Showing posts with label Balik kampung ke kita?. Show all posts
Showing posts with label Balik kampung ke kita?. Show all posts

Wednesday, 2 September 2020

cuti merdeka

Assalamualaikum

Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Allah swt.

last balik kampung cuti raya haji hari tu, merdeka ni dapat cuti 3 hari,kami ambil peluang balik kampunglah kan sebab sebelum2 ni susah nak balik kampung,bila ada peluang ni kita baliklah kan.
Jumaat malam dah gerak balik,alhamdulillah jalan lancar je. Sampai kampung angkut beg teruslah tidur..mengantuk dah en.azmi makan nasi mama takde dah masa tu tidur lebih enak dari makan heheh

Sabtu...dah rancang nak berkelah di tepi pantai, pantai yang dekat dengan kampung mama tu di Kuantan lah dekat tak dekatlah sangat 2 jam jugaklah tapi apa ada hal bukan mama drive pun mama duduk sebelah tidur huhuhu. Makanan pun abang ipar yang masak mama bawa diri je. lama dah tak berkumpul macam ni dengan family en.azmi ada tak ada pun berkumpul di rumah mama je.

Pantai Sepat, Kuantan. Best sini banyak tempat nak lepak cari yang dekat dengan tandas dan surau
Seronoklah dapat lepak tepi pantai,anak2 apatah lagi sebab dah lama sangat tak bawa berjalan, dapat pergi pantai sampai tak selera nak makan masing2 tak sabar nak terjun laut,mujurlah ada mak sedara yang rajin melayan anak2 mandi laut,harap mama memang tidaklah malas mama nak berendam nih kulit mama ni duduk tepi pantai pun dah perit,kalau kena air laut lagilah perit amat, jadinya memang dah lama la tak terjun laut ni, lepak tepi pantai je perati anak2 dari jauh.

lepas lepak tepi pantai kami pergi beli keropok pula ditempat biasa kedai ghani black,kemudian adik ipar ajak makan celup tepung di tanjung lumpur, best juga kawasannya tepi jeti yang penuh dengan bot memang cantiklah view.

Yang ada cuma ikan dan sotong, udang dah habiss, makan saja apa yang ada rezeki hari tu dapat makan sotong dan ikan, bagi mama sedaplah




Bukan senang nak dapat peluang bergambar berdua sebab en. Azmi ni susah nak diajak bergambar dah dia mau tu kita up la dekat sini walaupun tudung mama tu dah terbang melayang² ditiup angin kencang, mama redha je hahaha
Lepas bergambar kami pun berangkat pulang, tak bermalam pun pergi balik hari je itupun dah cukup. Semua pun gumbiraa

Ahad.. Duduk rumah je ajak en. Azmi keluar tapi dia sibuk pula jadi mama duduk rumah je layan movie hahaha sekarang layan movie telegu pulah dah hahaha best juga hero hensem heroin pun cunnn. Malam tu ber oden pulak, sambil anak dara potong kek, sajalah memang bulan ogos ramai yang berkongsi besday.

Anak² potong kek bahagia masing²
Puaslah makan malam tu sampai tak makan nasi dah mama malam tu.

Isnin takde plan apa² dah bersiap² nak balik rumah dah. Sebabnya baju sekolah anak² belum dibasuh dan diseterika lagi. Perjalanan balik lancar saja cuma lepas tol bentong sesak tak bergerak rupanya ada eksiden lepas tu perjalanan lancar saja.

Habis dah cuti merdeka, ada rezeki boleh balik kampung lagi sebulan sekali balik kampung ok jugak cumanya penat sikitlah kalau hanya balik hujung minggu kan.

Wassalam

Tuesday, 20 March 2018

Tiba-tiba balik kampung

Assalamualaikum...

Takde perancangan nak balik kampung pun, sebabnya gaji mama memang dapat awal bulan 2 hari tu kan, dah hujung2 ni nazak la kan, en.azmi punya gaji pun lambat jugakkk bulan ni, jadinya kata en.azmi memang tak baliklah walaupun tok telefon suruh balik. mama pun takdelah nak ambik cuti walaupun cuti sekolah seminggukan.

