Thursday, 5 October 2017

Dah berbuah 🌢🌢

Assalamualaikum....

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mama. Alhamdulillah semalam mama dah kembali bekerja. Demam dah ok semua cuma masih batuk dan sedikit penat. Jarang sakitkan sekali sakit tu teruk sikit dapatlah rehat lebih sikit, ada hikmahNya tu kan. Berjalan dari parking di masjid negeri nak ke ofis pun mengah juga la sebab kurang makan. Biasa kurang 10 minit sampai ofis ni lebihlah 10minit dapatlah nikmati ketenangan air tasik dan kehijauan daun disepanjang perjalanan, bertukar senyuman dengan orang-orang yang sedang berjoging...indah dan damai suasana pagi.

Mama tak sihat dari sabtukan, tak sempatlah nak jenguk tanaman yang ada sedikit didepan rumah tu. Semalam balik kerja walaupun penat sempatlah tengok pokok-pokok yang ada. Gembira bukan mainlah mama bila tengok pokok 🌢🌢 mama dah berbuah, terima kasih Allah...dengan rezeki ini walaupun baru ada 4,5 biji tetap buat mama gembira ok. Tak sabar pula tunggu pokok πŸ†πŸ† mama besar dan berbuah, tapi itu lambat lagi lah. Pak choy pun ada juga mama tanam..haaa gitu kan semangat mama. Pokok kunyit dah beberapa kali dah mama ambil daunnya. Kira dah bole makanlah hasilnya tu kan.


Nampak tak tu 🌢🌢 mama yang dah berbuah tu? Seronok ok bila dah nampak hasilnya tu. Terus cakap berbuah banyak-banyak ye...hehehe. Pokok cili mama ni ada 3 pokok semuanya, yang mengeluarkan buah ni baru sepokok. Kalau tiga-tiga berbuah mesti banyak juga, bolehlah dikongsi dengan jiran-jiran nanti, gitu semangat mamakan..eh apa yang penting niat kita kan. Mana tahu niat nak kongsi tu Allah bagi buahnya lebatkan, siapa tahu.

Tak lama lagi bolehlah mama buat sambal tempoyak takpun gengkan dengan budu. Cicah dengan ulam raja petik kat rumah jiran sebelah..ehehe. Jiran mama lagi banyak yang ditanam. Tapi cili dan terung dia takde, takpe nanti boleh tukar-tukar hasil tanaman pulakkan. Selain tanam bungaaan 🌻 🌹🏡 🌷untuk cantikkan kawasan rumah kita tanam jugalah pokok-pokok untuk kegunaan hariankan. Lepas ni cuba tanam πŸ‡πŸ‡πŸ‡ tengok boleh tak.

Wassalam

12 comments:

  1. WAH DAH BERBUAH CILI YAN YA SENANG NK MSK APAPUN YG DISUKAI BUAT ULAM PUN SEDAP TU

    ReplyDelete
  2. Seronok tu dapat hirup udara segar.. Kira exercise tu mama.

    Bestnya pokok cili dah berbuah. Nikmat sungguh bila pokok kita tanam berbuah/berbunga kan...

    ReplyDelete
  3. Elok juga tanam sayuran & cili kan,jimat belanja dapur dan terjamin dari baja kimia.
    Wah Ilah banyaknya impian nak makan dengan apa ...kalau cili tu Ilah xnk masak apa2 pun boleh je buat ulam ,kalau berani le....:-)

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau tanam anggur bila tiba musim memetik pelawa saya tau!

    ReplyDelete
  5. AA nanti masa masak tempoyak tu jemput CH ye..
    Kita gader2 sama2 πŸ˜›

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Hasil berbudi pada tanah kan.. Dpt la berjimat dan diyakini sbb tanam sendiri. Selain tu dpt pahala berkongsi dgn jiran2.. Seronok bila tgk hasil tanaman menjadi.. Hehe.. Area umah ira ada juga jiran tanam2 pokok ni, mana yg ada kawasan dan da buat tingkap bergrill, blh la letak beberapa pasu. Ada juga yg duduk tingkat 2@3 bercucuk tanam di bawah. Rajin betul diaorg. Mostly pak cik mak cik yg da pencen. Rumah flat kan, gitu la adatnya. Mcm ira ni, teringin juga nk menanam. Tapi tinggal pasu je. Sampai ada jiran sebelah ckp, geram pulak acik tgk pasu tu.. Hihi.. Ye la, dibiar kosong gitu je kan. Nnt la ada rezeki, da buat tingkap, blh la dimanfaatkan pasu tu. Siap beli sudip dan fork lg nk bercucuk tanam kononnya dulu. Bila ada bdk kecik, terus terkubur niat tu.. Hihi..

    ReplyDelete
  7. sronokkan tgk hasil tanaman dah menjadi....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis

    dah sihat ya

    pokok cili pun dah mula keluarkan hasil

    ReplyDelete
  9. Amboiii baru timbul 5 biji dah tak menyabo nak buat sambal tempoyak nampak!

    Tunggulah rimbun sikit barulah sambal tu pedas meletop merencik hihi

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka bertanam. Dulu rajinlah tapi sekarang bukan tak rajin tapi dah malas. Pokok serai saya pun dah serupa dgn lalang. Nampaknya kena mula lah bertanam. Nak cari peluh.

    Sorry, pokok ulam2 saya masih ada.

    ReplyDelete
  11. hobi yang bermanfaat. cili pun makin lama makin mahal. bila berkongsi tu, inshaallah akan makin murah rezeki

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...