Tuesday, 19 December 2017

Westplate Factory

Assalamualaikum...

Hari ni seksyen mama buat makan-makan sebab tahun ni takde buat family day jadi semua putuskan nak makan sama-sama. Takde buat potluck makan kat ofis kali ni kita buat kerja senang dan berbeza sikit. Kita pergi makan diluar, kita berwestern la pulakkan. Semua dah siap tempah awal-awal jadi pukul 1 semua dah ready lah. Jom tengok pilihan makanan... Saja share okeh kot-kot ada yang berkenan bolehlah pergi makan nanti ye.


1st plate tentulah tuan empunya blog yang punyakan. Portion banyak ye se'eh la perut mama nak mengabihkannya...nama menu seperti digambar, bagi mama sedap semua cukup rasa, digandingkan dengan air honey lemon suam feberet mama la air tu kalau makan kat sini. Sebelum ni.dah beberapa kali makan kat sini en.azmi bawa.


Sekarang menu kawan-kawan mama pula.





Bagi yang nak makan nasi, terdapat beberapa pilihan menu nasi


Ini mama pernah makan sebelum ni, bagi mama sedaplah


Ini mama tak pernah makan lagi tapi menurut kawan mama sedap. Pendek kata semua makanan ini sedap-sedap dan portionnya pun banyak,harganya pun masih berpatutanlah bagi mama.


Muka-muka lega dapat makan, mama dah la dari.pagi tak makan, masuk ofis lambat pagi tadi, sampai je terus meeting sampai 11.30 huhh memang mencengkam-cengkam perut ni dibuatnya. Itu yang dapat makanan tak menoleh dah terus ngapp je..dah la makanan mama antara yang terlambat sampai hehehe saje je kan. Seksyen ni memang ramai perempuan, lelaki ada 3 orang je.

Westplate factory ni terletak di seksyen 23 shah alam.

Oklah sekian laporan dari mama malam ini, jangan ada yang terliur pulak ye tengok makanan, mama cuma boleh share gambar dan tempat je, kalau nak cuba bolehlah terjah nanti ye,bila nak terjah tu jangan lupa ajak mama sekali ye...heheh

Ok wassalam

8 comments:

  1. semuanya menu yg menggoda... almaklum dana ni udahla peminat setia western food

    ReplyDelete
  2. Semua nmpk sedap Ilah tapi org kg mcm akak ni mna lh reti mkn western sngt😆

    ReplyDelete
  3. Lama tak dengar eord se'eh tu kak. Hehe. Memang nampak sedap semuanya. Portion pun nampak banyak. Memang berbaloi makan masa lunch.

    ReplyDelete
  4. Menyelerakan sungguh menunya AA..
    Mudahkan macam tu..
    Jom gader2 kat luar jer 😍

    ReplyDelete
  5. Aikss mana belajo perkataan se'eh ni, hehe.
    Sesekali berwestern Kan, oihh..nampak sedap semua tu. Kole..strol letak tepi Dulu haha.

    ReplyDelete
  6. Adoi.. mengancam betul menunya.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Mcm menarik je menu2 kat sini.
    Nnt blh la try.. Lapar perut tgk gmbr.. Haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

It's a boy

Assalamualaikum.... Amacam tajuk??? Ada rasa terkejut ke kehkehkeh tajuk saja nak bikin panas je tu... Saja ambik kesempatan bergamba...