Sunday, 16 October 2016

Cerita hujung minggu

Assalamualaikum...

Hujung minggu settlekan lagi hal-hal berkaitan rumah. Selepas dapat kunci check dulu kerosakan yang mungkin ada, ya ada juga kerosakan yang dapat dikesan, perlu teliti ye sebab kita beli mahalkan jadi kenalah dapat yang boleh memuaskan hati.


Hasil dari semakan, tanda dan ambil gambar kemudian emel kepada pemaju. Alhamdulillah minggu ni kontraktor sudah datang membaiki kerosakan pada rumah jiran yang terlebih dahulu membuat aduan. Kira oklah tu kan cepat juga bertindak, risau juga nanti nak pasang grill, buat kitchen kabinet pemaju ingat kerosakan itu kita yang buat.

Mama minggu ni baru nak survey kedai lampu dan kipas mana yang murah, hasil pertolongan en.google hampir kesemuanya mencadangkan house of lighting di puchong. Semalam pun berjalan-jalan juga dibeberapa buah kedai lampu tapi harga macam tak berbaloi,nampaknya kena ke puchong juga ni nanti...member dah pergi katanya boleh jimat banyak. Kalau kawan-kawan ada cadangan boleh bagitahu mama ye.

Perbincangan untuk kitchen kabinet dah dibuat semalam, ada orang tu semangat pilih warna, yang nak memasaknya mama tapi dia yang semangat, ok takpelah mana tahu dah pilih kaler tu lepas-lepas ni pula terror memasakkan kikiki sape tahu ya tak? Hajat hati mama ni nak pilih pink wakaka, tapi ikutlah pilihan si dia. Tengok gambar-gambar yang ada dengan warna yang dipilih tu cantik juga, ok kita tunggu hasilnya nanti..tak tahu la mama nak tunjuk ke tak ye macam segan pulak.

Jadi hari ini misi kami membeli dapur dan hood dapur. Dari semalam survey tapi harganya tak kena dengan bajet..ye lah kena tengok bajet jugakan. Alhamdulillah hari ini jumpa dapur dan hood yang berpatutan harganya, waaupun jenama biasa-biasa je kira oklah tu kan. Esok bermulalah kerja-kerja membuat kabinet dapur, mama dah minta design macamana yang mama nak tu..tak sabar nak tunggu hasilnya nanti, kata kontraktor dalam 2 minggu siaplah. Cukup dah tu..tinted, grill dan kabinet dapur. Lepas ni lampu kipas pula.

Moga dipermudahkan semuanya.

Wassalam

13 comments:

  1. wahhh seronoknya dapat masuk rumah sendiri, mesti excited kan..
    doakan kami pun ada rezeki nak beli rumah jugak insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok imm, rasa excitednya lain macam hihihi...

      InshaAllah akak doakan pun akan ada rezeki untuk beli rumah sendiri nanti

      Delete
  2. wahhh paling seronok part2 nak memilih design ni kan sis.. masa ni lah nak pilih colour kegemaran masing2.. apa pun pasti hasilnya nti puas hati... excited nak tgk nti..:)

    ReplyDelete
  3. Beruntung dpt developer yg bertanggung-jawab. Received aje complaint terus bertindak.
    Berbaloi kalau beli yg macam ini.

    ReplyDelete
  4. seronok nye, bagos akak buat cmni.

    sya dlu mase beli rumah, xterpikir nak buat cmni. isi defect form tu je. last nye ade 2-3 tempat yang dorg x betol kan. tp minor la..

    tapi yang best nye, dapat je kunci sya teros pasang aircond, so alang2 repair / fix kan sume defect tu, dorang cat balik bekas2 yg pasang aircond tu. yg tu best. sp sekata je cat umah :)

    ReplyDelete
  5. baguslah, cepat2 buat aduan kerosakan. nanti kalau dah duduk risau tak terima pulak aduan tu, kan AA.
    masa akak dulu, contractor beri tempoh dua tahun. apa2 kerosakan mereka tanggung, telefon saja lah, mereka dtg ganti/baiki. skrg ni dah lama, kena tanggung sendiri lah.

    ReplyDelete
  6. xsabar nak tgk pekembangan pasni..wane pink kah?? hehe...

    ReplyDelete
  7. seronok part shopping tu, tak seronoknya duit keluar je.

    ReplyDelete
  8. Nampak sangat keterujaannya nak menyiapkan kediaman baru ni, AA. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat pindah masuk ke rumah baru sebelum tahun baru 2017 ^_^

    Wah, beria-ia si dia tu memilih warna untuk dapur? Jangan-jangan lepas ni mudah kerja di dapur kot ada yang membantu!

    ReplyDelete
  9. Nak pindah rumah baru mmg semangatkan Azra....mmg seboklah nak survey macam macam...Lampu, hood bagai... Rumah mak jugaklah tak berhood sampai sekarang hihi...

    ReplyDelete
  10. Nk masuk umah baru ni excitednya lain mcm...
    Apa2 hal kena tgk bajet hihi
    AA moga dipermudahkn segala urusan

    ReplyDelete
  11. Wah.. mesti tak sabar nk tgk hasilnya kan..
    Semoga dipermudahkan urusan nak masuk umah baru..

    ReplyDelete
  12. selagi tak perbaiki lawyer xlepas baki 5% loan xsilap.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...