Wednesday 8 June 2016

Tadika Cahaya Ammar

Assalamualaikum...

Mama nak share kat sini, ini tadika adik mama dan kawan-kawannya, jika ada kawan-kawan yang duduk di kajang bolehlah jenguk-jenguk ye, kot nak mendaftarkan anak-anak kat tadika Cahaya Ammar nih.

Tadika ni baru saja dibuka bulan ini, alhamdulillah sudah ada pelajar, tapi masih ambil pelajar lagi ye, kalau kawan-kawan ada kenalan di area kajang bolehlah war-warkan...hehehe, kalau dekat mahu juga mama masukkan anak-anak kesini, tapi itulah jauh pulak dengan rumah mama.


Ini mama share sedikit gambar dan info yang ada ye..


jika nak mendaftar bolehlah hubungi nombor yang tertera diatas,anda pasti dilayan dengan baik.

mari tengok keadaan dalam tadika pula







ok kita tengok yuran dan perkhidmatan yang disediakan di tadika cah ya ammar ni pulak ye




Ini antara aktiviti anak-anak di tadika, satu aktiviti je lah sebab baru dibuka hehehe


semangat anak-anak buat muffin tu.

InshaAllah..cikgu-cikgu di tadika ini adalah yang berpengalaman, teacher aini tu jiran mama dikampung, rumahnya depan rumah mama je, memang baik sangatlah budaknya lemah lembut pulak tu...bukan sengaja puji tapi memang baik budaknya dari kecik-kecik dulu lagi, tak lama dah tu nak bersalin anak pertama.

Sekian entri mama untuk hari ini, tak tahulah kot mama muncul lagi nanti,maklumlah kebusy'an sikit minggu ini dan mungkin akan busy sehingga hujung tahun,ada lagi rumah kawan-kawan yang tak sempat mama singgah, sempat baca tapi tak drop komen pun ada. InshaAllah nanti mama terjah ye.

Wassalam

26 comments:

  1. tadika baru ye? tgk syllabus dia byk yg dia cover, baguslah tu..
    tp akak jauh benar duduknya, ada sedara di kajang tp anak2 dh besar panjang

    sibuk ye mama, takpe pelan2 kayuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak tadika baru dibuka oleh adik dan kawan2nya.

      itulah sibuk sikit kak,esok nak bercuti

      Delete
  2. Semoga mendapat sambutan dan terus berjaya business tadikanya
    Melihat paparan tak mustahil akan setanding dgn tadika yg dah berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zakie, harapnya begitulah moga terus berjaya

      Delete
  3. Cantek suasana dlm tadika ...kanak2 pasti suka suasana nya.
    Pembelajaran pun terbaik.
    Teringat akak satu ketika dulu SIL pun pernah bukak tadika selepas grad .Terpaksa lepas kan pada orglain lepas dapat kerja.

    ReplyDelete
  4. Cantik hiasannya tu.
    In shaa Allah, jika ada guru yg berpengalaman kena pegang sungguh2, sbb guru berpengalaman ni aset sesatu tadika tu utk berjaya.
    Haaa..dgr ni, nasihat cikgu otaii, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak imah, akan disampaikan nasihat dari kak imah ni

      Delete
  5. ye betul nsht nor tu..ilmu n skil perlu seiring utk memjayakan tadika disamping niatnya berkhidmat kpd masyarakat kerana Allah...salam ramadan yan.

    ReplyDelete
  6. simple tp ceria hiasannya...
    yuran bulanan n yuran masuk pun murah...
    skrg makin banyak tadika islamik... pendedahan awal utk anak kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dana, pendedahan awal untuk anak2 kan

      Delete
  7. Cantik hiasannya..ceria kanak2 sure suka
    moga terus berjaya...seronoknya jika dikelilingi kanak2 seharian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak harap2 budak2 sukalah...

      terima kasih mendoakan

      Delete
  8. Ceria aje suasana di dalam tadika ni. Murah pun murah juga segala maknek fees yang ada. Kalau dekat boleh jugalah mencari. Ini jauh alahai...

    Semoga business adik ni maju dan terus berkembang pesat ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mendoakan adik saya MD, harapannya macam tu lah

      Delete
  9. Murah tu Yan..
    8am - 6.30 pm baru RM280.00
    Jika di Shah Alam paling murah pun RM350.00

    Semoga tadika adik yang maju dan berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik kata dia ikut rate PASTI. aah kak kalau shah alam memang mahallah

      terima kasih doakan adik saya

      Delete
  10. Alhamdulillah, tahniah kepada adik AA, inshaAllah akan ramai nanti, sebab saya sendiri yang menghargai pengusaha tadika taska ni, memang perlu perkidmatan mereka, bersyukur ada di mana mana pun.. inshaAllah yang tinggal berdekatan TCA akan puashati jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..terima kasih BP.

      itulah perkhidmatan seperti ini sangat diperlukan, nak pulak bagiibu yang berkerja macam saya ni, berharap ada orang yang baik2 dapat jagakan anak2.

      harapnya mereka akan berpuashati dengan TCA ini

      Delete
  11. Alhamdulillah..
    Adik kak lah yg mana usahakan tadika ni?
    Kalau dekat blh htr bdk2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak watie dan kawan2nya yang usahakan tadika ni.

      itulah kalau dekat memang dah hantar anak2 kak lah ke sini

      Delete
  12. wahhh bagusnya AA.. boleh perkenalkan dgn Ipar duai ramai yg duk Kajang & ada anak.. mudah2an sukses adik AA ya... nama pun dah menarik "Tadika Cahaya Ammar"..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atie..bolehlah war2kan pada ipar duai atie.

      Delete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...