Showing posts with label diari ramadhan kami. Show all posts
Showing posts with label diari ramadhan kami. Show all posts

Monday, 6 May 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sudah 1 ramadhan kita hari ini. Marilah sama-sama kita rebut segala kebaikan dan kemuliaan yang ada di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan dengan usaha ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Marilah sama-sama kita tetapkan niat dan perbaharui sentiasa, bersihkan jiwa agar dengannya kita dipilih oleh Allah untuk beribadah kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan dan mengharapkan keampunanNya semata.

Cerita 1 ramadhan..hero berdua bangun sahur tapi tak tahulah sampai bila bertahan puasa mereka tu, semalam bersembang 2 beradik tu.."yen esok dah puasa,yen dah sedia ke?" " adik tak kisah dah sedia ke tak kalau adik nak puasa adik puasalah,kalau taknak adik tak payah puasa" haaa itu jawapan adrien. Dia kalau bersembang dengan abang adam memang dia bahasakan diri dia adik. Abang adam pula jawab tak sedia lagi. Lagi satu si adrien tu dia akan tanyalah "mama..abang..esok hari apa?" bila orang jawab esok dah ramadhan, dia pun mulalah menyanyi "ramadhan datang...ramadhan datang..." ada-ada je budak sorang tu kan.

Untuk bulan puasa ni ofis bagi pilihan rehat sama ada setengah jam atau 1 jam, macam mama kalau ambil setengah jam dapatlah balik pukul 4, awal jugakkan tapi mama pilih rehat sejam dan balik macam biasa pukul 4.30, biasanya macam tahun lepas balik 4.30 jalan tak sesak pun harap-harap tahun ni pun masih samalah hehehe, bukan apa mama tetap ambil sejam tu, sebabnya dekat bangunan mama kerja ni ada kuliah zuhur pada pukul 1. kuliah ambil masa sejam, jadi kalau mama ambil setengah jam je rehat tak sesuailah kan, dok dalam majlis ilmu, bulan ramadhan pulak tu, jadinya kita ambiklah rehat sejam. semoga ada keberkatannya.

Tahun ini peluang yang masih diberi kita cubalah buat yang terbaik, moga Allah memberikan keampunan buat kita pada penghujung ramadhan nanti. Kata ustaz amat malang bagi seseorang itu apabila dia dapat bulan ramadhan tapi hujung ramadhan dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Moga kita mendapat keampunan dari Allah dan moga kita dapat buat sebanyaknya amal soleh pada bulan yang mulia ini. Kalau nak amal soleh berterusan kata ustaz perlu kita lakukan selama 40 hari berturut-turut dalam puasa 30 hari kita buat amal soleh bangun tahajud kita teruskan lagi 10 hari selepas puasa, in shaa Allah selepas itu kita akan terus istiqamah melakukannya.

Wassalam

Wednesday, 6 June 2018

Berbuka bersama

Assalamualaikum...

Untuk entri maaf mama hulurkan ye sebab ada gambar makanan, manalah tahu tetiba ada yang menitik ailio tengok makanan yang mama post ni ekekeke..macamkan sedap sangat tengok makanan yang mama post ni kan, aiii mana la tahu tetiba ada yang terliur tengok, jangan kecam mama hokey

Minggu lepas plan nak berbuka bersama dengan adik-beradik mama, post biasa dekat rumah ibu la senang sikitkan. bincang nak makan apa? sekali abg awisy (anak buah mama) cakap nak makan shell out, okeh bincang2 beli barang, ibu abah beli barang. bila tiba hari kejadian semua tak boleh sampai awal, mommy nak tunggu perabot sampai, makdak pulak, pakdak keje separuh hari hari tu, makngah pulak tunggu makdak ambik, jadinya mamalah yang kena pergi awal masak.

Lepas zohor mama pergi dulu tinggal anak2 dengan en.azmi dekat rumah, awal lagi kan nanti ada pulak yang riuh rendah dekat rumah ibu tu tak senang mama nak masak hehehe, sampai je teruslah memasak, dah kata shell out kita masak seafood je la kan, lagipun seafood tak elok bercampur dengan makanan darat, dah tua2 ni kononnya nak follow la macam tu kan, moga dipermudahkan.