Alih-alih petang jumaat tu en.azmi call katanya maklang(adik ipar mama) cakap nak ambik anak2 malam jumaat tu nak bawa balik kampung. eh macam risau jugalah kalau maklang dengan anak2 je balik malam tu, pulak tu nak bawa abang adam dengan adrien je, tu lagi satu masalah tu, nanti kalau abg dengan adrien takde adelya mula buat perangai mengamuk taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya malam tu kami semua balik juga ke kampung dengan maklang, takde pitihkan kita tumpang je la maklang balik hehehe...jimat belanja.. bukanlah takde duit langsung adalah untuk isi minyak dengan tol. Dalam 9 lebih jugak gerak balik kampung, dekat pukul 1 baru sampai, sampai2 terus tidurlah pening kepala dah berapa malam tidur lewat.

Siang tu mama dengan en.azmi keluar ke temerloh, saja cuba nasib nak baiki telefon. dekat sini en.azmi tanya semua takde barang. kata adik ipar ada satu kedai repair telefon dekat temerloh tu, kami ke sanalah, kebetulan pekerja tu cakap dia memang nak pergi beli barang, jadi kami tunggulah sekejap kan sambil minum air kelapa dekat hogoh de coco tu. lepas tu ke kedai tu lagi tunggu lagi, dekat pukul 2 takde call lagi en.azmi naik ke kedai tu, rupanya pekerja tu tak pergi beli lagi, esok kedainya tutup, kami pun nak cepat, adik tu kata boleh pergi kedai kawan dia berhampiran agro bank. ke sanalah kami lepas tu. Alhamdulillah dekat situ, pekerja tu repair supaya boleh on je enfon mama ni kan. dah boleh on tu legalah kan walaupun button on tu takde. dah ok tu boleh balik dengan gumbira.

Malamnya..abah ajak makan western dekat caribou wok & grill. Hari tu lagi en.azmi dah cakap ada kedai baru dekat situ, dah ajak pergi tapi tak sempat2 nak pergi,kata maklang kali ni jomlah pergi, nak tu memang la nak tapi kitakan belum gaji macam tak best pulak, tapi dah orang ajak kita pergi je lah heheheh...gambar makanan takde pulak mama amik sebab dah penat,anak2 pun buat hal bising lapar sebab makanan lambat sampai, bila mee goreng mama sampai dorang sibuk tadah mulut ehhh berbulu je mama okeh, perut mama pun lapar tau, berebut makan dengan anak2 memang tak kenyanglah dibuatnya, tok lagi best siap order 2 menu nasi goreng cina dengan grill chicken lagi. acu order fucilli carbonara, mama tumpang la rasa ehh sedaplah pulak.bagi mama makanannya ok sedaplah.. macam biasalah sudah makan dah ada orang yang bayarkan hehehe...moga murah rezeki tok yang belanja kami makan..nanti mama belanja pulak eh, bila tu taktahu lagi.


Ahad takde buat apa,kemas2 baju je sebab nak balik dah, mula tu abg adam nak tinggal dekat kampung, nanti acu hantar balik, tapi kalau abg adam tinggal adrien pun nak ikut sama, kalau dua2 abang takde adelya mesti buat hal,jadinya semua jangan tinggal, ikut je balik, oklah semua nak dengar cakap mama takde buat perangai walaupun mama tak bagi tinggal, adelya pulak yang buat perangai, mengamuk sebab mama tak bawa khalish balik, aduhaiii mana maunya acik imah nak bagi bawa khalish balik, kalau bawa balik pun siapa yang nak jaga nanti mama kan kerja...hai macam2 lah anak dara sorang tu.

Alhamdulillah walaupun balik kampung 2 hari je oklah kan itupun menumpang maklang, kalau tak tak balik jugak kami. Hikmahnya balik kampung juga, selain dari dapat jumpa orang tua, enfon mama tu dah elok, cuba kalau tak balik mesti tak ok lagi sebab tanya2 kedai yang ada semuanya takde barang lepas tu bila minta bagi on je enfon tu tak boleh buat pulak. itulahkan setiap yang terjadi tu ada hikmahNya.

Wassalam

Thursday, 23 March 2017

Cerita balik kampung, buat pertama kalinya..ini dapur ana yang punya

Assalamualaikum...

Semenjak akhir-akhir ni banyak pula ujian yang datang..alhamdulillah Allah sayangkan. khamis masa nak pergi kerja tayar sang kancil pecah, jumaatnya si chery pula berasap dah la nak balik kampung. awal pagi tu en.azmi dah nak pergi repair sekali datang barang kat bengkel tu salah, dah cakap yang 2.4 orang tu bawak yang 2.0 memang tak ngamlah. nak tak nak petang jumaat tu redah je nak balik kampung, sekali dekat kesas dah berasap, berentilah kami dekat petronas tepi kesas tu.

