Assalamualaikum...
Amboi syok baca cerita kawan-kawan pergi jalan-jalan makan-makan cuti 3 hari ni, mama anak beranak mereput je la kat rumah tu ha, memasak, mengemas, mendobi baju berbakul-bakul dan melipat baju. Apa nak dibuatkan, en.suamiku busy kalah menteri, layan je laaa.. pakjang pun takde kat rumah, pergi rumah kawan jadi mama pun masak ikut sedap tekak je laaa..cemuih oiihh dok rumah je, tapi nak berjalan dengan anak-anak je macam risau pulak mama, sudahnya mohler mereput tengok movie kat rumah, layan cerita lama yang orang lain dah khatam tengok, mama baru nak tengok, hentam je lah kan.
Ini minggu ni cadangnya nak balik kampung, abah mertua pun dah call..eh siap call mama lagi tu tau tanya bila nak balik kampung?mama anytime je boleh nak balik, tapi en.azmi tu la busy je memanjang,cuti public pun dia keje. mama pun dah ambik cuti seminggu minggu depan sebab nak balik kampung, tapi kita tunggu tengok je macammana nanti kan, kot tak jadi kang kita mereput la seminggu pulak kat rumah..hahahah yang hero 2 orang tu dah siap mengajak mama tengok wayang citer pokemon 7 dis ni mula tayang. adehhh mama takde hati la nak tengok citer pokemon tu, tapi kita tengoklah nanti macammana kan kot-kot balik kampung boleh ajak mak2 sedara dorang pergi tengok. ngehngehngeh...kot takde tu nanti,kita fikir kendian je lah ye anak2, mana tahu tetiba mama gigih bawa anak2 g tengok wayang bila papa busy keje kan.
Tok sebenarnya dah suruh abang adam balik kampung awal ikut maklang minggu lepas, tapi nak kena hantar dekat ofis maklang, takde siapa pulak yang nak menghantarnya kan, en.azmi sibuk kalau mama memang susahlah nak keluar dari ofis kan, nak suruh maklang ambik dekat ofis, mama kena bawa abang datang ofis dulu, kalau bawa abang datang ofis dah sah-sah lah yang budak berdua tu pun mengamuk nak ikut, sudahnya semua tak payah ikutlah, lagipun sayang pulak nak bagi abang balik kampung lama-lama, nanti kena tinggal kelas mengaji pulakkan. dah kalau macam tu kita tunggu weekend ni je lah balik kampung sama-sama, lepas ni kalau nak tinggalkan sekejap tu kat kampung kita fikirkan kendian. sebab kemungkinan nak balik lagi hujung bulan ni sebab adik abah(abg ipar) nak kawin, abah dah jemput. Kalau jadi nak balik tu bolehlah tinggalkan anak2 sekejap kan.
Tengoklah anak dara sorang ni, dia yang sepah dia yang gigih snap pic, mama ambik enfon tengok macam-macam gambar pun ada. Malas dah mama nak memetir, penat kome wehhh high pitch je mama kalah tarzan punya suara jadi bawak2lah insof mama, kang satu taman panggil mama tarzan pulakkan jadi mama biar je deme bermain, agak tak lalu nak tengok tu mama angkut penyapu je sapu mainan tu, itu jam barulah berdesup memasing nak selamatkan mainan, mama tak heran derr mama kaut je letak tepi, nak berjalan terpijak mainan kecik tu menyirap hokehh. dah mama kumpul letak tepi dorang pun senyap je lah, mama perati je memasing itu kalau takde sape yang ambik simpan memang mama masukkan tong sampah je la hahaha...kejam sangat ke, eh biarlah nak kejam pun, kalau tak buat macam tu, dorang tak reti nak hargaikan.
