Tuesday 31 October 2017

Hari itu tetap tiba

Assalamualaikum...

Dah seminggu 🐝🐝 🐝terbang dalam perut mama. Menunggu hari ini dengan penuh debaran. Kalau boleh mama taknak hari ini tiba, tapi nak mengelak macammana pun hari ini tetap tiba juga. Tapi dalam debaran pun mandi tetap basah, makan tetap laju, tidur mama pun tetap lena hehehe..apalah yang mama taknak sangat hari ni datangkan, macamkan hal besar je yang nak terjadinya.

Ini semua gara-gara sambutan #MyStatsDay tu lah. Jabatan mama DOSM Selangor adakan sesi literasi statistik bersama komuniti di bangunan tempat kerja mama nih. Jadi apa masalahnya??? mulanya takde apa-aa masalah pun, seksyen mama dipilih untuk uruskan sesi ini. Puan Bos dah bahagikan tugas, mama jadi ketua protokol je..alaaa..senang je tu kan takde masalah pun...hihihi

Tetiba yang menjadi masalahnya bila sorang budak ni tarikh majlis diadakan tu lah dia nak kena pergi kursus pulak..ehhh kenapa nak marah pulak mama kalau budak tu pergi kursus?? masalahnya budak tu jadi emcee pada hari kejadian bila dia dah kena pergi kursus Puan Bos boleh pulak gantikan mama untuk jadi emcee...aduhaiii Puan bos tak tahu ke mama ni micro phobia dengan ertikata lain fobia dengan mikrofon ahahaha...pandai-pandai je bagi nama micro phobia.  Bila budak tu bagi teks untuk emcee tu teruslah 🐝🐝 🐝 dok terbang dalam perut mama seminggu lamanya wakaka.

Semalam rehearsel, kata budak-budak ni masa Pengarah turun ting.8 nih dia sibuk tanya "siapa yang jadi emcee" ada yang jawab "kak lahhh" ecehhh bajet sangat bebudak ni ye yang Pengarah tu tahu kaklah tu sapa, agaknya pengarah tu kenal mama pun tidak kuikuikui... kata pengarah "haaa... yang jadi emcee tu jangan nak mc pulak esok" hahaha macam tahu-tahu je pulak plan mama kan, ehhh tapi takdelah sampai nak mc kan, kita perlu sahut cabaran yang diberikan walaupun suara mendatar dan bergetar je sepanjang majlis diadakan.

Kalau nak diikutkan sebenarnya pernah juga beberapa kali mama bagi taklimat dan buat sesi knowledge sharing dan ini 1st time jadi emcee, tapi tu lah kan debaran tu tetap ada..dada berdegup kencang ko, perut sebu jek macam berpuluh ekor 🐝🐝 🐝 dok terbang dalam perut ni haa...bukan apa sebelum ni bagi taklimat dekat bebudak ofis jek, kali ni jadi emcee kena bercakap depan pengarah jabatan lain ada pulak tu pangkat Dr...huhuhu telan ailio je la. Ada sorang budak ni cakap "takpe kaklah dorang tu takkan bagi perhatian dekat emcee sbb dorg dah biasa dgn benda2 ni, dorg mst nk dengar taklimat je" nahhh...sekali bila bercakap semua mata tertumpu pada mama...ceh takleh pakai cakap budak ayu tu hihihi...tapi takpe dia saja tu nak bagi mama tak gugup, apapun syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, kata Puan bos takpe kali pertama gugup sikit nanti kali kedua dah ok tu...eh eh macam nak kena lagi je nih


Ini mestiii....bergambar ramai-ramai para urusetia dan pengarah. Sepakat kami hari ni nak berbaju merah dah bertudung coklat atau yang seumpamanya laa..merah, maroon atau pink kira warna adik beradiklah, alhamdulillah semua jenis mengikut apa yang dicadangkan. Yang berbaju purple bukan urusetialah, pegawai yang terlibat dengan pameran, dah ada sekali tu kita beegambarlah sekali. Sayangnya gambar mama tengah jadik emcee tu takde pulak huhuhu..takde sape nak.snap pic mama ek... Tapi takpe kalau ada pun segan pulak nak up kat sini.



