedua ni kami berkunjung ke sebuah rumah sahaja.

pada petang raya pertama kami berkunjung ke rumah saudara abah mentua juga di temerloh, tapi tak sempat pula nak bergambar, tersesat mencari rumah..al kisahnya, rumah sudah bertukar rupa, tahun lepas pergi rumah lain,kali ini rumah sudah berwajah baru..hehehe ingatkan dah salah masuk jalan rupanya betul tapi tak perasan rumahnya, dah la masa sampai tu dah pukul 8malam.

Balik dari sungai koyan tu, jalan agak sesak tapi mama lupa dah kat mana sebab ada kemalangan.. adik ipar ajak beraya dirumah kawannya, tetapi mak mentua sudah malas hendak pergi sebab hari sudah hampir maghrib katanya, jadi kami satu kereta menuju jalan pulang, abang ipar dan adik-adik ipar pergi sambung beraya ke rumah kawan.

Syawal ketiga... kami beraya ke pekan, pahang..ke rumah rumah uncle azman, kawan abah mentua, selepas beraya dirumah uncle azman, sempat lagi kami singgah di pantai lagenda yang terdapat di kawasan berdekatan sementara menunggu untuk berkunjung ke rumah besan mak abah mentua pula..

Kami semasa di pantai lagenda @ pun pantai Air leleh, pekan, memang seronoklah anak-anak mama kat sini siap minta nak mandi laut lagi..alahai anak,kita nak pergi beraya la bukan nak mandi laut, tapi sempat juga la anak-anak bermain pasir,habis berpasir kepala dibuatnya hahaha...layankan aje la


sesekali amik gambar berdua..hehehe, jangan ada yang bernanah mata lak tengok gambar mama ngan buah hati mama ni ye..hahaha... kebetulan ipar-ipar melayan anak-anak,papa mama pun bergedik la sekali sekala,bergambar berdua..

selesai sesi bergambar, perjalanan diteruskan ke rumah besan mak abah mentua yang terletak di kampung semangat,pekan..bukan setakat dijamu biskut raya kami juga dijamu dengan nasi,kenyang la makan.berselera dibuatnya, malam tu balik sampai dikampung pukul 10malam, mujur mama bawa siap-siap baju spare,anak-anak mandi dirumah besan mak abah mentua je..sampai kampung terus tidur je..lena sampai pagi sebab kepenatan.

begitulah cerita syawal kedua dan ketiga mama bersama keluarga.


 Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

7 comments:

  1. time raya gini la kita nak ziarah satu sama lain..
    seronok lain macam skit..
    selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah dan salam lebaran dari Bunda..

    ReplyDelete
  3. walaupun jauh x terasa bila beraya ni ...

    ReplyDelete
  4. Masa raya lah nak ziarah sanak saudara sambil selfie... hehhee, amboi, bukan main romantik lagi gambar pasangan yg posing berdua tu.... both of you are so sweet!
    Kami masa raya jenuh nak ambil gambar berdua.... alih2, ada juga si Danish menyelit.... hehehhe

    ReplyDelete
  5. meriahnya beraya, seronok .

    ReplyDelete
  6. sekali berjalan ambil gambar dijadikan kenanngan mmg best.nannti nannti bila tertengok tersenyum sendiri, kan :)

    ReplyDelete
  7. saya pun ada saudara di sungai koyan
    memang jauh ke sana...tapi lama juga tak jengah dia
    saya tahun ni kurang bergambar

    tak jelous pun tgk gambo bawah tu
    happy adalah...nmpk sweet aje =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...