Menu pertama cili crab, terpaksa masak 2 kali sebab takde kuali besar. Bahan2 Cili kering, bawang merah, bawang putih,halia dikisar semua, lepas tu bawang merah, bawang putih halia dihiris untuk tumis, serai 3 batang, cara2nya, ketam tu rebus dulu, air rebusan ketam tu kisar bersama bahan untuk kisar tadi. Tumis bahan yang dihiris tadi, dah naik wangi masukkan bahan kisar, lepas tu mama tambah lagi dengan air rebusan ketam tadi bagi berkuah sikit, perisakan dengan garam, bolehlah hidangkan..


Menu ke 2 Kepah masak sos tiram. Bawang merah, bawah putih, halia, serai Hiris dan tumis, kemudian tambah sos tiram dan sos cili, senang sangatkan, tapi sajalah nak share resepi, garam tak perlu letak sebab sos tiram tu dah masin


Menu ke 3 Butter Prawn. Udang tu basuh dan toskan kemudian gaul dengan tepung jagung/ tepung bistari, goreng separuh masak. Bahan lain Butter, bawang putih dicincang, daun kari, susu full cream. Cairkan butter kemudian tumis bawang putih, masukkan daun kari, dah naik bau tuang susu full cream akhir sekali masukkan udang, kacau sebati..perghhh mabelles..giteeeww mabeles sangatkan.


Menu 4 , Sotong goreng tepung, hanya salut dengan tepung bestari dan goreng


Menu 5 Baby crab goreng, beli kat member ofis mama ni, eh sedap pulak baby crab ni, kalau buat masak cili mesti lagi sedap, tak sangka semua suka.


Menu 6 sayur-sayuran, ini mestilah adakan, brocolli, cauliflower,karot dan jagung - rebus je dengan sedikit garam dan sesudu butter.


Ini menu special untuk orang mengidam, rendang kerang all time feveret lah sangatkannn, memang feveretlah ye ini resepi arwah mak mama ni taktahu lah sedap sangat ke apa sampai ada adik kat ofis nih siap suruh mama buat untuk dia sebab masa mama buat bawa ofis dulu dia bercuti tapi tak buat2 lagi..inshaAllah nanti mama buatkan lepas puasa ni

Meriahlah berbuka hari tu, mama 9 beradik pakjang je takde hari tu, sedih jugaklah kan sebab pakjang takde sebab pakjang dah balik kampung, alhamdulillah kaki pakjang dah ok simen pun dah buka, moga2 pakjang terus diberi kesembuhan.

InshaAllah lepas ni berbuka dengan family en.azmi pulaklah mungkin rabu balik kampung jadi sempatlah berbuka bersama-sama nanti di kampung.

Sedih pulak rasa bila tiba di hujung2 ramadhan ni, moga kita semua dapat tingkatkan amalan, inshaAllah kita semua akan dapat lailatul qadr jadi isilah malam2 terakhir ini dengan solat2 sunat, baca quran dan bersedekah, kata ustaz jika tak mampu buat semua pilihlah salah satu tapi seeloknya buatlah semua sebab kita tak tahu tahun depan dapat tak kita bertemu dengan ramadhan lagi.

Wassalam

Tuesday, 22 May 2018

Hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 6 ramadhan kita. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah dibulan yang mulia ni.


Budak ni haa baru belajar berpuasa, semalam hari ke 3 berpuasa, balik rumah je terus cari mama dekat dapur "mama hari ni yen puasa" katanya..alhamdulillah..peluk2 & cium sikit bagi semangat sebab balik dari sekolah tu kan tengok macam dah tak bermaya je, biasa sampai rumah terus capai basikal tapi bila puasa terus melepek je atas kerusi. Dekat2 nak berbuka lagi hebat "mama yen dahagalahhhh..." sebab nampak air atas meja, nak bagi berbuka sayang pulakkan, walaupun tak wajib lagi adrien berpuasa, takpelah kita belajar2 ye sayang.

