Thursday, 12 October 2017

merancang kehamilan

Assalamualaikum...

Ada yang bertanya mama pasal implanon nih sebab mama pakai implan nih selepas lahirkan adelya. bukanlah lepas bersalin terus pakai. Adelya nak masuk 2 tahun kot baru mama pakai. Sebenarnya en.azmi yang suruh pakai hehehe..katanya bawa-bawa berehat kesian kat isterinya ni kan sebab 3 beradik tu selang 2 tahun je kan. apa taknya nak kejar umur kawin pun dah lewat, kononya umur 35 nak last lah bersalinkan, giteww perancangannyakan dan alhamdulillah Allah makbulkan.

Lepas adelya lahir dah mula fikir nak rancang macammana? nak makan ubat tu memang taklah mama ni kan sebab apa? sebab tak boleh nak disiplin hehehe penat oihhh nak telan ubat hari-hari sebu perut dibuatnya. lagipun takut terlupa nak makan nanti susah pula. nak cucuk yang 3 bulan sekali tu mama risau pulak..hai kena cucuk kan..nebeslah ko, kata member mama sakit juga kena cucuk tu..aduhhh bikin seram jadi mama reject cucuk-cucuk nih. akhirnya dah puas fikir pilihlah implanon ni hah.


Inilah rupa implanon tu, panjangnya macam putik kapas yang korek telinga baby tu je. mula tengok  tu seram jugak rasa, sejuk beku jugaklah tangan ni kan. tapi kata dokte takpe tak sakit pun ngeh..ye lah doktekan. kat mana dipasang implanon nih? kat bawah lengan kita. prosesnya tak lama pun tak sampai 10minit,  yang lama tu pun sebab nak tunggu ubat bius tu berkesan je. masa masukkan tu memang tak rasa apapun.lepas tu pun memang tak rasa sakit sangat luka tempat masukkan implanon tu pun macam luka kena toreh sikit je. tapi lepas dah masukkan tu kita boleh rasa la benda tu kat bawah lengan tu, sekarang pun boleh rasalah.

Kata dokte bila pakai implanon nih peluang untuk kita hamil adalah 99.9%, tapi semua tu pun bergantung pada kuasa Allah kan, kalau Dia nak bagi, pakailah perisai apapun tetap ada jugakan. Kesan pemakaian implanon ni jugak bergantung pada hormon seseorang macam kata dokte ada yang periodnya tak datang langsung, ada yang periodnya berpanjangan, ada yang berubah bentuk badannya, ada yang tak tahan dengan perubahan hormon ni boleh minta tanggalkan implanon selepas pakai, dengar tu takut jugaklah mamakan, tapi tetap teruskan jugalah dah suami hamba suruh pakaikan hehehe..kita ikutkan saja.

Kesan pada mama? 3 bulan pertama memang tak period langsung, selepas tu 3 bulan berikutnya period dalam tempoh yang lama. kemudian tu alhamdulillah dah ok. Alhamdulillah lega.. sebab kalau period berterusan berkemungkinan kena bukalah implan tu sebab tanya-tanya pada yang arif katanya kalau period berterusan akibat kita ambil ubat dan mengganggu ibadah maka kita perlu hentikan. Ye lah jika period dalam jangkamasa yang lama susah jugakan nak solat pun rasa tak selesa. dan sekarang alhamdulillah back to normal. tahun depan dah nak cabut dah cukup dah 3 tahun. lain-lain kesan takde, perubahan bentuk badan takde masih sama je hiksss.

Lepas tanggalkan implan nih inshaAllah kesuburan akan kembali seperti biasa tapi bergantung jugalah pada badan kitakan. sebab ada yang kesan ubatnya tu lepas setahun dibuka pun masih ada. lepas ditanggal ni nak rancang macammana pulak, itu kendian kita pikirkan kikiki. macam mama kata semuanya bergantung pada rezeki dari Allahkan, kalau kita tak pakai apapun kalau Dia tak bagi takde juga, tapi apapun kita kena berusaha jugalakan. Kalau dia nak bagi tu pakai apapun Dia bagi jugakkan.

