Assalamualaikum...
Edisi jalan-jalan cari makan sebelum puasa...hihihi,mahap sapa yang baca entri ni pada hari puasa ye.
Sekarang ni mood memasak mama memang je laut lah, malas bebenor nak masak,entah apa kena pun tak tahu. Jumaat balik kerja en.azmi ajak ke pasar malam tapi hari mendung macam nak hujan malas pula mama,sudahnya mama ajak en.azmi makan chicken chop dekat westplate seksyen 23.
Sabtu mama masak untuk lunch tapi masak ala kadar je sebab untuk mama dan anak-anak je, petangnya ajak ke pasar malam kebun bharu, takde apapun yang dibeli mama cuma beli buah dokong sekilo dengan sotong king, itu je yang mama rasa nak makan.
Ahad bawa anak-anak pergi beli baju untuk raya,dapatlah seorang 2 pasang ok lah tu janji ada yang baru. Kemudian nak makan cendol tapi tak tahu mana nak cari pusing-pusing jalan kebun beli durian lepas tu beli pula coconut shake,takde cendol coconut shake pun bole lah.
Lama dah nak beli durian,dapat juga akhirnya makan sebelum puasa. Ok lah kan bulan puasa macam tak lalu lak nak makan durian malam-malam. Sebelah tu coconut shake. Bawah moroccan fried rice makan di westplate factory, sebelah tu chicken chop, garlic bread dan mushroom soup. Alhamdulillah semuanya sedap.
Sekian entri makan-makan sebelum puasa. Malam ni dah mula solat tarawih, selamat menjalani ibadah puasa,selamat bertarawih, moga bertambah amalan kita dibulan yang mulia ini.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
alhamdulillah
ReplyDeleteselamat berpuasa juga buat akak dan selamat beramal di bln ramadan nti..
Duriannnnn~ hihihi ... Saya suka durian ... Salam Ramadhan jugak kak AA . =)
ReplyDeleteselamat berpuasa dari kaknoor
ReplyDeleteaduh durian tu yg tak tahan tu tengok
Makan-makan ada durian..ai cabaran pertama berpuasa hehe.. gurau ja AA..hehe
ReplyDeletemmg btl2 nyambut pose nih kak hehehhe
ReplyDeleteSaya balik kampung pra-Ramadhan sebab nak pekena nasi beriani power. Pheww, ramai betul orang pasang niat yang sama! Pengsan nak cari tempat duduk. Kalau dah balik kampung tu memang aktivitinya makan-makan and makan lagi sampai kenyang. Teringin juga nak makan durian sebelum puasa tapi sebab asyik kekenyangan bila teringat durian, cancellah terus niat!
ReplyDeleteSelamat berpuasa ya ^_^
Perghhh durian... sedapnya...
ReplyDeletesayalah yg baca entry ni di bulan puasa ... heheheee ...
ReplyDeleteuwaaaa..tak dapek makan durian lagi lah AA... sini macm tak jumpa sgt... sedapnya!hihi
ReplyDeletewah, dah ada baju raya ank2..sy tak beli lg...:)