Friday 22 December 2017

Cerita adelya

Assalamualaikum....

Masa dekat kampung hari tu macam biasalah kalau di rumah mertua ada pulak ipar lelaki mestilah mama bertudung. Sebelum ni adelya takde la bertanya apa-apa, tapi masa hari tu adelya tanya mama "kenapa pakai tudung dalam rumah?" Mulalah mama cari jawapan yang mudah untuk adelya faham.

"Rambut ni aurat orang lelaki tak boleh tengok,tapi kalau papa,abg adam dan yeyen boleh la tengok" itu je la jawapan mama bagi tak tahu adelya faham ke tidak sebab lepas tu dia buat biasa je. Ini dah dekat rumah ni dia tak nak berenggang pulak dengan mama sebabnya abg yang berdua tu tinggal dikampung. 2 hari jugaklah dia taknak main dekat luar sebab abg2 takde. Masa mama teman di luar pun dia taknak main juga, sudahnya layan movie je dekat rumah.

Satu hari tu adelya nak main kat luar tetiba dia datang minta tudung dekat mama, mama tanyalah kenapa nak pakai tudung? "kenalah pakai tudung nantikan nampak aurat" jawab adelya. tapi kadang2 lah pakainya kadang tak pakai pun, masa teringat dia pakailah masa tak ingat tu tak pakai pun. mama takdelah paksa, cuma ajarlah sikit2 mana yang bolehkan, kecik lagi rasanya yang penting dia faham.

Minggu lepas cuti seminggu seronoklah duduk berdua je dengan adelya, masak pun ala kadar je hehee sebab takde yang nak makan pun adelya makan pun sikit-sikit je, jadinya kita makan apa yang ada je, en.azmi pulak selalu balik lambat kadang2 out station jadi lagi merdekalah mamakan... lepak-lepak je dengan adelya dekat rumah layan movie, tapi asyik dok layan cerita dia je la, mama nak layan tombiruo pun tak sempat lagi, yang mama sempat layan citer bad genius tu je sebab baca review orang kata best, jadi haruslah ditonton dulu itupun tengok sebelum adelya bangun tidur kikiki.



Ini hari pertama mama nak kerja setelah cuti seminggu, adelya nangis2 taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya bawaklah ikut mama datang ofis. bukan main lagi gayanyakan tu kan dapat rasmikan kasut dan baju yang makngah bagi tu. Mama pulak tak tahu pagi tu kena masuk meeting, sudahnya tinggallah adelya sekejap dengan kawan2 mama kat situ. Tengah hari tu siap kena cukailah mama nak makan kepsi, nak beli spec mata katanya. Takpelah kita belanja je sebab kesian pulak tengok dia bila mak sedara share gambar abang makan abc makan pizza, dia kata kenapa tak ajak dia? sedih pulak mama rasa..ehhh jomlah mama belanja.

perasaan mak2 memang macam ni ke hehehe ke mama sorang je? bukan apa mama ni kalau kata sorang anak takde pastu rasa nak belanja anak makan kepsi tapikan rasa macam tak boleh nak belanja sebab fikir anak yang lain makan apa? macam hari tu lah abang kat kampung, nak belanja adelya dengan adrien makan kepsi tapi teringat kat abg adam, tetiba paklong wasap tok belanja abg makan kepsi, mama apalagi teruslah beli kepsi jugak hehehe. alhamdulillah la hari tu bila tengok abang2 makan abc, lepas tu en.azmi pun bawa adelya makan abc, cuma yang pizza tu taklah, mama belanja kepsi je hehehe, itu tengok abang2 mandi kolam dia pun dah cakap nape tak bawak dia? kikiki adelya takde dekat kampunglah macammana nak bawa, nanti abang2 balik kita pergi mandi kolam ye. Sebagai mak ni kalau bolh mama nak bagi samarata je untuk anak-anak.


Adelya dengan spec matanya yang dipilih sendiri, bukan main lagikan pada hal nak pergi rumah ibu je tu, katanya mama ada spec mata dia pun kenalah ada, mana mama letak spec mama, situ jugaklah dia nak letaknya, kalau boleh semua nak tiru mamakan, pantang juga mama beli tudung baru kalau boleh dia pun nak bertudung baru, kalau dress jubah tu jangan cakaplah dah berlawan2 dengan mama haaa, abang2 kongsi je almari baju, tapi dia almari besar tu dia sorang je, dress penuh..esok2 dah besar kalah mama nih, sekarang pun bukan main lagi, pergi ofis mama pun siap berlipstik bagai. kawan2 mama tergelak je tengok dia tau, masa mama kata nak rehat tu dia dah siap touch up lipstik dengan bedak lagi, bukan main sangat dia tu tau.

