Saturday 9 December 2017

Cerita tentang dia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni Adrien dah 6 tahun. Sejak masuk disember tu asyik menghitung hari je nak tunggu besday dia, bukan lagi dia tu kan, siap request kat mama "yen nak kek lepas tu atas tu ada mainan, yen nak topi dengan topeng, nanti nak potong kek dengan kawan-kawan" haaa bukan main lagi permintaan tu. InshaAllah ada kesempatan nanti mama buat, sambut sekali dengan abang nantikan, abang pun bulan disember juga, tapi krismas nanti.

Dah sambut sebenarnya besday dia dekat pasti hari tu sebelum mula cuti sekolah tu, ingat masa tu la mama nak buat kek yang dimintanya tu sebab mualimah dah bagi tarikh bila nak buat, mama pun siap ambik cutilah konon nak buat kek, sekali tu mualimah terpaksa cepatkan majlis, jadi memang mama tak sempat nak siapkan apa-apa la sebab mama tahu pun dah lewat, mana sempat nak pergi bakery beli barang nak buat kek. Tapi takpe mualimah tak minta sediakan pun sebab memang pihak pasti yang sediakan, ibu-ibu yang nak tambah je boleh tambah, mama memang tak sempat nak sediakan apa langsung takpelah dapat juga adrien makan kek yang mualimah sediaka.



Gambar yang mualimah share, mama kongsikan kat sini, kenangan anak-anak mana tahu Adrien dah pandai baca blog mama nantikan, dapatlah adrien tengok semua ni. ehh muka dia tu taknak senyum pun tau.

Sekarang ni dia dah pandai dah main whatsapp, tapi bukanlah dok whatsapp bukan-bukan, dia suka whatsapp acunya je, adik en.azmi yang bongsu. dah la tu dia whatsapp dalam group pulak tu hehehe  mula tu tulis takde space langsung bersambung semua perkataan, lepas tu mama ajar dia untuk space dan letak icon. kalu bole tu hari-hari nak whatsapp acu, kadang mama yang tak bagi cakap acu busy hehehe..saje je kan takut mengganggu, tapi acu tu tak kisah pun, hari tu bukan main mama tengok adrien whatsapp "birtday yen sabtu acu belanja kek 🎂🎂🎂" amboi siap minta acu belanja kek tu.

Adrien ni macam kelakar pun kadang tu. Hari tu dia marah adelya sebab adelya kalau.tidue mesti dengan mama walaupun dengan bangganya cerita dekat orang dia ada bilik sendiri tapi tetap tidur dengan mama, satu hari tu adrien bengang je sebab tak dapat tidur sebelah mama "Ya ni asyik.tidur dengan mama je..kalau macam tu baik yen jadi Ya je" hehehe.... Nak bertukar jadi yaya ye,  adrien panggil adelya Ya je.

Lepas tu adrien ni kalau mama marah je dia mula la buat main teka-teki dengan abang adam "abg...besar nanti abg nak jadi apa? Yen nak jadi angkasawan (ini terpengaruh dengan upin ipin lah) entah apa angkasawan tu dia tahu ke tidak agaknya. Lepas tanya abg adam mesti dia tanya mama "mama dah besar nanti nak jadi apa?" Tak sempat nak jawab lagi dia yang jawab "yen tau mama nak jadi pemarah" hahaha hadoiii la budak sorang ni ada je dia kan. Yen...mama ni dah tua pun takde apa nak dicita-citakan melainkan nak masuk syurga nanti. Itu je lah cita-cita mama sekarang ni dan cita-cita mama untuk anak-anak mama juga.

Macam-macam lagi cerita adrien ni, tapi tak dapat nak tulis panjang-panjang. Sempena ulangtahun kelahiran anak mama Adrien Aryan bin Azmi ni, takde apa yang mama minta.. Sama juga macam yang sudah-sudah... Moga anak mama ini jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa memberkatimu duhai anak



Selamat ulangtahun sayang... Tahun depan akan bermula fasa baru dalam hidup adrien, moga Allah permudahkan setiap langkahmu.

Wassalam

12 comments:

  1. Comel je yen nak jadi ya.. Hihi.. Anak2 kan.. Macam2 keletah.. Itulah penghibur..

    Jemput follow google.. Dah follow sini 😊

    ReplyDelete
  2. Happy birthday yen! Be a good boy tau...

    Kelakarlah yen ni... Kesian mama, cita-cita nak jadi pemarah ye :D

    ReplyDelete
  3. Hahaha lawakla Adrien. Banyak akal btul budak ni kan. Buat aunty gelak je baca entri ni. Haha. Happy 6th birthday Adrien.

    ReplyDelete
  4. Wah bunga matahari mama Yan dah berbunga yea, diabadikan pada harijadi Adrien ya, bila besar nanti besar nnt senyumlah dia tengok gambar ni, kemain lagi dia usha bunga tu ek, hihi.

    Kita doakan yg baik2 utk anak2 kita Kan, moga anak2 kita terpelihara dari kejahatan, maksiat, sentiasa dalam pemeliharaan Allah walau di mana jua mereka berada.

    ReplyDelete
  5. Happy Bezday Yen... moga makbul doa mama hendaknya. Senang tak ucapan aunty Yen? Hihi...

    Kelakar yg part Yen mengusik mama tu pandai rupanya Yen buat kelakar hihi... mama yg tgh marah pun boleh ketawa tu rasanya

    ReplyDelete
  6. Happy birthday adrien aryan.. Semoga menjadi anak soleh, anak syurga buat mama & papa. Semoga cemerlang dunia akhirat.
    Hehe.. Pandai yen menyakat ye.
    Yen da potong kek ke? Maaf la mokde xdpt join yen potong kek.

    ReplyDelete
  7. sanah helwah Adrien Aryan. semoga mejadi anak soleh yang berjaya didunia dan akhirat.

    syafi pun suka nau part angkaswan upin ipin tu. kuat pengaruh Upin Ipin ni,

    Kalau bab whatsapp, syafi cuma pandai send voice msg je kak. haha.

    ReplyDelete
  8. Sanah helwah yen..
    Moga menjadi anak yg soleh..

    Wah dah besar bunga matahari AA..
    Dah boleh ambil kuaci nya tu..

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Adrien...semoga sihat sejahtera selalu...

    ReplyDelete
  10. selamat harijadi Yen..amboi manja betul dengan Acu ye

    ReplyDelete
  11. eppy bday yen... moga jd anak yg soleh n berjaya acik doakan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...