Assalamualaikum...
Sudah hari terakhir kita dibulan ramadhan yang mulia ini..terasa masih banyak ruang-ruang dalam bulan ini yang kosong tanpa diisi dengan amalan yang sepatutnya...ujian buat mama pada ramadhan kali ini...moga masih berpeluang untuk berjumpa ramadhan akan datang dan semoga ruang-ruang kosong itu dapat diisi sepenuhnya nanti.
Esok syawal bakal menjelma, hari kemenangan buat umat islam.. bergembiralah jangan berdukacita..
Alhamdulillah...mama sekeluarga sudah selamat tiba dikampung,semalam lagi.. jalan pun masih ok tidaklah sesak sangat. Tahun ini mama akan beraya di kampung mama pula, jadi hari rabu dirumah mentua,dapatlah berbuka dan bersahur sekali dikampung..khamis baru gerak ke kampung mama pula,dapatlah berbuka dikampung mama pula,sedih juga memikirkan adik mama yang keseorangan dikampung..entah apa la yang dimakan selama berbuka seorang diri,tentu dia bersedih dirumah pusaka itu apatah lagi dialah orangnya yang berada disisi arwah ayah ketika arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal puasa 8 tahun lalu.
Semalam petang..sempatlah juga mama bersama biras membuat ketupat palas.. hihihi mama pun dah ingat-ingat lupa cara membuatnya tapi alhamdulillah menjadi juga,petang ni pula nak buat juga dikampung mama,inshaAllah..kalau ada daun palasnya tu.
Banyak juga yang hendak dibuat dikampung mama tu..moga segalanya dipermudahkan inshaAllah...
Dikesempatan ini..mama ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa semasa memberi komen diblog kawan-kawan dan maaf juga andai ada tulisan mama diblog ini mengguris hati dan membuat kawan-kawan berkecil hati.
Salam aidilfitri..maaf zahir dan batin
Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Oh drp rabu ke rabu ni cutinya? Syokla kak..dapat berbuka puasa dengan keluarga memtua dan keluarga sendiri lagi ya.. kami hari tu balik pun lewat datang pulak awal.. ayah saya kat kampung sedih juga katanya saya balik kejap sangat..alahai..sedih juga rasanya..
ReplyDeleteKetupat pun mmg xsempat nk tolong buat..sb sampai dh tghari mak dh tunggu nak rebus je ketupat tu..
oo adik mama yg ddk dir rumah pusaka tu.
ReplyDeleteadik akak lelki ke perempuan.
kg dkt dkt sng nak blk beraya, kan.
seronok juga begini .hihi
selamat hari raya akak
maaf zahir batin dr su juga
sama sama lah kita
kosong kosong
wah seronoknya dapat balik kampung
ReplyDeletesaya tahun ni tak dapat balik lipis atas sebab tertentu
terasa ralat juga...tapi tak apalah.
tak buat lemang ke kak? selalu kalau balik lipis
kami pakat reramai buat lemang...tahun ni tak merasa =(