Sambil2 masak dok layan dia berboraklah. Abg adam steady je la siap pegi kayuh basikal bila balik dari sekolah. Mama tanya esok nak puasa tak? "Esok yen taknak puasa sebab yen ngantuk nak bangun sahur" ok takpe puasa selang-selang pun takpe, hari ni puasa esok tak puasa kata mama "eh yen taknak,yen nak puasa,esok je yen taknak puasa, esok dengan esok dengan esok yen puasa la"😂 ok lah nakkk apapun boleh lah. Tapi adrien ni kalau dia cakap dia memang akan buat, kalau kata nak puasa dia memang akan puasa, kalau taknak memang jangan harap dia nak puasa, hari ni dia taknak puasa, kejut sahur pun dia taknak bangunlah. Takpelah..

Kata ustaz Halim Hafidz masa kuliah zuhur "Selagi tak 10 tahun tak puasa pun takpe, kalau dah 10 tahun tu bolehlah ajar dan ajak anak berpuasa, tapi tak boleh pukul kalau anak tak puasa, cuma kalau dah akil baligh tu kenalah paksa berpuasa. Antara solat dan puasa yang wajibnya adalah solat, ini orang sekarang kata ustaz anak tak solat takpe, tapi kalau anak tak puasa jenuh dipaksa2 walaupun puasa tu tak wajib lagi untuk anak2 kecik".

Wassalam

Sunday, 20 May 2018

Cerita ramadhan anak-anak

Assalamualaikum...

Sekejap je dah ramadhan ke 4 hari ni. Mama dok bersenang-senang je lagi ni tak terfikir pun lagi nak masak apa. Tiap hari pun macam tu, masuk dapur tengok apa yang ada masak je apa yang boleh janji dapat makan untuk berbuka, setakat ni takde masakan luarbiasa yang mama buat semua yang biasa2 je.

Ok macammana puasa anak2 tahun ni? Abg adam hari pertama balik sekolah tu mengadu jugalah dahaga tapi mama suruh tahan je sebab  sayangkan tak lama je lagi nak berbuka, mungkin juga sebab hari pertama jadi letih pun lain macamlah kan, hari kedua nampaknya lebih baik takde dah mengadu lapar atau dahaga. Adrien pulak memang awal2 lagi cakap taknak puasa sebab dia suka makan adehhhh...budak sorang ni memang banyak akal sikit.

Malam tu adrien cakap dia nak puasa hari jumaat, hari khamis je dia taknak puasa. Pagi tu mama kejut bangun sahur sekali dua tak bangun mama biar je malas nak paksa kan. Tetiba masa nak makan tengok adrien ke dapur nak sahur katanya, jadi oklah moh bersahur, kita tengok setakat mana dia tahan. Kalau dia nak berbuka awal pun mama ok je, saja bagi belajar dulu kan. Tapi masa balik dari sekolah dia cakap dia puasa lagi..wahhh bagus ni mama pun peluk2 lah dia puji2 sikitkan. Akhirnya ramadhan ke 2 adrien berjaya puasa penuh.

Ramadhan ke 3 dugaan besar sebab duduk dekat rumah, ada sorang budak tak puasa dah tak puasa tu dia pegi.makan depan abg pulak siap cakap pulak tu "yeyen puasa pegilah duduk dapur yaya nak makan ni" sambil kunyah makanan depan tv ehhh menyirap mak ko dibuatnya, patut dia la duduk dapur diam2 makan ini tak dia pulak suruh abg yang puasa duduk dapur dia nak makan depan tv. Dalam pukul 12 adrien mengadu lapar, mama suruh tunggu dulu, sabar tapi lepas tu kesian tengok, jadi taknak paksa pukul 1 mama bagi je makan oklah puasa separuh hari kan. Abg adam macam biasalah steady je dia.

Ramadhan ke 4, adrien cakap nak puasa jadi mama bagilah puasa. Setakat mama dok membel kat sini dia tahan lagi walaupun katanya perut dia ada bunyi tapi dia kata dia boleh tahan. Walaupun puasa melompatnya bukan main risau mama takut dahaga tapi dia kata dia ok tak dahaga punnn.ok kita tunggulah kejap2 lagi macammanakan, tapi kalau dah petang sangat macam sayang la pulak nak bagi buka kan.


