Thursday, 7 December 2017

Cendawan goreng krup krup

Assalamualaikum...

Kalau semalam dan kueyteow kungfu panda hari bercendawan goreng krup krap pulak ini lama dah mama buat, saja nak buat kudap-kudap petang, asyik makan biskut cicah tamar cocoa je kan, jadi kita kasi ubah lagi, tengok anak-anak suka ke tak. Cendawan ni penjaga transit adrien yang tanam, gemuk-gemuk cendawannya tu. mama beli setengah kilo je sebab kalau sekilo rasa macam banyak pulak, sekali eh bila buat anak-anak suka pulak sampai tak cukup. tapi 1/2 kilo tu boleh buat 2 kali lah.

Bahan-bahan :

Cendawan tiram(basuh dan toskan)
tepung beras(agak2lah banyak mana hahaha..mama takde sukatan pun)
sedikit tepung jagung (1@2 sudu)
sedikit tepung bistari yang spicy (nak bagi ada rasa pedas2 sikitlah)
sebiji telur
garam
air secukupnya.

Cara membuatnya macam biasalah macam kita nak goreng pisang ke cempedak ke. Rangup je bila dikunyah eh memang sedaplah cendawan goreng nih rangup krup krap..haaa sendiri buat sendiri kata sedaplah, buat kali pertama tu sampai tak cukup anak-anak makan, siap abang adam mintak buatkan lagi. Seronoklah mama sebab berjaya buat anak-anak makan sayur sebab anak-anak mama jarang nak makan sayur, tapi kalau kat rumah pengasuh tu makan je sayur..ehh macam-macamlah anak-anak ni.




Kemain cendawan goreng siap salad lagi tu, eh jangan main-main mama memang ngapp salad tu tau, dah berusia ni kenalah makan lebih tumbuh-tumbuhankan hehehe..salad segar dan rangup walaupun dah seminggu dalam esbok, apa rahsianya?? hahaha..nanti mama share lagi. tu diaaa lepas nih banyaklah entri dari dapur mama agaknya kan, ye lah tilik-tilik enfon nih banyak juga gambar yang ada jadi sebelum mama clearkan mama share kat sini je lahkan.

Wassalam



11 comments:

  1. wah sis, sedap juga buat cendawan macam tu..krup krup sebab crunchy

    ReplyDelete
  2. Buat makan petang sedap ni kak sambil lepak dkt laman rumah sambil angin sepoi2 bahasa. Hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dah akak tak goreng cendawan....terlupa pulak nak menggoreng kalau ada beli cendawan,biasa buat lauk je yg diingat.Sedap kan ...Akak pun suka cendawan goreng..

    ReplyDelete
  4. wah..cer share rahsia salad tu? mkn dah layu mmg tak best.

    ReplyDelete
  5. Suami saya paling suka cendawan goreng ni

    ReplyDelete
  6. Salad tu memang ulam mama. Tapi saya lebih suka ulam lain jika banging dgn salad. Cendawan kerup2 baru saya tau. Bila saya kawin nanti nak minta goreng cendawan jerup2 jugaklah.

    ReplyDelete
  7. Dulu time anak perempuan saya belajar di Arau, setiap kali pergi menjenguk dia di sana saya akan singgah makan di satu warung kat tepi bandar Arau. Ada cendawan goreng tepung... mmg sedap... kadang2 bila nak balik KL saya singgah kejap tapau untuk kudap-kudapan sepanjang perjalanan balik.

    ReplyDelete
  8. mmg sedap cendawan tiram di grg ngn tepung.... bt lak rangup2 pasni try pulak cendawan enoki lg syok

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Lama tak makan cendawan goreng tepung. Biasa makan kat Puncak Mutiara Cafe. Kalau nak buat sendiri memang berjanggut pun tak siap lagi. Hihihi

    ReplyDelete
  10. Dulu dulu rajinlah jugak goreng cendawan ni, tp la ni dah tak berapa nak rajin. Bukan apa kang goreng beriya, makan sendiri jugak yg beriya... pas tu gemok pun beriya sesorang, tak nak ah

    ReplyDelete
  11. Boleh la try buat cendawan goreng lps ni.. Selera menengoknya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...