Wednesday, 15 July 2015

Kasut raya

Assalamualaikum...

Pusing-pusing juga mama nak mencari kasut anak-anak, yang mama berkenan saiz pulak tiada. Kasut hero-hero dah beli tinggal kasut adelya belum berjumpa..

semalam mama papa pergi ke aeon bukit tinggi meneruskan misi mencari kasut untuk adelya,alhamdulillah jumpa juga akhirnya,papa pilih warna pink,mama berkenan yang lain,akhirnya mama rembat dua-dua...hihihi sebab harga dua pasang kasut tu sama harga dengan kasut abang-abang jadi adillah kan hihi.

Disamping tu beli juga t shirt kartun kesukaan anak-anak robocar poli..dah semua sama untuk ketiga-tiga anak kata papa,biar anak-anak pakai sedondon nanti..

Balik rumah..mama suruh cuba kasut, adelya nak pakai yang pink je,yang mama pilih adelya langsung tak mahu pakai...huhuhu


Kasut raya anak-anak mama..mama punya kasut raya tiada,guna saja kasut kerja..masih elok lagi hihihi

Alhamdulillah...persiapan raya yang ala kadar ini telah pun selesai,tunggu syawal tiba pula ye. Sudah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung hari ini,moga semuanya selamat pergi dan pulang.

Wassalam

6 comments:

  1. Wah.. lawanya kasut adelya.. seronokla tiga beradik ni beraya dapat kasut lawa .....akak, mana beli baju poli tu? Naim dh lama minta tapi saya tak pernah jumpa rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak beli dekat gm klang baju tu,semalam pusing2 jumpa terus beli sbb ank2 mmg suka kartun tu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. kan sama la dgn saya.
    sibuk cr brg anak aja. utk ssya just mecing mecingkan dgn apa yg ada. lagipon selepas beraya bukannya nak ke mana. kalau bekerja blh jga melaram ke tempat kerja. hihihi

    adelya suka kasut pilihan papa ye

    ReplyDelete
  3. samalah kita. kasut aisyah paling susah cari
    sehari sebelum raya baru jumpa
    itupun dok bising dia minta kasut raya
    dapat juga dua pasang...adil dengan abang yang juga dapat dua pasang

    anak dah pandai bercakap ni, mudah dok berdengki =)
    kasi adil...senang cite

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...