Tidur ditemani 2 ketul bumblebee. Takpe lah nak belajar2 ye dia kata dia tahu kenapa kena puasa sebab nak rasa macammana rasa orang miskin yang takde makanan. Lepas tu.mama tambahla tengok orang islam dekat palestine yang kena bom macammana dorang puasa entah boleh makan ke tak..lepas cakap tu dah jenuh nak jawab pertanyaan dia pulak, sape yang bom mama askar ke? Palestine tu apa mama? Oo negara..negara tu apa mama, dah la laporr mama ni macam2 pulak nak jawab soalan fuhhh.

Sepupu dia yang perempuan steady pose tak tinggal lagi walaupun mommy dia cakap ada drama jugalah bila dah hampir waktu berbuka tu tapi tetap bertahan la. Dia mengamuk sebab nampak air hehehe daeisha ni comel je kan.tapi baguslah masih puasa penuh. Tapi ustaz pun ada cakap org perempuan lebih kuat dari orang lelaki, bab puasa pun samalah tengok yang banyak puasa sunat isnin khamis pun perempuan kata ustaz, kalau lelaki payah la nak jumpa...ehhh jangan marah mama ye ye kaum lelaki ini ustaz yang cakap tau.

Oklah semoga anak2 mendapat manfaat dari berpuasa ni.

Wassalam

Saturday, 2 July 2016

Jadi juga akhirnya

Assalamualaikum...

Pasti ramai yang dah pulang ke kampung hari ini kan,semoga semuanya selamat dalam perjalanan. Mama masih belum balik kampung. Jadinya hari ini kemas bajulah kerja mama agar tiada yang tertinggal dan semuanya mencukupi sebab bercuti lama dan nak ke dua tempat berbeza pulak tu.

Hari ini juga barulah berkesempatan menyiapkan projek yang telah mama rangka, eceh macamkan projek besar sajakan. Mama nak beli tudung untuk adelya yang berkenan mahal pula harganya, sekali terjumpa kain yang sama dengan shawl mama terus mama beli semeter rm10,hajatnya nak buat sendiri tudung adelya.

Hari ini baru dapat buat, semeter kain tu dapatlah 2 helai shawl, apalagi bila dah siap gatallah tangan share dengan ibrahim dotters,mommy tengok cantik teruslah nak satu untuk daeisha, so mama pun gigihlah siapkan sehelai lagi,pada mulanya nak buat lepas raya tapi rasa terajin lebih pulak,jahit teruslah sementara semangat masih ada.


Inilah rupa instant shawl double loop adelya, nak buat yang instant terus sarung tu mama belum tengok lagi cara jahitannya macammana,lepas ni bolehlah mama cuba, lepas tu terjumpa pula butang kaler-kaler yang mama beli dulu-dulu terus je jahit dihujung shawl tu bagi tak nampak kosong sangat,kira oklah tu..adelya pun suka nampaknya, siap nak pakai sendiri,tiru mama la tu sebijik buat gaya mama pakai shawl..hehehe.

Sajalah mama test menjahit, alkisahnya ramadhan kali ini mama dapat mesin jahit dari en.azmi, bukan mesin jahit yang besar tu ye, yang mini saja..katanya buat jahit-jahit baju yang koyak selama ni mama jahit tangan je,ada mesin mini ni oklah sikit, itulah mama test jahit shawl tu,nanti boleh test jahit dress adelya pulak. Semangat pula mama,en.azmi kata bagi mahir dulu,nanti baru boleh beli yang besar.


Inilah rupa mesin jahit mama tu,kira oklah dapat jahit sikit-sikit, buat jahit tudung-tudung mama ok la ni. Jahitan mama pun belum kemas, jadi kena asah skill lagi ni sebab dah lama tinggal, tetiba rasa seronok pula menjahit,terus idea mencurah-curah nak menjahit macam-macam tak padan dengan mesin je idea yang keluar nih, inshaAllah ada rezeki dapatlah mesin besar pulak nanti.

Oklah lega dah semua settle..mengemas rumah,membasuh baju dan packing baju dalam beg,esok pagi nak gerak balik kampung dah moga dipermudahkan urusan perjalanan kami nanti,harap-harap jalan pun tak sesak.

Wassalam

Wednesday, 29 June 2016

Balik mana kita?

