Assalamualaikum...
Seronok drive pagi-pagi sebab jalan tak sesak langsung hehehe, cuti sekolah macam ni lahkan. Kesian lak anak-anak mama tu cuti sekolah tapi mama tak cuti pun, apatah lagi nak bawa gi jalan-jalan..nantilah ye anak-anak, tunggu waktu yang sesuai dan bajet ada lebih sikit. Kita bajet tahun depan je la jalan-jalan.Kot dapat jalan-jalan jauh sikit, naik belon ke (hehehe..minta-minta en.azmi baca)
Ahad maktam dan paksu datang rumah nak bawa pakjang keluar jalan-jalan, apalagi 3 stoges tu pun nak ikutlah, walaupun maktam kata tak berani nak bawa sebab takut tak terjagakan, ye lah nak bawa tiga-tiga tu risau juga mama, tapi melihatkan masing-masing tak sabar nak ikut, maktam pun tak sampai hati bawaklah juga. tak kemana pun kata maktam nak pergi ioi mall je, takpelah kira ok je sebab berjalan juga budak-budak tu darikan duduk rumah je cuti-cuti ni.
Paksu belanja makan dekat dip n dip..amboiii sedapnya, mama pun tak pernah makan lagi kikiki tapi tak pe yang penting anak-anak dapat makan.kalau dengan mama mungkin tak dapat nak makan tu sebab mama mesti cari nasik tak pun kepsi je, salah satu sebabnya mama tak reti nak order nanti kalau masuk kedai cenggitu ahahaha..ongtue macam nilah kan. masuk kedai makan lain sikit mulalah tak reti nak order makan apa.
Kecik-kecik dulu abang adam rajinlah maktam bawa jalan-jalan teman dia. adrien tak pernah nak ikut dulu sebabnya kalau mama takde memang dia taknak ikut. sekarang ni dah besar sikit barulah nak mengikut itupun sebab abang ada, adelya tu biasanya nak ikut je tapi kebiasaannya papanya tak bagi ikut. semalam tu beberapa kali juga dicakap tak payah ikut tapi mana adelya nak dengarnya tetaplah nak pergi juga, bukan tak bagi apa sebab takut menyusahkan makpak sedara je, nak mintak itu ini pulak, tapi alhamdulillah takde drama semua behave je kata maktam.
Cuma abang adam je yang suka buat perangai sikit,hari tu minta paksu belikan lego..aduhh abang ni kan berapa kali mama dah pesan pun macam tu jugaklah dia. Biasalah dalam ramai-ramai tu mesti ada je yang buat perangaikan. Selalu yang buat perangai pun abg adamlah, suka menangis dan mengamuk-ngamuk, risau je mama orang tak suka.
3 stoges mama dengan dinosor hehehe...macamamana dapat nama 3 stoges? Hehehe ini mak-mak sedara punya keje la ni. Dok sembang-sembang nak sebut nama tiga-tiga anak mama ni macam panjang pastu kalau nak taip pun malas terus dorang bagi 3 stoges. Haa teruslah lekat.. kadang nak tanya anak2 buah buat apa? Nak tulis nama sorang2 panjang teruslah tanya "3 stoges buat apa?" Hehehe..sampai sekarang melekatlah nama 3 stoges tu.
Wassalam.
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Bestnya makan kat dip n dip. Celup dan celup kot BM nyer. HAHA...aunty pun belum pernah makan kat situ lagi. Sama la kita..heheh...
ReplyDeleteHihi, byk betul gelaran utk adelya tu, makcik bawangla, 3 stoges la, layan je adelya ek, bertuah 3 stoges Ada mak sedara dan pak sedara yg baik hati kan.
ReplyDeleteSeronoknya dapat makan orang belanja.
ReplyDeleteBesok cuti, bolehlah bawak anak3 jalan2
Seronoklah anak-anak, pak sedara & mak sedara bawa jalan-jalan... hehehe
ReplyDeleteSeronok depa makpak sedara rajin melayan.
ReplyDeleteAnak2 kita kalau dgn tok Umi tok ayah depa rajinlah minta itu ini. Dgn Umi Walid ni susah sikit nak dapat hehe...
best tu makan kat dipndip tuu. teringin nak makan tapi jauhh nak p. :)
ReplyDeletewah bestnya siap paksu belanja
ReplyDeletehaha, ni kewajipan mak sedara n pak sedara. saya ngan adik selalu buat gini. nasib anak sedara dah ramai, kalau tak nak amik 3 stooges ni sekali.hehe
ReplyDeletePernah jugaklah masuk Dip n Dip tu. Itu pun anak yg ngajak. Semua gara gara tgk Hanis Zalikha makan kat ig. Huh...biasalah bebudak. Kami kalau makan kat sana order coklat sepinggan je Azra lepas tu kongsi reramai haha.... Mahal weyh. Mcm tak berbaloi pulak rasanya makan coklat nipis cenggitu harga mahei.... baik makan benda yg boleh kenyang...
ReplyDeleteha ha ha comel gelaran tu, AA :)
ReplyDeleteSenang gitu panggil 3 stooges aje, semua mai ^_^
ReplyDeleteAnak-anak saya pun tak berjalan ke mana-mana cuti sekolah baru ni sebab saya tak bercuti. Setakat keluar pergi shopping mall ajelah tapi pada mereka bosan dah. Maknya aje yang tak mengenal erti bosan dalam shopping mall ^_^