Masa cuti ni jugak mama belikan buku untuk dia belajar tulis-tulis dekat rumah pengasuh, tapi biasalah dia mana nye mahu buat kerja tulis lama-lama, pengasuh kata adelya asyik membebel je "ish ibu ni bila nak habis ni asyik tulis je" hehehe itu tak sabar nak mainlah tu, tapi alhamdulillah kata pengasuh adelya cepat faham, tulis pun tak ikut yang titik2 tu pun dia dah boleh tulis cantik, ok ini mama tengok jugaklah, tulisan adelya cantik sikitlah dari abang2 hehehe mungkin perempuan kot kemas sikit, kalau abang2, gabak-gabak je tulisannya penuhlah garisan dalam buku tu , tapi ye lah setiap anak tu berbezakan, setiap perbezaan tu yang buatkan diorang tu istimewa dengan cara yang tersendiri. Banyak jugalah perkembangan positif makcik bawang mama yang sorang ni, harap2 dah sekolah tahun depan mudahlah adelya faham setiap ilmu yang diajarkan nanti.

Wassalam

10 comments:

  1. Betul tu sis.. Perasaan mak-mak ni kalau boleh nak anak dapat sama je.. Tak de beza-beza.. Comel adelya bergaya..

    ReplyDelete
  2. gelak acik sambil baca ntry mama adelya ni tau.... alahai seronok la ada anak pempuan sorang nih....
    gaya nya ngalahkn mak nya... hehehehe, mulut nya pun becok geram lak acik bila lah dpt jumpa adelya yek

    yelah kak, klu blh nk sama rata, tp tgk gaya adelya ni senang nk di jaga cuma dia punya becok tu bt geram hhehehe

    ReplyDelete
  3. Amboi bukan main bergaya dia dgn cermin mata tu ye. Ikut mama kot ni. Hehe. Pandai bertudung dah. Semoga istiqomah sampai dewasa doanya ye.

    ReplyDelete
  4. Amboi, bukan main bergaya adelya ye..
    Masa macam ni, memang dia tgh meniru segala yg kita buat. Aisyah yg baru setahun 9 bulan tu pun da pandai mintak lipstik..😅
    Bdk2 kat rumah ni pun sama, ada anginnya bila nk bertudung.. Hehe..
    Rindu yaya..lama x jumpa..
    Mokde pun saje bakar yaya kan..hantar gambar abg mandi kolam.. Haha.. Sian dia..
    Betul tu, kalau boleh nk bg sama rata kat anak2..

    ReplyDelete
  5. Samalah kita mama... Kadang tu tengah lunch kat rumah pun teringat si Abang makan apa Kat sekolah huhu....

    Bergaya betul makcik sorang tu ye :)

    ReplyDelete
  6. Kalau dah tinggal dia aje di rumah, tentu seronoklah jadi princesss. Mama dan papa layankan dia seorang aje.

    Tapi memang betul AA. Saya pun selalu macam tu. Kalau beli sesuatu, dua-dua anak mesti dapat samarata tak kiralah umur 5 tahun berbeza. Dah macam kembar jadinya!

    Tapi si Adik tu kalau dia dapat sesuatu atau makan sesuatu bila abangnya takda, memang dia minta suruh belikan untuk abangnya juga. Selagi tak dapat, selagi itulah dia mengomel meminta sampailah abangnya pun dapat apa yang dia dapat tau!

    ReplyDelete
  7. Amboii2 kemain lagi bergayanya makcik bawang sorang tu, kalah dah mamanya tu, besar sok boleh jadi model ni, tapi model islamik je tau adeylia.
    Biasanya perasaan ibu2 ni macam tulah, kalo boleh apa yg Kita makan, anak2 pun kena makan, rasa Tak patut je kalo Kita je yg makan, contoh kalo akkla, Ada jamuan kt tadika tu, mesti tapau sikit untuk bawak balik bagi anak2 rasa.
    Harap2 bila Kita tua nanti, anak2 kita pun ingat pd Kita Kan.

    ReplyDelete
  8. Alahai....comelnya anak dara ni 😍

    ReplyDelete
  9. macam-macam kerenah anak dara sorang ni.hehe. comel tengok pakai spek. pinjamdress satu boleh?hehe

    ReplyDelete
  10. Amboiii sakan anak dara srg nih,bergaya kemain,mmg boleh bw pergi opis ke kak?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...