Friday, 29 December 2017

Urusan sekolah anak

Assalamualaikum...

Mama ambik cuti sejak semalam sampailah minggu depan, saja menghabiskan cuti yang menimbun tu disamping nak uruskan hal persekolahan anak-anak. Ye lah tahun depan semuanya dah bersekolahkan. Kerja en.azmi tak mengizinkan untuk dia bercuti selalu jadi mamalah yang uruskan urusan sekarang. Mujur anak2 dah besar bolehlah mama angkut semuanya.

Semalam pergi beli buku anak2 disekolah. Sebelum ni dah pergi dah berbaris pun tapi dengan adelya je macam2 hal dia nak pergi toiletlah itulah inilah,beratur pun masih panjang jadi mama pun baliklah dengan membawa list buku yang nak dibeli. Dah tanda mana yang nak dibeli jadi mudahlah. Semalam bawa je list tu, rezekilah Allah nak bagi pergi lewat tengok2 orang tak ramai pun yang beli buku, mama orang ketiga beratur sekejap je lah. Bawa anak2 senang terus ukur saiz baju yang nak dibeli. Buku pun masing2 bawa sendiri, mama lenggang kangkung je lah.

Hari ni hari suai kenal untuk pelajar darjah 1, haa untuk yang ini mama pergi dengan adrien je, keluar awal2 walaupun sekolah tu tak sampai 5 minit pun nak pergi tapi takut adelya nak ikut pulak, mama malas nak bawa jadi suruh en.azmi hantar abg adam & adelya ke rumah pengasuh dulu. Bukan apa malas nak bawa nanti nak dengar taklimat, buatnya lama adelya bukan boleh nak duduk diam2. Biar mama sorang2 senang sikit. Ada yang mama tengok bawa anak2 memang anak2 tak duduk diam, ada pulak tu siap main baling2 botol vitagen kena orang, yang maknye tengok tak buat apa pun cakap maaf pun tak, ehh kalau mama tu siaplah dah hinggap cubitan tu.

Banyaklah penerangan yang diberi guru besar, sekolah ni sekolah yang paling padat darjah 1 ada 9 kelas dalam kelas ada 41 pelajar. Sepatutnya 1 kelas ada 35 pelajar je kata guru besar. Untuk cukupkan kelas untuk pelajar darjah 1, kelas untuk darjah 3 dikurangkan, jadinya satu kelas ada 45 pelajar, ramai tu tapi nak buat macammanakan. Sebenarnya kawasan sini banyak perumahan naik jadinya sekolah pun jadi.padatlahkan, masa adelya nanti tak tahulah. Sesi petang saja dah hampir seribu pelajar. Itulah cikgu ada cakap dekat mama, tolonglah ajar anak dekat rumah juga sebab cikgu pun tak dapat nak bagi.perhatian dekat semua dalam kelas ye lah ramaikan.


Darjah 1 dah adrien, mama check namanya kelas mana rupa2nya adrien nama pertama sekali untuk darjah 1 hehehe. Untuk permulaan ni cikgu letak je kelas ikut abjad pertama nama tu, hujung januari baru ada ujian untuk tentukan kelas. Berbeza dengan sekolah lama abg dulu, buat ujian siap2 untuk tentukan kelas, tak kisahlah macammana pun kan, yang penting anak2 dapat belajar. 1hb bulan nanti suai kenal untuk sek.agama pulak. Haa sibuklah mama nanti uruskan anak2. Siap cuti seminggu untuk pantau adrien dan adelya. Cikgu bagi masa seminggu untuk ibubapa datang waktu rehat ajar anak2 membeli dikantin nanti.

Masa abg adam dulu untuk permulaan mama sediakan bekal, takut dia tak sempat beli makanan boleh dia makan bekalkan. Kalau sempat beli takpe lah bekal tu sebagai back up je. Ye lah kadang beratur lama2 tapi tak dapat beli makanan, supaya tak lapar bagi bekal, bekal yang mudah je, kadang bagi roti je pun. Asalkan ada makanan untuk dimakan kira dah ok lah kan. Untuk adrien ni mama kena tengoklah macammana. Naik transport balik tak risau sangat sebab abg adam ada kan. Cuma mama kena perati jugaklah dari jauh macammana nanti.

Nanti sambung lagi cerita perihal sekolah anak2. Minggu depan semestinya tak lama lagi dah sekolah nak buka.

Wassalam

4 comments:

  1. Tabahla mama Yan, nasib baik cuti pun banyak Kan, settle semua urusan lega rasanya dan nak tunggu sekolah bukakla plak.
    Akk urusan sekolah anak yg berkaitan buku2, nak ambil result exam anak semuanya suami yg settlekan, yg berkaitan uniform akk uruskan tapi ofkosla suami juga yg kena jadi driver, hehe.

    Selamat menempuh alam persekolahan sebenar ya Adrien.

    ReplyDelete
  2. kelam kabut tak kak? hihi.. adik e'in yang bongsu tahun nie form 1..

    ReplyDelete
  3. Itulah urusan kita mak2 ni diawal tahun kan AA..

    Selamat betsekolah Adrien..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, bdk2 ni kdg rimas lama2 dlm dewan. Aisyah hari tu, mujur la dia tidur.
    Ramai juga ye pelajar sekolah adrien. Nk buat mcm mana kan, bnyk perumahan baru kat situ. Tempat kami ni ada 3 buah sek. Ada sek dkt sgt dgn rumah, tapi sek tamil. Kalau sek kebangsaan, alangkah bahagianya kami. Hihi.. Sek aimy 1 kelas 36 pelajar. Mungkin sbb area kami tu, bnyk peringkat cucu2 je.. Tu yg x ramai. Kelas pun ada 4 je utk darjah 1. Apa2 pun..semoga anak2 dpt belajar dan menerima ilmu yg cikgu ajarkan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Jiran-jiran

Assalamualaikum... Adoii syawal dah habis mama masih ada cerita raya lagi, sepaturnya semalam nak mengarang tapi kesihatan tak mengizinkan...