Assalamualaikum...
Semalam mama rasa tak sihat sejuk panas je badan macam nak demam, ada bengkak dibahagian kanan nih. Mama dok fikir kenapa ni? Sakit apa? Lama-lama baru mama perasan.
Adoiii umur adelya dah cecah 2thn 10bln,mama masih bengkak susu ke? Iya...masih ok, al-kisahnya..adelya masih menyusu badan, cuma pada waktu malam saja, itupun masa tengah tidur adelya menangis nak susu mama bagi je la. Minggu ni pula adelya dah makin kurang menyusu malam-malam,oklah mungkin adelya dah nak berhenti menyusu badan.
Aihh tetiba semalam mama rasa sakit macam bengkak susu tu, takkanlah pulakkan... rupanya betul pula,mama picit susu keluar, rezeki adelya kan dapat menyusu badan lama. Mama pun takde hadkan setakat mana nak menyusu, selagi adelya mahu dan susu pun ada ok je... Rezeki. Inilah sejarah penyusuan terpanjang berbanding abang-abang.
Kata ustaz yang berceramah, rezeki kita dah ditentukan Allah, makanan yang kita makan tu dah ditentukan.sebanyak mana yang kita makan sehingga ajal kita, kalau kita makan banyak-banyak pada permulaannya,hujung nanti sikitlah makanan yang kita makan. wallahu'alam. Banyak nak share dari ceramah yang mama dengar tapi badan rasa tak sedap, seram sejuk je...moga semua ni akan berakhir inshAllah...
Sedih juga nak bercerai susu nih, tapi itulah hakikat yang perlu mama terima, adelya pun dah besarkan, perjalanan penyusuan yang cukup panjang, macam-macam kerenah, moga segalanya mudah bagi mama dan adelya...
Sampai bila-bila pun jemarimu itu tetap kecil dalam genggaman mama ni sayang...adelya azra anak yang pantang tengok muka mama masam sedikit, teruslah dipegangnya pipi mama ni dan berkata "mama...senyummm...senyummm" bila mama senyum lantas dia mencium kedua-dua belah pipi mama, sejuk terasa hati, kadang adelya menambah kata " mama...cantikkk" okeh jangan muntah dengan ayat itu, bukan mama yang cakap tapi adelya yang cakap tau...hehehe.
Setiap anak itu punya kelebihan mereka yang tersendirikan, abang adam dan abang adrien juga pandai mengambil hati mama..tapikan bila mama suruh adelya buat yang sama pada papa adelya tak mahu, katanya nanti papa marah hehehe, papa tu bukan marah tapi dia suka mengusik, mengusik pula berlebih-lebih sampai anak-anak menangis.
Ok mama stop dululah...lenguh-lenguh badan dah rasanya ni,mungkin perlu di pump susu ni agaknya.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Itu dikatakan rezeki buat Adelya.
ReplyDeleteAda org tu baru beberapa bulan dah kering.
Alhamdulillah... bagi ajelah AA selagi dia nak:)
Bagus ye yan..
ReplyDeleteLama dapat menyusukan anak..
Sehingga 2 tahun..
Anak2 akak dulu paling lama 1 tahun..
Lepas tu susu semakin kurang..
rezeki si kecik adelya ye kak...
ReplyDeletemoga cpt sihat dmm bengkak susu akak tuh...
Alhamdulillah rezeki Adelya, bagi selagi ada,,risau membazir, itu la sejuk hati mama anak cium pipi ni kan..
ReplyDeleteBengkak susu..sakitnya selagi tak diperah
ReplyDeletealhamdulillah...walaupun adelya dh 2 thn...mamanya masih ada air susu
Alhamdulillah,masih ada rezeki utk adelya lagi.Anak2 akak pun 2 tahun lebih juga bercerai susu.
ReplyDeleteAnak2 penghibur hati kan ilah...semoga mereka membesar menjadi anak soleh solehah.
betul tu..
ReplyDeletealhamdulillah bpluang myusukan ank.. mmg rezeki.. bkn semua org ada rezeki nk myusu ank kan.. lya dulu dlm seminggu je berpluang..lps tu kna stop sbb kna mkn ubat utk pyakit lya ...
klo bgkak susu mmg sakit sgt kan kata org.. mmg blh demam..
Alhamdulillah rezeki untuk Adelya
ReplyDeleteAlhamdulillah! Rezeki anak perempuan. Harapnya taklah demam. Demam manja-manja aje cukuplah ^_^
ReplyDeleteAnak-anak saya dua-dua pun menyusu badan sekejap aje. Selebihnya memang peminum susu soya tegar. Kasihan alahai mereka dua beradik!
Okeylah! Bab 'Mama cantik' tu kita tak termuntah. Lagi pun bulan puasakan! Kalau tak, nak juga muntah kaler-kaler. Hahaha!
Betullah tu, pd setiap anak mamanyalah yg cantik,yg pandai masak, pandai tu, pandai ni..
ReplyDeleteBengkak susu, try letak kobis, kalau serasi inshaa Allah ada kurangnya.
nak bagi kering susu..sapukan kapur sireh..insyaallah..
ReplyDeletekalau bengkak susu tu, memang boleh demam kita dibuatnya. akak pun selalu dah kena gitu. nak bergerak pun dah tak lalu kan.
ReplyDeletetak pe selagi ada susu, berikan aje. itu rezeki dia. yusuf pun masih susu badan.
Kalau bengkak susu mmg boleh demam jadiknya kan Azra . Alahai teringat mak dulu dulu masa tgh menyusukan anak.... ANak bonsu selalunya untung dapat rezeki susu lebih hihi
ReplyDeleteAlhamdullilah. rezeki anak kak AA :)
ReplyDeleteharap kak AA tidaklah demam. demam gitu-gitu jela kalau demam pun. kalau demam, semoga cepat sembuh kak :)
Bab mengusik nie memang kepakaran suami.. Suami sha pun sama, suka mengusik anak sampai menangis-nangis..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mama bercerai susu..