Assalamualaikum...

rasa macam lama pulak tak menulis apa-apa kat sini,maklumlah kemalasan melanda, amacam persiapan di akhir-akhir ramadhan ni? moga semuanya berjalan lancar dan moga ibadah kita semua diterima Allah swt. persiapan raya macammana pulak? Mama alhamdulillah..semua dah siap serba sederhana sajalah, sederhana dalam ertikata sendirlah ye..

Yang mana dah berkahwin tu dah tahu ke kampung mana nak balik dulu? mama macam biasalah balik kedua-dua kampung juga, cuma untuk tahun ni malam raya dirumah en.azmilah sebab tahun lepas di rumah mama, tapi lepas solat raya haruslah balik kampung mama pula, macam tu lah boleh ulang-alik saja kan, dekatlah katakan..jadi takdelah nak gaduh, tapi gaduh-gaduh manja tu ada jugaklah.

Kadang mama petang raya tu nak jugaklah ke kampung mama, menolong apa yang patut, merendanglah biasanya kerja mama ni, nak pulak kalau ibu balik rumah mertua dia, jadi mama kena lah buat rendang kat kampung mama tu, makngah dengan maktam..tak reti katanya, bukan tak reti tu,saja malas belajarkan nak suruh orang yang buatkan,tahu dah akal memasing tu.

Dalam soal balik kampung siapa dulu ni, kata DMFK..tengoklah pada keadaan, kalau rumah ibubapa suami kita tu dekat rumah kita, tiap-tiap minggu kita balik,maka hari raya baliklah kampung isteri, lepas tu kalau, dua-dua jauh, kena pulak ibubapa suami tu tidak sihat, maka baliklah kampung suami walaupun tahun tu tiba giliran kampung isteri, kalau semuanya ok, ikutlah giliran yang penting jangan gaduh-gaduh buat o som pun boleh hehehe..

Ada setengah orang kata, best kampung dekat-dekat boleh ulang-alik je, tapi ada juga yang kata baik kampung jauh-jauh senang, boleh tumpukan pada satu rumah tu saja tak perlu ulang-alik, nak berjalan pun senang, jalan je rumah saudara mara yang ini, tak perlu nak terbahagi dan tergesa-gesa, kesana sini, kadang penat juga macam tu, apapun terpulang pada kitalah kan.

Mama tahun ni ada dikampung sampai raya kedua saja, raya ke 3 dan keempat mama nak ke Taiping, ada jemputan kenduri dari paksu (adik arwah ayah), memang kami semua nak pergilah, sebab inilah masanya nak berjumpa saudara-mara pun, dah lama mama tak jumpa paksu ni, dulu-dulu paksu pernah tinggal dengan kami, sekrang anak-anak paksu semua dah besar ada yang dah kawin pun. InshaAllah raya keempatnti dapatlah kami berjumpa. Rasa tak sabar itu ada, paksu siap telefon mama lagi, nak jumpa en.azmi dan anak-anak, ye paksu tak pernah jumpa pun en.azmi dan anak-anak. itu yang nak pergi sangat tu.

Jadi raya tahun ini kami akan balik Pahang dan balik Peraklah. Perak negeri kelahiran mama, tapi mama dibesarkan di Pahang. En.azmi pula memang anak jati Pahang. Moga dipermudahkan urusan kami nanti hendaknya. Jumaat dah last keje, semangat pun berkobar-kobar, tapi mama balik kampung hari ahad.



Wassalam

Sunday, 26 June 2016

Berbuka dimana kita?

Assalamualaikum...

Macam berbuka diluar je gayanya ye..tak adalah masih berbuka dirumah. Sabtu ibrahim's dotter nak datang rumah mama untuk ambil bajukan, mulanya takda siapa pun cakap nak berbuka puasa di rumah sebab ramai ada hal, tapi lepas tu berubah rancangan semua nak berbuka dirumah mama. Tinggal maktam dan pakjang je yang tiada.

Pagi keluarlah mama membeli barang untuk masak, takdelah masak yang gah pun masak bizsa-biasa saja,asalkan dapat dimakan oleh tetamu pun alhamdulillah, tetamu tiba selepas asar, jadi tenanglah mama memasak, kalau tak tentu tak tenang dengan suasana kecoh, mana nak memasak, mana nak berborak hahaha.