Mama pun dah buat peraturan baru kikiki... haaa pandai pun nak ikut, jadi kita tengok sampai bila boleh bertahan, cuma jangan ada campurtangan lain je, campurtangan papa dorang la, yang itu nampak garang tapi hati boleh cair, ni haaa..mama dorang ni lagi kental. kalau taknak kena libas dengan hanger beranilah korang lepas nih kikiki. cakap lembut tak jalan, kita guna cara lain pulaklah kan, ya betul ada orang guna cara lembut, tapi terpulanglah cara masing2 kan dalam mendidik anak, tapi janganlah dibantai sampai lebam dan patah riuk pulak. cukup sekadarnya saja kadang hanger tak sampai pun lagi kat betis tu, tapi dah menangis dulu..ceh pandai sangatkan nak berlakon, ini ikut perangai sapa ni..kadang bukan setakat sampai betis baru mama nak carik hanger dah meraung..heheh geram pulak dibuatnya, adalah sorang tu yang manja sangat..eh bukan adelya tau tapi adalah sorang abangnya tu, manja terlebih.
Tengokkk..penuh satu rumah ditaburnya mainan, ini memang keje makcik bawang ni lah takde keje orang lain lagi, sedap dia bersila, kita nak berjalan pun susah, terpijak mainan dia, tarik nafas pelan-pelan je lah mama dah tua2 ni kan kang darah tinggi pulak. agak tak lalu nak hadap mama masuk bilik pejam mata tidur kahkahkah..semalam memang mama malas dah nak mengemas kubiarkan aje, penat kome wehh..tetiba apak eh balik..membebel orang tua tu, balik keje penat tak sempat nak duduk dah mengemas rumah pulak, isterinya ni malas dah nak layan. tapi walaupun cenggitukan ada pulak dia hulur gula2 yang anak pesan suruh beli..ehhh kalau emaknya ni jangan haraplah selagi ko tak kemas segala sepah tu takde de mama nak bagi, dah kemas semua baru boleh bagi upah. ini dahlah kita yang kemas dorang pulak dapat upah..hah kalau mama simpan je gula2 tu untuk lain hari.
Oklah sekian bebelan mama yang hampir mereput kah!
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
HEH..HEH..SIAN YAN...MASA ANAK2 CUTI SEKOLAH MMG AMANYA YG PENING LYN KERENAH MMETIR BERAPI SELALU
ReplyDeleteYe la kak PI pening mamanya ni melayan, memetir tu memang dah selalu hahaha
DeleteKikiki, memetir, mak Tarzan, amik penyapu sapu mainan masuk tong sampah terus, tapi tong sampah utk sampah keringlah Kan, hahaha..akk lagi terer, mama Yan sapu letak tepi Kira Ada ampun lagi tu.
ReplyDeleteHishhh...semenjak dua menjak ni akk malas betul nk update blog, hhu
masa tu tengah baik sikit kak, kalau angin tak baik ada juga yang dah masuk tong sampah sebelum2 ni hehehe
Deleteye la kak kadang saya pun rasa malas nak update blog
Time anak2 cuti ni memang kena sabar tahap gaban haha...
ReplyDeleteBetul tu PH sabar tahap gaban sampai tahap dewa dewi dah la ni hehehe
Deleteitulah en.azlan ragam anak2 hendak membesar, emak kena banyak sabar hehehe
ReplyDeleteAkak dh puas rasa pengalaman ni Ilah masa anak2 kecik2 dulu.Akak ni surirumah tapi tiap hari stress,bukan jadi tarzan lagi dah jadi singa rimau dah masa tu...apataknya sebakul mainan di tabur .Akak bukan saja nak jaga anak2 tapi MIL yg perlukan pantauan sepenuh masa ....ermm kenangan semua tu dah,rindu sebenarnya bila diingat kembali.
ReplyDeleteHihi.. Biasa la kan kalau da cuti, mmg itu la rutin hariannya. Keje rumah tu da mmg semestinya. Ditambah pulak dgn mainan berterabur & bersepah..mmg bikin panas je. Tapi nk buat mcm mana kan.. Anak2 tgh membesar, semua benda nk explore.
ReplyDeleteIra pn kdg2 ada jgk stress bila suami asik keje je. X penat ke dia keje direct x cuti2.. Tp bila dia ckp, igt dia suka2 ke nk keje x cuti2.. Da kene keje, nk buat mcm mana. Bila pk2 balik, ye la dia keje nk cari rezeki lebih. Tambah plak nk bukak sekolah ni, bnyk nk pakai duit. So nk xnak, redha je la. Keje rumah pun buat mana yg mampu je. So far dia xde la membebel. Hihi..
cuti sekolah camtu la kan. hihi
ReplyDelete