Hari dah la hujan, dalam pada menunggu tu en.azmi call adik dia bertanya tentang barang chery yang nak dibeli tu, sambil-sambil tu buat-buatlah apa yang patut dekat kereta tu, nak bawa sang kancil memang tak muatlah dengan beg baju yang berbeg-beg tu. Tunggu sekejap sampai kereta sejuk, kiranya lepas tu nak meredah jugalah balik kampung, lepas tu adik ipar call lagi suruh pergi rumah dia, oklah kami pun pergilah rumah adik ipar dekat PJ. sambil tu mama tanyalah untuk apa kesana? takkan nak repair hari ni juga sedangkan hari dah petang. en.azmi kata kita pergi dulu tengok.

Lepak-lepak makan sambil tunggu adik ipar sampai rumah, lepak makan dekat kedai yang berhampiran sambil bertemankan hujan. sudahnya tukar kereta dengan adik ipar kami naik alza dia, tinggal chery dekat dia sebab katanya nanti dia ambil barang dan bawa repair chery kami tu, lepas maghrib ke rumah abang ipar nak ambil keretanya pula sebab adik ipar nak guna esok, pergi tengok keretanya takde pula, fikir-fikir terus ke rumah kami ambil kancil bagi adik ipar guna, dah berpusing-pusing dah kami atas jalan dari petang tadi..hehehe.

Terpaksalah adik ipar guna kancil antik kami tu untuk bawa balik kampung isterinya pula, dalam hati ni rasa tak sedap juga, kita naik kereta baru dorang, dorang terpaksa naik kereta antik kami. en.azmi lah yang rasa cuak sangat tu, takut adik iparnya tak selesa naik kancil kami tu katanya "risau pula nanti ira tak selesa naik kancil" mama cakap takpelah ira ok. kami teruskan perjalanan balik kampung, pukul 1pagi baru sampai..tu diaa tak pernah-pernah kami balik kampung waktu macam tu, sampai-sampai adik-adik ipar semua dah tidur, anak-anak pun mama dah mandikan siap-siap dekat rumah tadi, cuma mama la yang belum mandi...tapi tetap wangiii takde bau kambing ye kekeke

Al-kisahnya balik kampung sebab atok(abah mertua) tak sihat, rabu kena tahan hospital. Alhamdulillah kebetulan cuti sekolah dan mama pun memang ambil cuti sampai rabu jadi dapatlah lama sikit dekat kampung,walaupun mama cuma dapat tengok atok sekali je, sebabnya budak-budak tak boleh masuk wad. jadinya mama tunggu anak-anak dekat bawah je, bagi peluang en.azmi duduk bersama atok lebih lama. mama kat bawah layan anak-anak main taman dan berlari-lari..hoiii berbulu je mama ni tau orang ramai-ramai macam tu dorang berlari ke sana sini.


anak-anak dihospital bukan main lagi, berlari sesuka hati, itu tuan puteri bukan main memujuk nak beli kasut princess bling-bling lagi."papa yaya nak kasut ni..boleh laa..boleh laa..." kata adelya. kisahnya en.azmi nak belikan kasut untuk mama sekali masuk kedai kasut anak-anak pula yang lebih-lebih memilih kasut, sudahnya kasut mama tak terbeli kasut deme berempat(termasuk en.azmi) yang dibeli, dah simpan je semua buat pakai raya, nanti raya memang tak beli dah kasut. Kata en.azmi nanti kasut mama dia akan belikan nanti, cari dekat shah alam la nampaknya, hari tu banyak juga kasut tapi yang mama berkenan takde pulak.


Disebabkan atok masuk hospital, buat pertama kalinya mama kuasai dapur wan..kikiki sebelum ni kalau balik kampung duduk bersila je tunggu makanan dihidang, tapi balik kali ni mama yang kena memasak sebab adik-adik ipar kerja, bermula isnin tu awal pagi mama dah mula memasak makanan tengah hari sebab adik ipar yang mengandung tu biasanya akan balik makan dirumah, lagipun wan pun balik dari hospital dan akan makan dirumah kemudian bawa bekal pula ke hospital. selesai masak kami anak-beranak bersiap-siap ke hospital untuk ambil wan bawa balik rumah untuk wan makan dan berehat sekejap, petang pukul 5 kami hantar wan ke hospital semula, sebab wan jaga atok di hospital. 2 hari rutin kami berulang ke hospital.

