Saturday 16 December 2017

Aktiviti di kampung

Assalamualaikum...

Balik kampung kali ni bukan saja sebab dah lama tak balik tapi abah mentua minta anak2 balik untuk tolong buatkan beranda ataupun simenkan ruang didapur tu untuk melepak petang2. Anak buah yang kecik si khalish tu selalu duduk luar petang2 selain tu kalau.anak2 balik pun rajin jugak lepak kat luar tu.

Sabtu petang sampai dah lewat juga sebab kami singgah bukit tinggi dulu. Lepas asar abah dan paklong nak ke mentakab kedai RM2, en.azmi drive mama pun join sekali la sebab ada benda yang nak dibeli kononnya kan, eh tapi memang membeli pun. Mama beli benih sayur, benih bunga matahari takde pulak. Tak sangka ramai yang berkenan tengok bunga matahari mama tu jadi mama nak belikan benihnya untuk kawan2 tapi takde pulak, tunggu pokok mama tu je la keluarkan benih nanti.

Balik dari mentakab terus ke pasar malam mempaga pulak, saja nak berjalan sebab dah lama tak ke sana takde apa pun yang mama beli. Malam tu konon sambut besday adrienlah sebab sabtu tu jatuh tarikh besday adrien. Acu buatkan kek coklat yang sedap. Mamanya ni malas pula nak buatkan kek. Tunggu nantilah masa besday abg adam pulak kalau ada kerajinan nanti.

macam mandur je yang berdiri tu kan, buat benteng supaya air tak bertakung di dinding tu
Ahad tu abah mentua, en azmi,paklong & acik kery bergotong royong menambak tanah membancuh simen untuk buat beranda. En.azmi kata perlu siapkan hari tu juga sebab dia takde cuti lebih, itu yang bertungkus lumus membuatnya tapi takdelah siap sepenuhnya lagi sebab belum dikemaskan lagi simennya dan tiles pun tak letak lagi, sebab mak mertua suruh letak tiles, tapi semua dah tak larat, kira ok lah nanti kalau hujan air pun tak bertakung lagi dah disimen bagi tinggi laluan air tu.

Isnin en.azmi dengan tok bawa abg adam ambik gambar dekat karak, mama pulak tak tahu nak ikut siapa, wan dan adik2 ipar nak ke hari keluarga di pejabat felda, nak duduk rumah tak sesuai pulak sebab paklong tinggal untuk masak tengah hari, sudahnya mama ikut wan dan adik2 iparlah, si khalish tu masuk bertanding bayi sihat. Masa pendaftaran tu.adik.ipar daftarkan mama sekali katanya untuk cabutan bertuah...mana tahu ada rezekikan, cabutan bertuahnya dapat handbeg. Gigih ok mama tunggu sampai habis. Akhirnya ada juga rezeki mama dapat handbeg. Acu dan acik imah pun dapat, cuma wan dan maklang takde rezeki hari tu.



Ok lah kan dapat bawa pegi jalan2... Rezeki sangat nih, dalam terfikir2 nak cari handbeg dapat lagi satu handbeg, oklah ada dua dah campur yang makngah bagi dulu. Kata en.azmi beg pasar malam tu...hehehe tak kisahlah beg pasar malam pun janji adaaaa...nak beli yang branded idok le mama mampu, mama tak kisah ada brand ke takde brand janji boleh guna sudahhh... Nak yang mahal tunggu orang tu bagi je la kot dapat masa anibesari nanti kikiki


Haaa...balik kampung hari tu dapatlah makan durian, dekat kampung murah sikit rm22 sekilo. Beli siap suruh kupas balik terus ngapp je makan ramai2 jadi lagi sedapkan, anak2 pun memang suka durian. Itu je la aktiviti di kampung. Isnin petang dah balik rumah, abg adam dan adrien tinggal dekat kampung, krismas nanti baru balik sini. Anak dara sorang ni hari2 dok sebut rindu abg dan yeyen, main kat luar pun taknak sebab abg2 takde, melekat je dengan mama kat rumah...

Wassalam

5 comments:

  1. Hai akak, long time no see, wahhhh blk kg, Aini pun sama kak, xkisah handbeg tu ada jenama ke x as long cantik, pasar malam pun jalan je. Hrp2 Encik Azmi baca la moga2 enibesary dpt hbeg jenama kan. Hehehe btw akak sihat ke?

    ReplyDelete
  2. Saya suka ayat ni: "mama tak kisah ada brand ke takde brand janji boleh guna sudahhh."

    Love it. Sebab kita serupa tasre.

    ReplyDelete
  3. banyak juga aktiviti di kampung, anak saya pun suka sangat

    ReplyDelete
  4. Salam AA,

    Untung badan tetiba dapat handbag ya! Tak kisahlah ada jenama ke tidak, janji boleh pakai. Tak dapat bawa pergi pejabat, dapat bawa pergi pasar pun ok apa! Hahaha!

    Nampak gaya, En Suami taulah apa yang isterinya nak untuk hadiah anniversary tahun depan. Senang sikit kerja ^_^

    ReplyDelete
  5. Mengancam betul durian tuh.. Dah siap kupas senang sikit..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...