Ini sajalah yang mampu mama masak semalam, ayam goreng untuk anak-anak, udang petai, ketam lemak cili padi dan sayur campur. Alhamdulillah semua licin, seronoklah mama bila hasil masakan mama dimakan dengan begitu selera hingga licin, ini satu penghargaan buat tukang masak walaupun kata en.azmi kuah ketam mama cair, biarkan saja yang penting habisss.


Sardin home made dan mangga dibawa oleh mommy, tapi sardin tu dimasak mama juga, ceh pengelat punya mommy dia punya resepi mama yang kena masak, kerabu mangga tu pun idea dia sudahnya menggoreng kacang dan bilis mama juga heheh..ini menu-menu terakhir sebelum azan berkumandang,gigih kami sampaikan en.azmi terpaksa ke kedai membeli bilis, kacang dan limau.


Ramai-ramai mengadap juadah, itu baru sebahagian saja. Gambar bawah mommy yang gigih meracik mangga, sampai paksu pun kena kerahan tenaga mengopek bilis dan memotong cili, nak hampir berbuka pakcik pula dikerah membuat hidangan. Makngah, makdak dan pakdak sedikit lambat tiba sebab jalan.jem, mujur juga lambat sebab nasi yang mama masak tidak cukup, terpaksa masak untuk kali kedua, seelok mereka tiba nasi pun masak, tak perlu menunggu lama untuk makan.

Selesai makan dan buat apa yang patut, anak-anak riuh bermain bunga api, emak-emak didalam rumah kecoh mencuba baju raya, memang gamat dibuatnya bila semua nak bersuara, macam-macam pula cerita yang keluar,seronok sesekali berkumpul begitu, inshaAllah raya nanti berkumpul lagi kesemuanya dan inshaAllah kami akan beraya juga ke negeri kelahiran arwah mak dan ayah nanti.

Pukul 10.30 semua pun balik ke rumah masing-masing. Mama pun selesai mengemas apa yang patut, anak-anak pun sudah mula letih kerana asyik bermain dengan sepupu, tanpa sedar semua tertidur sendiri.

Oklah itu saja cerita berbuka semalam, terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Thursday, 23 June 2016

Persiapan

Assalamualaikum...

Semalam cuti, ambil kesempatan menyiapkan persiapan baju 3 hero dirumah ni, 3 hero tu termasuk en.azmi lah. Seawal 9pagi dah keluar rumah,pergi dulu ambil baju-bajan mama dan adik-beradik gigirl yang lain, kami order satu tempat,memandangkan ps tu dekat dengan opis mama jadi mamalah yang kena uruskzn, dari order transfer duit dan ambil, tinggal baju adelya ye yang belum siap.

Selepas itu terus ke pkns tengok baju yang dijual, warna yang sebijik sama dengan mama dan adelya tak banyak, yang ada pun en.azmi tak berkenan sebab en.azmi ni suka baju melatu johor je, jenuhlah pusing-pusing dari pkns ke sacc mall lepas tu ke anggerik mall gigih berjalan sambil gilir-gilir dukung adelya dan adrien...geramm je mama sikit-sikit yen dah penat, pastu buat lemah longlai minta didukung.

Dah pusing-pusing masih takde yang berkenan kemudian ke pkns sekali.lagi, tetiba nampaklah baju yang warnanya sama dengan baju mama tapi tonanya berbeza..aah beli sajalah,belilah baju untuk abg adam dan adrien, dua-dua berkenan dengan baju tu,abg adam siap pilih sendiri, mama suruh beli yang berzip dia nak yang berbutang, itu nanti mama juga lah yang nak kena butangkan tu.

Kemudian terus lagi pusing-pusing kot jumpa baju en.azmi, mulanya en.azmi taknak beli baju nak pakai je baju apa yang ada,mama kata beli je la sebab rasa macam tak best pula kalau en.azmi tak berbaju baru,sudahnya en.azmi pun ikutlah cakap isterinya ni, beli juga sehelai kurta. Alhamdulillah lega bila semua dah settle,cuma baju puteri solehah je belum dapat,harap dapat secepat mungkin.


Anak-anak juga yang best,penat berjalan berhenti isi minyak...sedap hoiii, ramai berhenti disitu bagi anak-anak makan, lepas makan baru semua cargas..hihihi, sebelum zohor dah sampai rumah.