Isnin balik dari hantar wan singgah di mempaga segar dekat lanchang beli barang dapur sikit, dalam pada tu ternampak bahan-bahan buat spagetti, teringat pula atok suka makan, teruslah beli bahan untuk buat spagetti. Selasa tu disamping masak spagetti mama masak juga nasi, semangat betul mama memasak hehehe...masa tu hujan mama paksa en.azmi cari kelapa sebab nak buat rendang pedas ayam, tanpa banyak soal suamiku itu mengikut je pergilah dia kebelakang rumah mencari kelapa dan siap dimesinnya sekali. puas hati bila dapat masak apa yang hendak dimasak, tapi mama takdelah pandai masak pun, taram saja asalkan boleh dimakan.

Rabu, mulanya en.azmi kata tak payah lah masak sebab nak balik dah, tapi rasa macam tak sampai hati pula nanti adik ipar balik lapar, takde nasi nak makan, ye lah ibu mengandungkan mesti lapar, kalau dia nak masak sendiri mesti tak sempat, jadinya mama masaklah lauk ringkas-ringkas je. kemudian bersiap-siap untuk balik ke rumah pula. en.azmi ada kerja pula, plan asal nak ke hospital ambil wan dan bawa anak-anak jumpa atok tapi tak kesampaian, sian anak-anak nak sangat jumpa atok, adrien sampai menangis sebab tak dapat jumpa atok, alahaiii...mama pun sedih tengok anak-anak nak sangat jumpa atok, tapi masa tak mengizinkan waktu itu, en.azmi ada kerja. balik tu kami singgah rumah adik ipar ambil kancil, en.azmi bawa kancil dan terus pergi kerja, mama dengan anak-anak pulang ke rumah.

Alhamdulillah..dapat berita petang tu dari en.azmi katanya atok dah boleh balik, cuma akan ke hospital lagi nanti untuk jumpa pakar, lega dapat balik rumahkan, wan pun dapat berehat juga, tidur atas kerusi dekat hospital tu tentu tak selesakan. harap-harap lepas ni kesihatan atok bertambah baik.





nak juga tayang hasil masakan mama walaupun nan hadooo kikiki, takde orang dekat rumah bolehlah nak snap picca, kalau ada orang takdenya nak buat keje cenggini, malu wehhh. ada 2 hari menu ulangan ikan pedas hahaha...nampak sangat takde idea nak masakkan.

Wassalam

Sunday, 12 June 2016

Cerita di kampung

Assalamualaikum...

Cepat waktu berlalu,hari ni dah ahad 7 ramadhan dah kita. Mama pun kejap lagi dah nak balik klang, jalan sesak ke tak agaknya hari ni. Memandangkan esok sekolah,kami akan gerak awal kejap lagi,tak sempatlah tunggu berbuka. Alhamdulillah dapat juga balik berbuka dan bersahur dikampung.

Hari jumaat memang berbuka dengan nasi ayamlah seperti yang mama minta,syukur alhamdulillah dapat juga makan nasi ayam mak mertua yang memang kena dengan tekak mama ni,bertambah mama makan. Gambar takde la pulak sebab tak sempat nak snap hihihi. Lega rasanya tekak ni,akhirnya dapat nasi ayam yang diidamkan.

Sabtu..mama,en.azmi dan anak-anak keluar ke temerloh,nak mencari dan membeli kasut anak-anak, hari tu cari tapi anak-anak tak berkenan yang berkenan pula takde saiz. Mulanya kami ke temerloh, masuk kedai yang kedua,alhamdulillah jumpa kasut abg adam dan adrien, kasut adelya tiada saiz. Yang adelya dari dalam kereta nak kasut princess sofea,jenuh cari memang takde. Nampak kasut frozen terus jerit "yaya nak kasut frozen" tapi tiada saiz.

Kemudian kami tuju ke star mall sebab mama tak larat dah jalan kat luar macam tu, panas berdenting,kalau star mall tu ada la aircon..haa mama korang berlagak nak beraircon, bukan berlagak tapi panas sangat dah la kena dukung tuan puteri adelya yang malas berjalan, deme sedaplah beli air kotak..srooot...sroooot...sedut depan mama, aiii menyirap juga mama hahaha.