Terima kasih ya Allah dengan kelancaran majlis dan juga ruang yang diberikan ini, pasti ada hikmahNya kan, dapat jadikan mama lebih berani untuk ke depan nantikan.

Wassalam

14 comments:

  1. Semoga lancar semua urusan ya sis

    Bukan senang nak atur majlis ni

    Banyak hati nak di jaga

    ReplyDelete
  2. Wah nampaknya dah maju selangkah ke depan kawan ai ni....
    Mau tak gugup gabrah semua adalah kalau namanya manusia. Tu dlm BM tu kalau kena spekang landen lagilah ngeri. Bukan setakat lebah dlm perut tu kotnya kerbau tgh membajak haha...

    Lepas ni kotnya cepat naik pangkat mana tau. Dahlah tahun depan dapat Rm1500 khannn hihi

    ReplyDelete
  3. Tahniah.
    Lepas ni boleh jadi emcee tetap dan tak berpencen

    ReplyDelete
  4. Tahniah mama, berjaya sahut cabaran..
    Faham sgt perasaan tu mama.. Walau saya ni jenis suka juga bila dapat mic, tapi bila kena jadi emcee mmg tak suka sbb semua mata tertumpu pada kita... Lagi2 kalau kena handle majlis in English... Mula la suara gelabah dan hentam jer apa keluar dari mulut... hahahaha

    ReplyDelete
  5. uish, saya kalau suruh cakap depan orang mau ketar lutut. apa pun tahniah mama sanggup menghadapi cabaran

    ReplyDelete
  6. Saya sekali tengok macam lalat rupa-rupanya 'butterfly in the stomach' gitu... Hahaha! Mahu tak takut, lainlah kalau dah terbiasa jadi MC. Ambil MC tu okay lagikan tapi nak jadi MC sesebuah majlis mahu tak lena tidur dibuatnya!

    Apa-apa pun syukurlah segalanya berjalan lancar AA. Memandangkan AA dah berjaya kali pertama, insyaAllah, lain kali Puan Bos boleh aje calonkan nama jadi MC lagi. Hahaha!

    ReplyDelete
  7. Memang mendebarkan ketar lutut kalau kena bercakap depan public ni, tahniah!

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak. Bukan semua mampu berdiri depan org dan bercakap. Ana pun tak berani.hehe. Nampaknya macam ada peluang di pgl jd emcee lagi akan dtg ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. Micro phobia, haha..mesti kering tekak Masa bercakap Kan, pastu mesti rasa taknak tengok muka2 org yg dok menadah telinga tuh. Hihi.
    Takpelah, itu sudah cukup bagus, satu pencapaian yg membanggakan gitu kan. Mana tau akk bole jemput mama Yan jadi emcee majlis tadika akk pulak, kikiki

    ReplyDelete
  10. Lepas ni dah tak gabra lagi lah bila jadi emcee kan!

    ReplyDelete
  11. Ehh bukan senang tau org nak lantik awak jadi emcee walaupun secara bidan terjun..ini maknanya depa nampak potensi dan sudah semesetinya mama boleh..Alhamdulillah klu lain kali kena lagi level confodent msti dh tggi..gugup tu normal la kan

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar..
    Tahniah kak lah.. Bukan senang nk jd emcee ni kan. Tambah pulak ada org2 besar.. Mau x penuh rama2 dlm perut.. Kalau takat kengkawan kita je, ok lg.. Apa2 pun, ia dah jd pengalaman, lps ni boleh jd emcee lg.

    ReplyDelete
  13. Wahh..tahniah..peluang keemasan jgk tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...