Assalamualaikum...
tak de idea nak menulis, tapi nak menulis juga. ini mama tak tahulah ada yang setuju ke tidak...hehehe, abang ipar mamalah ni yang bagi kat group whatsapp, macam biasalah abang ipar mama yang sorang ni suka sangat bagi gambar-gambar menyakat macam nih, kadang panjang berjela lah kami berbahas...hehehe berbahas bukan bergaduh ye.
haaa...ada yang marah ke dengan kenyataan tu???eheheh..mama takde marah pun sebab takde kaitan lagipun selagi kenyataan tu tak letak nama mama, jadi mama tak ambil pusing, jangan nak berfikir terlampau jauh..betul tak.
mama jawab...sebenarnya isteri tu nak bagi pahala lebih dekat suami dia, bukan sebab dia pemalas, kerana apa? suami dia tu dah ikut sunnah Nabi. Nabi kan suami yang sentiasa membantu isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah, jadi jika suami membantu isteri dirumah maknanya suami itu dah mengikut apa yang nabi buat, betul tak?
Teruslah adik mama, si mommy tu setuju..kehkehkeh, maklumlah dia memang pemalas, malas mengemas rumah, sanggup diimportnya maktam untuk kemas rumah, tapi dibayarlah upah, kadang-kadang dia panggil orang datang kemaskan rumah dihujung minggu.Mommy malas mengemas saja, tapi bab membaking laju je, siap ambil tempahan lagi untuk raya dan macam-macam lagilah...
haa setiap orang tu kan berbeza sebab tu Allah dah tetapkan jodoh yang sesuai untuk kita, bila suami pandai masak, isterinya biasa-biasa je bab memasak,tapi bab mengemas haa serahkan pada isteri, berkilat lantai,dapur semua, perabot pun kalau boleh bertukar tempat setiap minggu..bukan beli baru ye, tukar tempat je hihihi...dapat isteri pandai memasak suami pulak rajin basuh pinggan...tapi kalau betul dapat isteri pemalas tu..dah nasib badan hehehe
Terima kasih sudi singgah dan baca.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
hehehe.betul...tapi kadang-kadang je..kalau hari-hari mereka buat,,kita jadi ape pulak sebagai isterinya
ReplyDeleteHishhhhh bukan isteri pemalas je yg mengidamkan laki pandai tu semua tau Azra.....Bini yg rajin pun mengidam jugak. Sapa tak suka dapat laki tau serba serbi... Bonus weyh.....Bestnya, boleh buat kerja sama sama gitu.
ReplyDeletehaha.. maybe betul la tu.. tapi tengok la mood juga.. kena dtg rajinnye tu habis berkilat semua benda dibuatnya.. :D :D
ReplyDeleteBlogwalking sini, jom baca article seo ini
Tip SEO Cara Mudah Bina Tajuk site...
Hehe. Betul cakap kak AA, bukanlah pemalas. Bantu membantu kan bagus dalam hidup rumahtangga. Hee. Bonus kepada wanita nanye kalau dapat suami rajin menolong :)
ReplyDeleteslh kenyataan tuh... bkn la sbb isteri mls...
ReplyDeletetp tak slh sama2 membantu kan.. btl tak kak
Mmg harus diidamkanlah .. yg mls mau pun yg rajin .. hehe
ReplyDeleteKakak rasa semua perempuan nak dpt suami yg pekej lengkap macam ini
ReplyDeleteSiapa tak suka AA. Kalaulah abang macam ini mahu kakak goyang kaki haha...
Kalau isteri pemalas tu memang idaman dia lah kan. Tapi isteri yg rajin pun nak jugak suami yg begitu utk bantu dia di rumah sebab kdg2 yg rajin ni ada juga musim dtg malasnya.
ReplyDeleteMmgla kita kalo boleh nak mcm tu, tapi kalo tak dpt kita terimalah apa siapa yg Allah bagi, dah tu jodoh kita ye dok, mcm akk toklaki tu bolelah tolong2 basuh baju pakai washing machine, kalo pakai tgn tak taulah, kuikui
ReplyDeleteMmgla kita kalo boleh nak mcm tu, tapi kalo tak dpt kita terimalah apa siapa yg Allah bagi, dah tu jodoh kita ye dok, mcm akk toklaki tu bolelah tolong2 basuh baju pakai washing machine, kalo pakai tgn tak taulah, kuikui
ReplyDeleteKalau dah semua kerja rumah suami yg buat ,suri rumah macam akak ni nk buat apa pulak kat rumah.Anak pun dh besar...yg penting suami isteri perlu tolong menolong utk ringan kn kerja.
ReplyDeleteKita semua sependapat... mmg kita mengidamkan asben yang pandai segala-galanya... kita duk goyang kaki dan di layan mcm 'raja' heheheh... tapi payah nak dapat.
ReplyDeleteHihihi mmg idaman n impian dpt husband rajin ni kak! lagi lagi bila dua dua kerja.. Penat jugak kalau kita sensorang masak, kemas rumah, basuh pinggan cuci baju bagai. huhuhu.. kena tolak ansur kan .Sama sama keje sama sama la rasa penat nya =D
ReplyDeleteBonus kepada isteri..hihi :)
ReplyDeleteJODOH MASING2 TERIMALAH DGN REDA SETIAP YG SEMPURNA ADA KEKURANGANNYA..
ReplyDeletetapi memang sedih jika lelaki dapat isteri pemalas. nak2 kalau lelaki itu adik kita ke..anak kitake..
ReplyDeletebini balik kerja ngadap tv..semua urusan laki buat..
Idaman semua wanita kot..
ReplyDeletebkn yg malas je.. hehehe..
Assalamualaikum & Salam Ramadhan Aryan azra,
ReplyDeleteSuami isteri perlu saling bantu membantu. Isteri bekerja pun utk ringankan beban suami. Jadi tak salah suami pun sama2 rajin membantu kerja rumah.. Zaman sekarang perlu ada sefahaman. Tak boleh kira semua kerja rumah tu tugas isteri.. ;-)
Byk kelebihan laki idaman cam gini...bab pandai masak penting mudahkan kerja kita juga...kita malas dia rajin huhu
ReplyDeleteyg penting bertolak ansur
Tapi zaman skrg nie memang kena slaing tolong menolong.. Sebab dua2 berkerja kan.. Kalau x menolong memang keletihanlah isteri..
ReplyDeleteHai, kalau semua kerja rumah suami 'kaut, ini bukan pilihan wanita pemalas! Wanita rajin (macam saya ^_^) pun nak juga. Setakat ni kerja rumah memang semua saya kaut sorang. Tapi adakalanya rajin juga sang suami membantu kerja-kerja yang berat. Kalau terlebih rajin, tolong basuh pinggan mangkuk pun dibuatnya.
ReplyDeleteDapat yang rajin sikittt pun dah bersyukur AA...hihi... ringan skit kerja rumah..Alhamdulillah hubby jenis rajin gak tolong masak @ basuh pinggan.. hihi
ReplyDelete