Pusing-pusing dalam starmall jumpalah apa yang dicari,en.adelya nak kasut pink en.azmi pilih warna biru,mujurlah adelya mengikut saja. Mama pun beli kasut juga sebab kasut yang mama pakai sikit lagi nak terkeluar ibu jari,apa taknya itulah buat pergi kerja,itulah buat pergi jalan. Hajat nak beli sepasang je,sekali katanya beli kasut ke-2 dengan harga RM1..ehh biar betul? Yerr memang betul, pilihlah en.azmi sepasang lagi kasut untuk isterinya, dapatlah 2 pasang kasut pada harga RM62..oklah tu kan. Lepas membeli baliklah kami.


Abg adam pening memujuk adelya yang tetiba ternampak baju super wings, terus mengamuk disitu nak baju...haiii anak dara ni macam-macam, sudahnya en.azmi belikan juga tapi bukan untuk adelya je abg adam dan abg adrien juga dapat.gambar kiri bawah, bukan main bersantai tengok tv,habis bersepah rumah wan dibuatnya. Itu seronok main tanah tetengah panas, haiii sesekali dapat macam tu seronoklah anak-anak.

Petang pergi bazar dekat kampung, tak tahu nak beli apa beli ayam percik dan air herba untuk pak jang, kemudian kami ke kampung mama untuk jumpa pakjang (adik mama). Rupanya dia dibengkel baiki kereta,kami pun balik semula ke kampung en.azmi, pakjang menunggu kami disana,sebab dia berada dibengkel berhampiran,terus mama ajak buka puasa bersama,pakjang ni kenallah juga adik lelaki en.azmi walapun bukan sebaya.


Gambar atas itulah air herba...haa buat sendiri pun boleh tu...laici,serai, lemon, daun pudina, asam boi, biji selasih dan aiskrim soda..kalau serai itu diketuk lagi sedap terasa dan lemon itu diperah sedikit. Gambar bawah juada berbuka hari sabtu, yang mama pulun makan kulat sisir masak lemak cili padi je,sampai sengkak perut makan, kebetulan en.azmi pergi pasar malam ada jumpa kulat sisir terus dibelinya...haa memang kegemaran mamalah kan kalau sayur-sayur kampung cenggitu. Sebelah gambar mama dan pakjang.. Duduk seorang tak tahulah pakjang bersahur dan berbuka dengan apa, sedih juga bila memikirkan dah la pergerakan masih terbatas, patah kakinya belum sembuh sepenuhnya, masih bertongkat. Lepas berbuka pakjang pun balik.

Alhamdulillah sebelum berbuka hujan turun lebat, walaupun siangnya panas berdenting, syukur alhamdulillah. Oklah mama nak kemas-kemas beg dah..tu dia mama sempat lagi nak menulis kat blog kikiki...sempat je walaupun dok berdukung adelya ni haa...meragam je dari malam tadi.

Wassalam

Friday, 10 June 2016

Jom balik kampung

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah selamat sampai dikampung. Mama ambil cuti hari ni saja nak balik kampung berpuasa bersama family, lagipun dah lama juga kami tak balik kampung ni. Dapat juga rezeki nak jenguk family dikampung hari ni.


Anak-anak pun gembira bila dapat balik kampung, maklumlah dah lama ajak balik kampung sekarang baru dapat balik. Sampai tecer taska pun tahulah sebab terdengar abg adam bercerita dengan kawan-kawan dia nak balik kampung. Lagipun cuti sekolah ni tak bawa anak-anak ke mana pun, dapat balik kampung kira ok lah walaupun sekejapkan.

Next week dah buka sekolah,ahad pagi balik klang la tak dapat nak tunggu berbuka kot bukan apa takut jalan sesak pula sebab dah hari akhir cuti sekolahkan. Mama nak balik 1 ramadhan hari tu mama tak dapat cuti pula. Kira oklah ni dapat juga balik kampung. Rezeki juga ni dapat balik kampung berbuka,bersahur dengan mak dan abahkan.

Yang seronok balik kampung sebab nak makan masakan dikampunglah ni hihihi sebab sekarang mama malas sangat nak memasaknye, teruk sungguhlah malasnya mama ni tau. Kalau boleh hari-hari nak masak nasi, goreng telur dengan cili kicap je.

Haa kita tunggulah juadah apa berbuka petang nanti hahaha...

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...