Oh lupa pasal harganya tak bagitahu pulak. Kalau buat di LPPKN dalam 300++ mengikut kawan mamalah yang buat pada 3 tahun lepas, untuk  tahun ni mungkin lebihla kot. mama buat di hospital swasta harganya lebih sikitlah huhuhu masa tu kan tak tahu pun pasal LPPKN tu ada benda-benda cengginikan jadi mama buatlah dekat hospital yang sama mama bersalin tu jadi regenya buat tertelan ailio jugaklahkan tapi apo nak buek dah buek kono bayarlah kan takkan nak suruh bukak semulo kikiki, tapi memang dah agaklah regenya tu kan sebab nak bayar bondo tu lagi, nak bayar dokte lagi. jadi en.azmi silalah bayar. masa masa buat ni rege 600++, tahun ni idok ler mama tahu, mungkin lebihlah kot, nak jimat boleh buat appoinment kat LPPKN lah. mama pun nak buat appoinment dengan LPPKN nih, untuk apa tu?? biarlah rahsia (nyanyi ala-ala dato' ct nurhaliza okeh) hehehe

Wassalam

13 comments:

  1. Sha pun pakai implant nie.. Sekarang harganya dekat LPPKN RM500.. Memang seram sejuk membayarnya.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe tang nak bayo tu kne tutup mata

    ReplyDelete
  3. My sister pernah implant but then dia cabut sebab berat dia naik mendadak.. hehe

    ReplyDelete
  4. aida x dpt nak komen panjang AA.
    aida x gunakan pe pon :)
    takot!
    seriau!
    serrrreeemm!

    ReplyDelete
  5. Baru cucuk semalam.. Seram x seram.. Kene jgk.. Tapi part period x betul tu mmg la xtahan.. Semalam ckp ngan doc, kali ni last la cucuk.. Aisyah pun da setahun 8 bulan.. Aimy dulu stop makan ubat setahun 8 bln jgk.. Hati tu nk pregnant lg.. Tapi badan tu rasa mcm x larat.. Umur pun da meningkat.. Bila memikirkan nk kena belah lagi tu.. Hai.. Takut la..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrmbth sis aryan azra

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Nak tambah anak ya?

    ReplyDelete
  7. Akak tak berani nak cucuk2 bab merancang ni Ilah...lagipun abng tak pernah benarkan,cukup lah telan pil dan merancang sendiri.Anak akak no 1 dn no 2 jarak cuma 14bulan je Ilah tapi ingatkan sebelum tu susah nk dpt ank xlh merancang sangat.Merancang pun kerana kesihatan x mengizinkn.

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah merancang pun.. yelah kawin lambat. Tentulah nak anak cepat-cepat. Alhamdulillah dapat dua orang... sepasang... jaraknya setahun sorang. Lepas tu stop dan tak ngandung2 lagi walaupun dlm hati begitu mengharapkan akan peknen lagi. .. sampailah 'pencen'. Nak ambik anak angkat hubby tak benarkan.

    ReplyDelete
  9. kak, tinggi peluang nak hamil tu ana baca. hehe.

    ana tak pakai pun implan ni sebab belum rezeki nak bagi syafi adik. menunggu juga ni bila lah nak sampai rezeki tu. umur pun dh meningkat ni. huhu . tp Allah yang lebih tahu apa yang terbaik utk kita kan.

    ReplyDelete
  10. Akk dulu pakai iucd, sekali buat utk tempoh 3 tahun, rm150 je, oklah, takde pape perubahan samada berat badan ke, period ke semua teratur. Akk dah bukak la bila dah masuk 40-an ni, Tak perlu pakai dah, doktor kata dah Tak subur, hehe

    ReplyDelete
  11. Mahal juga ye di swasta... seriau pula baca. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. Ohhhh..... nasib hormon tu back tu normal ye Azra...kalau tidak masalah jugakkan..... Yelah ibadah satu hal, nak tut tu pun satu hal jugak hihi.....
    Tak kisahlah mana sesuai dengan diri kita..... yg penting badan tu nak kena jaga. Baguslah dapat laki yg sporting dan bertolak ansur dalam hal ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...