Thursday 19 October 2017

Memetik bunga di taman ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Assalamualaikum...

Memetik bunga di taman larangan...amboiii bunga siapa yang dipetik tu? bunga di taman mama kecik lagi..kikiki entah sempat entah tidak  mama tengok bunga mama yang sekuntum tu dipetik orang nanti...ehehehe

Nah bukan bunga itu yang mama nak ceritakan. En.azmi kata macam mana nak buat ye taman kita pokoknya tak mahu berbunga sangat, daun je rimbun hijauuu jek, rumah orang lain cantik je berwarna-warni. aah ye la, pokok seri pagi mama tu macam makin kurang pulak berbunganya, yang selalu berbunga warna putih dan kuninh, warna merah,pink dan oren memang jarang sangat berbunga. baja untuk bunga selalu juga diletak.

Bukanlah tak berbunga langsung masa mula-mula beli dulu memang hari-hari berbunga. selepas tu bunga masih banyak tapi daunnya kurus-kurus je macam nak layu. pada hal disiram dan dibaja. agaknya pokok bunga ini mengikut tuannya kot kurus-kurus gitewww huhuhu. tapi sekarang nih daun dah gemok-gemok, bunga pulak yang kurang eheh kenapa ni? pokok bunga matahari alhamdulillah membesar dengan jayanya, bila nak berbunga tu mama tak tahu la pulak.


Pun begitu takdelah pokok-pokok tu tak berbunga langsungkan. Ini pokok yang paling mama takut nak jaga sebab mama rasa macam susah je nak jaga. mula maktam bagi tu berbungalahkan. lepas tu daun-daunnya gugur cuma tinggal batang je, sedih jugaklah kan, tapi mama cakaplah "jangan mati ye"..hehehe tak lama lepas tu tumbuh daun-daun baru, nah sekarang dia dah berbunga, walaupun sekuntum je oklah kan, tapi mama macam pelik pula masa maktam bagi tu bunganya warna pink sekali keluar bunga ni kaler oren pulak.


Ini bunga yang mama ambik dari mak mertua, yang bunga warna purple tu setiap pagi berbunga banyak. Alhamdulillah penyeri taman mama, bunga kuning disebelahnya tu pemberian maktam juga, yang itu memang berbunga sentiasa tapi macam nak tamat riwayatnya dah tu, macammana nak cambahkan benihnya mama tak tahulah pulak. macam bunga purple tu senang je, patahkan je pokoknya tu dan tanam je, memang hiduplah dia.

Macam nak kena pergi cari bunga lagilah, mama nak cari bunga yang kembangnya bertahan lama sikit. Bukan apa nampaklah berseri sikit taman kami ni kalau bunganya berkembang lama. Tak sabar pulak nak tunggu bunga matahari๐ŸŒป๐ŸŒป berkembang pulak..haaa mesti berseri-seri, nanti sambil lepak boleh makan kuaci bunga matahari hahaha..

Wassalam.

13 comments:

  1. berseri taman kecil yan walau pokok2nya baru bljr nnk brbunga

    ReplyDelete
  2. Akk pun dah serik nak tanam bnga ros, dah berkali3 tanam, mula elok je, pas sekali 2 Kali berbunga mesti mati. Sekarang suami akk beli bunga kemboja plak, bila berbunga mmg cantik sangat.
    Beli bunga kemboja la mama Yan, nak jaga pun senang je.

    ReplyDelete
  3. Akak senang je Ilah,tanam pokok berdaun je yang lebih sebab akak malas nak jaga pokok berbunga ni ,asik mati je .Pokok berbunga yg ada ni pun yg tak perlu perhatian sngt.

    ReplyDelete
  4. Rajinnya... tapi bagus, pokok menghasilkan oksigen... lagi banyak pokok lagi bagus kan...

    ReplyDelete
  5. Apa yang ktia cakap semua doa

    Sebab tu ada kaum di luar negara

    Nak bunuh pokok ramai ramai maki hamun pokok tu hari hari

    Memang mati pokok tu

    ReplyDelete
  6. Rajinnya menanam bunga, cantik juga mata memandang kan?

    ReplyDelete
  7. hobi yang bagus. tengok bunga boleh buat rasa tenang

    ReplyDelete
  8. rajinnya kak...kalau irda ni suka tengok tapi tak suka menjaganya..heheh..skrg kat rumah irda ni mak suka tanam bende boleh masak.daun kunyitlah.daun sup lah.daun pandan lah..huhu...kdg2 suka juga tengok tapi kalau disuruh tanam sendiri memang tak lah

    ReplyDelete
  9. Seronok ada bunga-bunga pelbagai warna di laman rumah. Keluar kerja pun happy, balik kerja pun mesti rasa sejuk mata memandang. Bunga mama tu jadi warna oren rasanya sebab pokok tu dapat nafas baru bila mama pesan "jangan mati ya". Hehe.

    ReplyDelete
  10. Bunga mana yg dapat berkembang lama Azra.... bila madunya dah di hisap, layulah dia.... ehehehe...
    Kalau mcm tu rasanya tuannya kena gemuk dululah, barulah bunga pun ikut gemuk hihi...

    ReplyDelete
  11. Seronok kalau tgk pokok2 bunga kita berbunga.. Kalau x berbunga tu, mcm sedih plak rasanya. Ira penah jaga bunga ros, lama2 daunnya jd kuning, frust betul. Jiran ira ckp, kalau letak baja, tapi daun je lebat, baja tu bnyk pegi ke daun.. Hihi..xtau la tu kan, mungkin blh refer pd yg expert.

    ReplyDelete
  12. yes betol AA. ada pokok bunga, nampak berseri laman kita.
    cantik2 plak bunga AA tu. sgt cantik.
    aida plak now memang takde membela pokok. takde masa! ha ha ha...
    tapi minat. sgt minat. nanti kat rumah lagi satu, da plan nak buat taman.
    ada tanah skit aje rumah tu ok la. rumah skang ni semua da bersemen!

    ReplyDelete
  13. Nasib baiklah juga pokok bunganya berbunga. Kalau sayalah AA, nama aje pokok bunga pasti takda bunga yang sudi tumbuh. Hehehe!

    Pergilah beli lagi pokok bunga banyak-banyak. Barulah berseri-seri taman kalau nak duduk santai makan kuaci kat tepi tu! Hahaha!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...