Tetiba kat rumah kena jadi model pulak mama,abg adam terpaksa jadi fotografer, adik-beradik gigirls tak sabar nak tengok baju yang diorder,pakailah mama satu-satu baju yang ada mujur saiz lebih kurang je,abg adam tolong snap pic,pastu mama whatsapp kat group ibrahim's dotter, apalagi semua tak sabar nak ambil baju sabtu nanti, yang penting mama dah pakai dulu hehehe.

Ok terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Tuesday, 21 June 2016

semestinya sedih

Assalamualaikum...

Kita tetamu, tapi sebelum kita pergi orang dah gembira nak menyambut tetamu yang lain, semestinya kita sedihkan..




Dah masuk 16 ramadhan dah kita,cepat waktu berlalu sedikit masa lagi, tetamu kita ramadhan bakal meninggalkan kita,sedih pula terasa..bagaimana semangat ibadah kita? Ibadah kita biarlah Allah saja yang tahu dan menilainya.

Nak menjelang syawal kesedihan pasti terasa bila mengingatkan syawal dahulu bersama arwah mak dan ayah. Nyatanya bukan kami adik beradik saja yang ingat akan mereka


Anak-anak jiran yang rapat juga teringat akan arwah,apatah lagi bila menjelang syawal.. Adalah juadah yang disediakan arwah akan diingati, baru-baru ni anak jiran post ni dekat fb, teringat buah rotan arwah mak dipagi raya, kawan mama pula teringatkan kuih makmur, ada yang rindukan rendang dan lemang arwah,jika mereka ingat apatah lagi kami anak-anak mereka...semestinya sedih

Rindunya lemang dan rendang arwah mak dan.ayah, rindu nak pukul telur berjam-jam untuk buat bahulu,dah lah kena pukul berjam-jam bagi kena cahaya matahari pulak tu, bakar pun menggunakan arang dan sabut kelapa diatasnya. Menggentel kuih siput bersama kawan-kawan.sejiran, mengejar ayam beramai-ramai untuk buat rendang, siap buat umpan untuk tangkap ayam tu..seronok terasa.

Zaman kanak-kanak,bila puasa terasa lambat waktu berlalu, syawal yang paling ditunggu-tunggu. Sekarang ni cepat saja terasa ramadhan hampir berlalu,bagaimana amal ibadahku?

Entah kenapa hari ini terasa sedikit syahdu...

Wassalam


Monday, 20 June 2016

Iftar dirumah ibu

Assalamualaikum...

Ramadhan hujung minggu mama dan family. Cerita biasa-biasa saja, sabtu ajak en.azmi beli barang kononnya nak masak sesuatu,pergilah kami ke checkers shah alam, sambil tu nak beli juga bahan untuk aiskrim anak soleh mama tu,alhamdulillah walaupun ramadhan masih ada permintaan hingga sold out dan mama gigih buat aiskrim dimalam hari.

Selesai beli barang terus balik rumah,tak larat mama nak merayap lagi dengan anak-anak,tapi alhamdulillah 2,3 hari ni cuaca redup saja tak panas membahang macam sebelum ni. Sampai rumah hajat nak masak sesuatu tu terbantut sebab 1 bahan terlupa beli, malas dah nak suruh en.azmi ke kedai. So kita tidurlah dulu..hahaha sebab takde apa nak buatkan, kata ustaz haslin tidur dibulan puasa itu bagus jika tiada apa nak buat tapi jangan sampai waktu solat pun terbabas,itu waktu cuti kalau waktu kerja jangan nak pi tidoq pulak.

Ahad nak pergi buka puasa rumah ibu, alang-alang mama nak ambil baju kawan-kawan yang siap dijahitkan,berbukalah sekali, ibu ni pandai menjahit menurun bakat dari arwah mak lah ni,mama pun bolehlah sikit-sikit,tapi ibu ni jahit baju kurung dan jubah je,kalau adik dia ni minta jahit dress dia jahit juga,ibu ni tailor yang cerewet..baju fesyen kain belah semua dia taknak buat,katanya takmo dapat saham sama,ok fahamlah mama,mama pun tak kisah.


