Sunday, 26 June 2016

Berbuka dimana kita?

Assalamualaikum...

Macam berbuka diluar je gayanya ye..tak adalah masih berbuka dirumah. Sabtu ibrahim's dotter nak datang rumah mama untuk ambil bajukan, mulanya takda siapa pun cakap nak berbuka puasa di rumah sebab ramai ada hal, tapi lepas tu berubah rancangan semua nak berbuka dirumah mama. Tinggal maktam dan pakjang je yang tiada.

Pagi keluarlah mama membeli barang untuk masak, takdelah masak yang gah pun masak bizsa-biasa saja,asalkan dapat dimakan oleh tetamu pun alhamdulillah, tetamu tiba selepas asar, jadi tenanglah mama memasak, kalau tak tentu tak tenang dengan suasana kecoh, mana nak memasak, mana nak berborak hahaha.


Ini sajalah yang mampu mama masak semalam, ayam goreng untuk anak-anak, udang petai, ketam lemak cili padi dan sayur campur. Alhamdulillah semua licin, seronoklah mama bila hasil masakan mama dimakan dengan begitu selera hingga licin, ini satu penghargaan buat tukang masak walaupun kata en.azmi kuah ketam mama cair, biarkan saja yang penting habisss.


Sardin home made dan mangga dibawa oleh mommy, tapi sardin tu dimasak mama juga, ceh pengelat punya mommy dia punya resepi mama yang kena masak, kerabu mangga tu pun idea dia sudahnya menggoreng kacang dan bilis mama juga heheh..ini menu-menu terakhir sebelum azan berkumandang,gigih kami sampaikan en.azmi terpaksa ke kedai membeli bilis, kacang dan limau.


Ramai-ramai mengadap juadah, itu baru sebahagian saja. Gambar bawah mommy yang gigih meracik mangga, sampai paksu pun kena kerahan tenaga mengopek bilis dan memotong cili, nak hampir berbuka pakcik pula dikerah membuat hidangan. Makngah, makdak dan pakdak sedikit lambat tiba sebab jalan.jem, mujur juga lambat sebab nasi yang mama masak tidak cukup, terpaksa masak untuk kali kedua, seelok mereka tiba nasi pun masak, tak perlu menunggu lama untuk makan.

Selesai makan dan buat apa yang patut, anak-anak riuh bermain bunga api, emak-emak didalam rumah kecoh mencuba baju raya, memang gamat dibuatnya bila semua nak bersuara, macam-macam pula cerita yang keluar,seronok sesekali berkumpul begitu, inshaAllah raya nanti berkumpul lagi kesemuanya dan inshaAllah kami akan beraya juga ke negeri kelahiran arwah mak dan ayah nanti.

Pukul 10.30 semua pun balik ke rumah masing-masing. Mama pun selesai mengemas apa yang patut, anak-anak pun sudah mula letih kerana asyik bermain dengan sepupu, tanpa sedar semua tertidur sendiri.

Oklah itu saja cerita berbuka semalam, terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

18 comments:

  1. Meriah bila berkumpul..berbuka dan sediakan juadah bersama...nikmat..alkhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Ish mama yan, akk yg membaca turut rasa meriah, apalagi yang merasanya, best kan bila bkumpul reramai, masak biasa2 pun bila lapar lagilah makan ramai2 semuanya jadi sedap sgt. Akk dulu adik-beradik belah suami ramai pastu ank memasing kecik2 lagi bila bkumpul di rmh mak mentua kt rembau tu mmg meriah.

    ReplyDelete
  3. seronok kan berbuka ramai2. sya tiap2 minggu balik rumah mentua. kadang2 selang 2-3 hari mesti balik. best bila ramai-ramai.

    ReplyDelete
  4. seronoknya adek beradek berkumpul makan2...tentu meriah kan .Sedapnya lauk pauk tu Ilah ...

    ReplyDelete
  5. ok lah tu, sama-sama nak makan, sama-sama masak. sampai yg lelaki pun ke dapur.

    sedap betul lah udang petai, ketam masak lemak, sardin....semua tu dah lama tak makan. menjejes air liur akak baca tau! aduuuh.

    ReplyDelete
  6. meriahnye berbuka ramai ramai....

    ReplyDelete
  7. Seronoknye makan ramai2.. 😍😍😍😍 jarang dpt peluang mcm ni..

    ReplyDelete
  8. Bila berkumpul adik-beradik ipar-duai memang seronok AA
    Makan apa pun sedap apa lagi kalau hidangan special laaagilah sampai tak cukup nasi dibuatnya:)

    ReplyDelete
  9. Lauk simple ni lah pembuka selera AA..
    Sedapnya AA masak..
    Smpi nasi pun kena ulang masak tu..

    ReplyDelete
  10. Meriah bile adik beradik kumpul reramai kan.. Yg penting e'in terliur tgk lauk udang tu.. Hihi

    ReplyDelete
  11. Seronoknya berbuka beramai-ramai. Saya pun kalau ramai orang, kekok alahai nak masak. Tapi lagi suka duduk sorang-sorang kat dapur memasak daripada riuh sekampung. Kang semua tak jadi sebab banyak 'campur tangan'. Hahaha!

    Tak pedulilah kuah cair janji habis. Tukang masak ni memang happy kalau makanan yang kita masak licin dimakan, ya tak?

    ReplyDelete
  12. kalau ramai2 macam ni mmg sedapp makan
    lauk apa pun mmg tak kisah
    bestnyaaa dpt berkumpul ramai2 macam tu

    ReplyDelete
  13. aduhhh...meleleh liur tengok.sedapnyaa juadah2 tu... :-)

    ReplyDelete
  14. Hihi....memanglah kalau adik beradik pompuan berkumpul mmg gamatlah jadinya.... Encik encik suami sila bersabar haha...
    Eleh cakap jer simple tu....tp banyak je menunya mak tengok.
    Sardin tu mak paling terliur Azra

    ReplyDelete
  15. Uish ketam masak lemak cili api! Sedapnya kak! :)

    ReplyDelete
  16. nikmatnya berbuka bersama keluarga..menu tu semua buat air liur menjejeh rasanya...:)

    ReplyDelete
  17. Meriah betkumpul ramai ramai, semua sepakat, ambil kesempatan pun tak kisah sebab saling memahami, sedap kerabu, pandai AA buat, homemade sardine lagi.. yum :)

    ReplyDelete
  18. sedapnya...
    lya arini bru buat mkn2 utk family mertua..n esk family lya... bersilatlah kt dapur 2 hari ni.. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...