Assalamualaikum...
Alhamdulillah bungaan di taman mama tu dah mula banyak yang berkembang. Tengok bunga ros yang sekuntum hari tu dah layu, kembang sekuntum lagi dalam pada tu ada 5 kuntum lagi yang bakal berkembang. Ya Allah seronok sangat tengok, balik dari kerja penat-penat tengok pokok dah berbunga rasa seronok je, sampaikan jiran sebelah pun tumpang seronok.
"Kaklah syoknya tengok pokok bunga kaklah berbunga" itulah sebelum ni pokok bunga ros tu dah tinggal batang dan ranting je, hampir lagi nak cabut buang sebab mama puntak reti nak jaga kan, tapi dalam pada tu tetaplah disiram dan dibaja, bab siram dan baja pokok ni yang paling rajin tentulah en.azmi, sebelum pergi kerja dia siram pokok dulu, balik kerja sebelum masuk rumah dia siram juga pokok-pokok tu. Lama-kelamaan mama tengok dari ranting pokok tu tumbuh daun-daun baru terus bersemangat dan bercakap-cakap dengan pokok tu.
Nah sekarang dah banyak bunganya yang. Mulanya letak baja bunga tu macam tu je main tabur je, tapi ada sorang jiran mama ni cakap, baja tu larutkan dulu dalam air lepas ti siramlah pada pokok 2,3 hari sekali dan sekarang mama tengok berhasillah, terima kasih untuk jiran mama tu, jiran yang merangkap kawan ofis..dulu kami satu seksyen sekarang dah berlainan seksyen, oh ya dulu ada yang tanya tak berkongsi kereta ke mama dan kawan mama tu, tak berkongsi pun sebab kawan mama tu lelaki, jadi tak manislah nak berkongsi kereta nanti timbul gosip liar pulak.
Mak hainom okje hari tanya kan bunga matahari ni ambil masa berapa lama nak berbunga, ni haaa dah berbunga pun tapi takdelah besar lagi bunganya tapikan bila da berbunga tu besarlah hati mama ni nak amik gambo upkan dalam entri kikiki..satu kejayaan okeh bila mama tanam bunga dan mengeluarkan bunga, ye lah tak pernah tanma bungakan sebelum ni, tapi bila tanam dah ada hasilnya terasa maca, seronok sangatlah. mama up entri pasal bunga ni dulu dalam bulan 9. jadi pokok bunga ni takdelah ambil masa yang lama sangat untuk keluarkan bunga tapi dalam 3 bulan jugalah dari mama tanam benihnya dulu tu.
Entri bersambung..sabtu seharian tak bangun entah apa yang silapnya mama pun taktahu lah malam tu sakit perut taktau nak cakap macammana, jadi sabtu tu terbaring je ahad tu barulah dapat bangun dan buat rutin macam biasa, petang jenguk taman mini kami tu, pokok bunga ros berkembang banyak sampai 5 kuntum..wahhh seronok je mama rasa..
Bunga selepas hujan
Wassalam.
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Showing posts with label Taman Kami. Show all posts
Showing posts with label Taman Kami. Show all posts
Monday, 6 November 2017
Thursday, 19 October 2017
Memetik bunga di taman ๐น๐น๐น
Assalamualaikum...
Memetik bunga di taman larangan...amboiii bunga siapa yang dipetik tu? bunga di taman mama kecik lagi..kikiki entah sempat entah tidak mama tengok bunga mama yang sekuntum tu dipetik orang nanti...ehehehe
Nah bukan bunga itu yang mama nak ceritakan. En.azmi kata macam mana nak buat ye taman kita pokoknya tak mahu berbunga sangat, daun je rimbun hijauuu jek, rumah orang lain cantik je berwarna-warni. aah ye la, pokok seri pagi mama tu macam makin kurang pulak berbunganya, yang selalu berbunga warna putih dan kuninh, warna merah,pink dan oren memang jarang sangat berbunga. baja untuk bunga selalu juga diletak.
Bukanlah tak berbunga langsung masa mula-mula beli dulu memang hari-hari berbunga. selepas tu bunga masih banyak tapi daunnya kurus-kurus je macam nak layu. pada hal disiram dan dibaja. agaknya pokok bunga ini mengikut tuannya kot kurus-kurus gitewww huhuhu. tapi sekarang nih daun dah gemok-gemok, bunga pulak yang kurang eheh kenapa ni? pokok bunga matahari alhamdulillah membesar dengan jayanya, bila nak berbunga tu mama tak tahu la pulak.
Pun begitu takdelah pokok-pokok tu tak berbunga langsungkan. Ini pokok yang paling mama takut nak jaga sebab mama rasa macam susah je nak jaga. mula maktam bagi tu berbungalahkan. lepas tu daun-daunnya gugur cuma tinggal batang je, sedih jugaklah kan, tapi mama cakaplah "jangan mati ye"..hehehe tak lama lepas tu tumbuh daun-daun baru, nah sekarang dia dah berbunga, walaupun sekuntum je oklah kan, tapi mama macam pelik pula masa maktam bagi tu bunganya warna pink sekali keluar bunga ni kaler oren pulak.
Ini bunga yang mama ambik dari mak mertua, yang bunga warna purple tu setiap pagi berbunga banyak. Alhamdulillah penyeri taman mama, bunga kuning disebelahnya tu pemberian maktam juga, yang itu memang berbunga sentiasa tapi macam nak tamat riwayatnya dah tu, macammana nak cambahkan benihnya mama tak tahulah pulak. macam bunga purple tu senang je, patahkan je pokoknya tu dan tanam je, memang hiduplah dia.
Macam nak kena pergi cari bunga lagilah, mama nak cari bunga yang kembangnya bertahan lama sikit. Bukan apa nampaklah berseri sikit taman kami ni kalau bunganya berkembang lama. Tak sabar pulak nak tunggu bunga matahari๐ป๐ป berkembang pulak..haaa mesti berseri-seri, nanti sambil lepak boleh makan kuaci bunga matahari hahaha..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...