Juadah iftar dirumah ibu,mama tolong buat soda herbs je dengan Apple crumble, yang mama buat dirumah...seronok dapat berbuka bersama walaupun adik-beradik yang lain tiada, anak-anak lagi gumbira dapat ke rumah ibu sampai tak mahu balik.


Inilah benda yang mama nak buat sabtu tapi tak cukup 1 bahan tu hihihi, ahad tu jadi juga buat,alang-alang pergi rumah ibu bawaklah sekali. Apple crumble yang begitu cantik rupanya, tapi up juga gambar,harap takde yang teeliur ye,kalau terliur marilah rumah mama buatkan hehehe..bajet terror sangat nih. En.azmi lagi ler..siap tanya sedap ke tu? Eheh..ce try dulu..tengok-tengok haa banyak juga dimakannya..sedapp ler tu heheh

Oklah mama nak bersahur pula. Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Wednesday, 15 June 2016

Senang kerja mama

Assalamualaikum...

10 ramadhan dah kita hari ni, pantas waktu berlalu nampaknya. macammana puasa kawan-kawan? tentulah ok kan..heheh takde puasa yang-yang yok lagi dah macam mama kecik-kecik dulu. InshaAllah moga ramadhan ini membawa bersamanya keberkatan buat kita. Cerita ramadhan family kecil mama.

Alhamdulillah..abang adam setakat ini tak pernah tak bangun sahur tapi puasanya tak pernah sampai ke hujung, balik dari sekolah je terus menuju ke dapur mencari air, abang dahaga katanya..hehehe tak pe lah abang, minumlah..risau juga mama nak paksa abang menahan lapar dahaga tu, abang dalam proses belajarkan.

Waktu berbuka..setakat hari ini,mama memasak yang simple-simple je, cuma ramadhan pertama je mama masak daging salai masak lemak, ramadhan kedua mama masak siakap sweet sour, tapi yang makan cuma mama, abang adam tumpang sikit-sikit, en.azmi langsung tak makan.

Al-kisahnya en.azmi tu, kalau bulan puasa memang dia tak makan nasi, nak kata mama tak masak, mama masak je..hehehe, tapi memang cenggitulah tiap-tiap tahun, memang nasi en.azmi tak makan, mama sorang je yang hadap, en.azmi cuma makan kuih je, ate kalau kuih memang mama tak buatlah ye, nak pulak kalau hari kerja, tak sempatlah mama nak menguihnye.

Jadinya setiap petang memang en.azmi akan ke bazar membeli air dan kuih. Bazar yang selalu dituju dekat bukit naga, biasanya setiap petang beli air buah, memang setiap tahun disitulah tempat membeli air,sebab airnya sedap bagi mama dan dah semestinya akan habis diminum oleh anak-anak. Kuih pula ikut selera en.azmi lah nak makan apa, mama kadang-kadang je teringin sebab mama yang sedap tetap nasik. Kuih yang biasa dicari en.azmi adalah kuih-kuih lama lah,selalu dibeli kuih lopes. Anak-anak pula tak kisah nasi dengan ayam goreng pun jalan.

Haa ini mrmudahkan kerja mama lah,tak perlu penat fikir apa juadah untuk berbuka, mama masak seadanya saja, ikut selera tekak sendiri ni senang sikit hihihi, dapat nasi putih, telur goreng dengan cili kicap pun selera sangat dah makan bertambah-tambah.


Tak pun bilis digoreng dengan cili bawang campur kentang, pun bertambah-tambah mama makan,pastu sayur kena adalah sikit itupun untuk mama je,orang lain memang tak layan, apa ada hal taknak makan takpe mama bolot sorang-sorang lagi puashati tak payah share hahahah...jangan ada yang teringin pula tengok ikan bilis mama tu hihihi, tapi takpe srnang  nak dibuat tu kan.

Pagi tadi sahur..mama makan nasi panas dengan pekasam, abg adam makan nestum dan roti, en.azmi dengan oatnye..hmm mama tak layan semua tu pagi-pagi, kena makan nasik juga.

Oklah kena stop dulu,kalau ada typo tu buat-buat fahamlah ye keypad kecik,nak tekan huruf lain tertekan huruf lain, malas dah mama nak betulkan. Terima kasih sudi singgah dan baca sampai jumpa lagi dilain entri.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...