Assalamualaikum....
Ramadhan ke 2. Mama nak ceritakan kisah ramadhan pertama sebelum berbuka semalam. Siap-siap hidang juadah berbuka sambil tunggu azan maghrib, berwhatsapp dengan adik-beradik ucap selamat berbuka dan macam-macam lagilah ceritanya.
Tetiba abg ipar buat hal send gambar yang mengundang betul..bukan mengundang marah tapi mengundang airmata, dah semua dok pakat imbas memori hampir 9 tahun yang lalu, krjadiannya hari pertama puasa dan pada waktu berbuka puasa 9 tahun yang lalu.
Itulah gambar yang dihantar abg ipar, gambar kami adik-beradik di hari-hari terakhir bersama seorang ayah. Masa ni emak baru saja pergi,jadi setiap minggu kami balik menemani ayah,tak mahu ayah rasa sunyi dan rasa kehilangan, bawa ayah makan pizza kegemaran ayah, ayah suka spaghetti,tapi yang sebenarnya ayah suka je makan apa-apa yang anak belanja.
Hari pertama puasa 9tahun lalu..jumaat, kami tak balik kampunglah sebab nak balik esoknya sabtu,teman ayah berbuka pula. Kata adik-adik..ayah sibuk hari pertama puasa tu, bawa kawannya berjalan pada paginya dan petang ayah sediakan juadah berbuka pula, yang mama ingat ayah masak nasi,sup daging dan pengat pisang.
Mama di shah alam 9 tahun lalu, bersedia untuk berbuka,saat nak menyuap makanan pertama telefon berdering,adik call bagitahu ayah dah pergi dijemput Ilahi, luluh hati ini hanya Tuhan yang tahu. Pemergian ayah genap sebulan 1 hari selepas emak pergi.tak sempat ayah nak berbuka,adik hulur kurma tapi ayah tak sempat makan.
Itulah kenangan yang memang tak pernah kami lupakan setiap kali menjelangnya 1 ramadhan. Tenanglah disana emak & ayah,pasti Allah tempatkan kalian di syurga. Al fatihah setiap hari untuk arwah emak dan ayah.
Maaflah jika kawan-kawan yang follow blog mama, memang inilah cerita yang pasti ada diblog mama ni setiap kali munculnya ramadhan. Adik mama yang dekat kampung tu lagi terasa,dah la duduk sorang-sorang,pasti sedih melihat sofa dimana arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tabahlah pak jang...
Terima kasih sudi singgah dan baca.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Mak kakak pun pergi ketika seminggu nak berpuasa.
ReplyDeleteMemori itu tak mungkin dpt kita lupakan AA tapi yg penting doa anak-cucu buatnya jgn lupa. Sedih memang sedih... apa lagi macam AA berselang tak lama.
Semoga tabah menghadapi dugaan. Doa anak insyallah Allah terima.
ReplyDeletekenangan yg pasti takkan kita lupakan ye kak...
ReplyDeletesedih mmg sedih, mana mungkin kehilangan org yg paling kita syg kan...
alfatihah bt arwah mak n ayah akka...
tak ada anak yg tak sedih bila mengenang saat ibu bapanya pergi . buatlah banyak kebajikan untuk mereka di bulan puasa ni . bersedekah untuknya , buat wakaf untuknya , buat fidyah juga . semoga mereka tenang di sana ...
ReplyDeleteYa Allah, bertuahnya ayah pergi dlm bln Ramadhan..
ReplyDeleteMoga lebih redha dan tabah AA, pasti sedih dan sayu setiap ramadan kerana kehilangan yang tersayang waktu ini. Berbanyak berdoa.. take care AA
ReplyDeleteSedih bila kenangan lama diimbau kembali...
ReplyDeleteAlfatihah buat kedua ibubapa awak ya. Sedih pulak membaca catatan ni. Bersamaan dengan 1 Ramadhan pulak kisah ni. Manalah mungkin boleh lupa. Lebih-lebih lagi bila melibatkan kedua orangtua yang kita sayangi selamanya.
ReplyDeleteSaya pun kehilangan arwah abang pada 9 Syawal, 17 tahun yang lalu. Walaupun dah lama, ingatan tu tetap kuat lagi!
Al-Fatihah..
ReplyDeletetabah la kak. lumrah hidup.. kita juga bakal menyusul satu hari nanti.. Walaupun da 9 tahun berlalu, masih segar dlm ingatan bila melibatkan org org yg kita syg.. Salam ramadhan kak. =)
sedekahkan al-fatihah utk mereka Ilah
ReplyDeletedoakan semoga roh mereka dirahmati dan dosa2 mereka diampunkan...
masa mereka sudah pasti, kita yg hidup ni tak tahu pula bila kan?
Ya Allah . Baca entry kak AA yang nie pun Nia nangis . Sebab Nia pun arwah ayah dah Pergi bertemu Ilahi , even dah 7 bulan arwah Ayah Nia pergi . Masih terasa kehadiran arwah ayah . Nia faham perasaan Kak AA. Lagi-lagi kedua-dua nya dah pergi bertemu Ilahi . Kita sebagai anak doa yang tidak putus untuk mereka semoga mereka ditempatkan disisi orang-orang beriman . Amin . Al-Fatihah . Be strong kak AA.
ReplyDeleteBaca tajuk entry..igtkn buat hal apa..
ReplyDeleteKenangan berkenaan mak ayah takkan dpt dilupakan walau dah bertahun ia berlalu..
Moga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh..
Baca ni teringat pada kawan saya yang baru kematian ayahnya.. mesti dia pun rasa kesedihan yg sama mcm akak ceritakan ni.. korang banyakkan doa utk arwah ye.. moga Allah berikan rahmat-Nya kepada semua..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Mak Ayah AA...sedih rasanya..teringak juga kt arwah ayah... alhamdulillah perginya di bulan puasa ya AA.. moga tenang di sana... bila terimbas kenangn msti sayu...:(
ReplyDelete