Assalamualaikum...
Bulan disember nih ada 3 tarikh penting dalam keluarga kecil mama ni 9 dis hari tu besday adrien, 25 dis pulak besday abang adam dan tarikh hari ni 27 dis... Alhamdulillah 9 tahun sudah usia pernikahan kami #milah kikiki. Apa nak cerita nihh..aduhh baru 9 tahun dah tak tahu apa nak cerita ke mama, nanti dah 19 tahun entah2 ada entri ke tidak pun tak tahu lah, entri tu ye lah tak tahu yang mama ni pun entah ada ke tidak lagi waktu tu kan.
Dah..dah...takde dah mama nak up gambo dukung-dukung bersawittt nanti tak pasal-pasal bersemut pulak skrin telefon memasing,biarlah walaupun hari ni anibeseri katanya kan, tapi takde dah gambar dukung-dukung tu, cukuplah sekali je moment tu kalau banyak-banyak kali up muntah berjemaah pulak orang yang menengoknya kan wakaka. Kalau ada pun mungkin 10 tahun lagi itupun kalau en.azmi tu masih mampu nak dukung mama yang ala-ala model ni hahaha, itupun kalau mama ni taraf "modellah" sangat waktu tu kan huhuhu
Haaa..ini je gambar sawit mawitt mama sempena anibeseri yang ke 9. nampak tak gambar apa tu??? haaa inilah en.suamiku yang romantik. pagi-pagi sebelum mama pergi kerja en.azmilah yang tunggu depan pagar sambil-sambil tu siramlah kereta, sebab mama bising cermin kelabulah berasaplah tak nampk jalanlah jadi en.suami yang baik hati tu tetiap pagi memang kerjanya siram keretalah kan, ada sekali tu isterinya ni pun disiramnya, apa taknya masa tu mama buka tingkap tak sempat tutup en.azmi dah sembur haaa basah jugaklah mama ni haa..ehhh mama nak sembur kang derhaka pulak hahaha jadi diam je lah
Mama pergi kerja awal jadinya tinggal en.azmi uruskan anak-anak bertiga tu untuk pergi sekolah dan ke rumah pengasuh. malamnya mama dah siapkan beg sekolah dan beg baju anak-anak. pagi tu tugas en.azmi pulaklah kejut anak-anak bangun tidur dan mandikan anak-anak, bagi anak-anak makan sarapan, kemudian hantar pergi sekolah dan ke rumah pengasuh, kadang2 siap bawa dulu anak2 pergi bungkus sarapan..tengok tu kasih seorang papa, walaupun garang tapi apa anak2 nak makan dia bawa juga pergi beli. Kadang sebelum kejut anak2 en.azmi sidai kain baju dulu yang mama dah basuh pada malamnya..ehemmm bukanlah mama yang basuh, mama cuma angkut letak dalam mesin lepas tu mesin tu lah yang basuh sampai sudah hehehe.
Alhamdulillah beruntung mama Allah rezekikan jodoh dengan lelaki ini. boleh membantu buat kerja rumah, boleh tolong uruskan anak-anak. ringanlah sikit kerja mama, lelaki yang kalau baru sampai rumah dari kampung atau dari berjalan mana2 yang lama sikit tinggalkan rumah, dia suruh mama dengan anak2 tunggu dalam kereta dulu sementara dia masuk rumah kemas dan sapu rumah dulu bagi bersih baru suruh mama dan anak2 masuk..haaa mana nak cari oiii, ehhh ada la lelaki lain yang buat macam tu jugakkan, tapi dah ini cerita suami mama, haruslah puji suami sendiri, suami orang lain biar isteri dia la yang puji kikiki..
Ok lah rasanya cukuplah cerita puji-pujian dan up suami sendiri, banyak2 kang nanti takde benda pulak nak cerita untuk tahun depan jadi yang selebihnya mama simpanlah untuk mama cerita tahun depan pulak.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Happy 9th sweet anniversary
ReplyDeleteHappy anniversary kak lah & abg mi. Alhamdulillah.. Dah 9 tahun berkongsi segalanyakan.. Semoga terus kekal bahagia hingga ke jannah.
ReplyDeleteبارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu lakuma
Wa baraka 'alaykuma
Wa jama'a baynakuma
Fi khayr.
Alhamdulillah.. Syukur dpt suami yg rajin buat kerja rumah & pentingkan kebersihan. Semoga anak2 kak lah mencontohi papanya.. InshaaAllah..
happy anniversary kak.. semoga hubungan kekal hingga ke jannah.. :)
ReplyDeleteingat td apa lah milah tu.... anak akak yg mana tuh rupanya heehehhhe...
ReplyDeleteeppy anniversary kak, moga kekal bahagia hingga kesyurga
suami ni kadang tak perlu yg kaya raya, yg hensem, yg romantik kengkonon nya... almaklum lelaki sifatnya semua tak sama... dpt yg memahami, yg ringan tulang nolong urus rumah tangga pun dh rasa syukur sgt.... sbb laki dana mcm suami akak ni, ringan tulang.... kadang dana kul 9 dh termembuta dia la yg bsh baju kms umah jaga si aiyan bagai
Happy anniversary #milah :)
ReplyDeleteKadang tu romantik yg gini lagi best hikhik... Anak bini rasa selamat je bila ada ketua keluarga mcm En azmi ni...
alhamdulillah...semoga kekal bahagia...
ReplyDeleteHepi anniversary #milah
ReplyDeleteSemoga mama n en suami bahagia sampai ke jannah.
Alhamdulillah bahagia keluarga akak. Semoga berbahagia selamanya kak. Happy anniversary kak ❤
ReplyDeletePenat tunggu gambo dukung lambung lambung tau lastnya lambung air je yg ada hihi... bolehlah jugak hihi.... dpd tak de.
ReplyDeleteRezeki memasing ye dak .... laki tu kelebihnnya kat situ laki ai walupun tak sapu sapu baru suruh isteri masuk tapi kelebihannya tang lain pulak.
Syukur seadanya hihi....
Happy Anniversary Lah dan suami moga jodoh korang kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya