Assalamualaikum...
10 ramadhan dah kita hari ni, pantas waktu berlalu nampaknya. macammana puasa kawan-kawan? tentulah ok kan..heheh takde puasa yang-yang yok lagi dah macam mama kecik-kecik dulu. InshaAllah moga ramadhan ini membawa bersamanya keberkatan buat kita. Cerita ramadhan family kecil mama.
Alhamdulillah..abang adam setakat ini tak pernah tak bangun sahur tapi puasanya tak pernah sampai ke hujung, balik dari sekolah je terus menuju ke dapur mencari air, abang dahaga katanya..hehehe tak pe lah abang, minumlah..risau juga mama nak paksa abang menahan lapar dahaga tu, abang dalam proses belajarkan.
Waktu berbuka..setakat hari ini,mama memasak yang simple-simple je, cuma ramadhan pertama je mama masak daging salai masak lemak, ramadhan kedua mama masak siakap sweet sour, tapi yang makan cuma mama, abang adam tumpang sikit-sikit, en.azmi langsung tak makan.
Al-kisahnya en.azmi tu, kalau bulan puasa memang dia tak makan nasi, nak kata mama tak masak, mama masak je..hehehe, tapi memang cenggitulah tiap-tiap tahun, memang nasi en.azmi tak makan, mama sorang je yang hadap, en.azmi cuma makan kuih je, ate kalau kuih memang mama tak buatlah ye, nak pulak kalau hari kerja, tak sempatlah mama nak menguihnye.
Jadinya setiap petang memang en.azmi akan ke bazar membeli air dan kuih. Bazar yang selalu dituju dekat bukit naga, biasanya setiap petang beli air buah, memang setiap tahun disitulah tempat membeli air,sebab airnya sedap bagi mama dan dah semestinya akan habis diminum oleh anak-anak. Kuih pula ikut selera en.azmi lah nak makan apa, mama kadang-kadang je teringin sebab mama yang sedap tetap nasik. Kuih yang biasa dicari en.azmi adalah kuih-kuih lama lah,selalu dibeli kuih lopes. Anak-anak pula tak kisah nasi dengan ayam goreng pun jalan.
Haa ini mrmudahkan kerja mama lah,tak perlu penat fikir apa juadah untuk berbuka, mama masak seadanya saja, ikut selera tekak sendiri ni senang sikit hihihi, dapat nasi putih, telur goreng dengan cili kicap pun selera sangat dah makan bertambah-tambah.
Tak pun bilis digoreng dengan cili bawang campur kentang, pun bertambah-tambah mama makan,pastu sayur kena adalah sikit itupun untuk mama je,orang lain memang tak layan, apa ada hal taknak makan takpe mama bolot sorang-sorang lagi puashati tak payah share hahahah...jangan ada yang teringin pula tengok ikan bilis mama tu hihihi, tapi takpe srnang nak dibuat tu kan.
Pagi tadi sahur..mama makan nasi panas dengan pekasam, abg adam makan nestum dan roti, en.azmi dengan oatnye..hmm mama tak layan semua tu pagi-pagi, kena makan nasik juga.
Oklah kena stop dulu,kalau ada typo tu buat-buat fahamlah ye keypad kecik,nak tekan huruf lain tertekan huruf lain, malas dah mama nak betulkan. Terima kasih sudi singgah dan baca sampai jumpa lagi dilain entri.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
simple tapi mesti sedap terr..
ReplyDeleteYg dua gambar bawah tu kakak pun selalu buat tau AA
ReplyDeleteJgn tak tahu anak-anak kakak pun suka tau. Cuma abang tak suka - mungkin org lelaki tak suka kot. Dia tengok ajelah bini dgn anak-anak dia makan:)
Bagus Abang Adam bangun sahur. Betul lagi simple lagi selera kan tambah ada cili kicap menyelerakan..seronok ye bersahur dengan anak kali ni, tahun lepas Adam dah bangun ye?. Aunty tak dan nak scroll haha :)
ReplyDeleteKiranya suami ilah ni betul2 berdiet lah ya sepanjang bulan puasa....tahan sungguh dia tak makan nasi ya.
ReplyDeleteLauk yang ilah buat tu lah yang sedap ,nak2 makan dengan nasi panas ...sedap kan.
akak pun sama, goreng2 gitu aje senang dan sedap. kalau gulai2 tu jarang nak laku di bulan puasa ni
ReplyDeleteok lah tu, suami tak banyak tingkahnya. kuih dan oat aje sebulan berpuasa. hai memang senang banyak dah mamanya.
kami suami isteri wajib makan nasi buka dan sahur hihi..
ReplyDeletelauk telur dadar dgn sambal bilis pun cukuplah..
Samalah .. masa sahur tetap cari nasi 😊
ReplyDeleteTu lauk fev... ikan bilis n kentang
ReplyDeletehr2 makan pun tak kisah
Simple saja menu en. suami...
Bulan puasa ni mmg tak selera sgt yang berat2 kan..
ReplyDeleteAduh! Saya memang tak tahan tengok ikan bilis goreng. Sedap betul pulak ikan bilis goreng+bawang+cili di bulan puasa ni. Kalau tambah kentang, lagilah SEDAP!
ReplyDeleteSenanglah macam nikan. Tak perlu fikir nak masak yang susah-susah. Anak-anak saya pun kalau kita masak yang 'susah-susah', susah-susah soalan yang mereka tanya kat kita. Goreng ayam + nasi putih ajelah cukup. Sentiasa licin pinggan.
Ish, ish, ish...jeleznya kt en.azmi tuh, senang naw kekdah nak membelanya,bertuah mama yan.
ReplyDeleteKalu suami akk lah, nasi berlauk ttp menjadi pujaan hati dia, kuih2 kalo ada mkn juga, kalo tkde diam jelah, tp sahur kitorg ttpla dgn nasi
Ira sahur biasanya mkn nasi, berbuka mkn je apa2 yg dibeli.. mee grg ke, kuew tiaw grg ke kuih2 ke. Malam baru mkn nasi.. hehe..camne nk diet tu.. tp kalau puasa bkn bln ramadhan, blh je x mkn nasi.. sbb mls nk masak kot.. haha..tahan je la..
ReplyDeleteIcong jenis yg x blh kalau x mkn nasi..so nk xnk, kene masak juga la.. tp dia yg masak, ira tlg2 je..hehe..
Patutlah En Azmi menten hihi.... Nak pakai kebaya ke apa Raya En Azmi tu haha...
ReplyDeleteTahan pulak perut dia ye Azra.... Kami anak beranak mmg makan nasi le sama mcm awak. Tp kalau sahur masih boleh dipujuk perut tu. Makan roti cicah air sudah hihi....
Hish mmg terliur tengok ikan bilis orang areng tu...
bertahannya en azmi berbuka makan kuih, sahur pula dengan oat. siqah memang tak tahanlah. kena sentiasa nasi untuk sahur. kalau berbuka je tak kisah. sebab biasa minum air je pun dah kenyang. hehe.
ReplyDeleteSha xmaska time berbuka.. Encik suami lebih suka makan mee kari.. burger.. so dia beli di bazaar jer.. sha pula aklau berbuka makan kuih or roti.. Sahur kami wajib makan nasi.. so time sahur jelah memasak..
ReplyDelete