Friday, 23 December 2016

Buka mata dan senyumlah

Assalamualaikum...

Minggu ini nampaknya kena drive sendiri pergi kerja, memandangkan en.azmi sudah bertukar kerja dan minggu ini selalu out station, rumah baru pula sedikit jauh untuk ke tempat kerja. terpaksalah mama berpagian merempit dengan anak-anak, sesudah subuh kami sudah keluar, mama hantar anak-anak ke taska kemudian ke tempat kerja.

Alhamdulillah rezeki mama sampai pejabat ruangan parking masih ada kosong, jika tiada kosong terpaksalah mama masuk parking berbayar yang bayarannya rm10 sehari, kalau hari-hari mau semput mama dibuatnya, sebab itulah mama terpaksa keluar awal untuk berebut parking. Permohonan untuk parking bulanan masih belum mendapat jawapan, harapnya tahun depan adalah rezeki mama, takdelah mama perlu keluar awal sangat.




Kali pertama nak parking kereta kat dalam..amik terlanggar mesin basuh, kemek lah mesin itu dibuatnya..hahaha adehh sensor dah menjerit-jerit tapi mama ingat nak langgar dinding, puaslah adjust takut langgar dinding, sekali tercium mesin basuh..kikiki, lupa pula mesin basuh ada diruangna depan tu haa..orang mesin basuh didapur, mama mesin basuh kat depan, belum punya cukup masa untuk kemas rumah betul-betul lagi ni ha, jadi mana yangsempat sajalah dulukan.

Semalam nak senang merempit dan parking mama bawa kancil je, sekali masa nak balik tu enjin tak boleh hidup pulak, jenuh dah buat tak boleh juga, telefon lah en.azmi walaupun tahu dia tak boleh tolong sebab baru on the way dari pulau pinang.Dalam terfikir-fikir tu terus teringat kawan, telefonlah kawan mama yang rumahnya berhampiran ofis, alhamdulillah datanglah kawan mama tu dengan isterinya menolong mama, bila jumper barulah hidup kereta tu, lega dah mama. teruslah balik.

Sekali lagi mama cemas, nak masuk tol alam impian tu, tetiba lampu malam, jam di dashboard pun padam, signal tak berfungsi, cuak jugaklah mama, tapi dalam pada tu tetap tekan minyak, apa-apa hal pun tak mahu kereta mati tengah jalan, tawakal je lah waktu tu dah pukul 7 lebih mujur hari masih ada cerah-cerah sikit, lampu jalan pun dah terpasang, tumpang juga lampu kereta lain, mama redah je la jalan, enjin dah tersengguk-sengguk, masuk raoundabout cabang 5 tu, bertambah cuak sebab kereta agak banyak, dalam hati berdoa "Ya Allah kalau kereta ni nak mati pun biarlah masa dah sampai taska" memberanikan dirilah mama mencelah kereta dekat roundabout tu, sikit lagi nak sampai taska enjin macam nak mati dah, mama terus berdoa, alhamdulillah akhirnya dapat parking tepi taska enjin pun mati.




Sampai taska dah lega dah, terus telefon kakak dan abang ipar minta datang taska. Alhamdulillah sebenarnya sebab ada orang yang berhampiran boleh untuk diminta tolong masa kecemasan, sebelum kakak sampai, tecer taska dan suaminya dan tolong jumperkan lagi kereta tu, kakak dan abg ipar sampai, nak balik tu mama bawa kancil tetiba lampu kembali padam, kata abang ipar bukan masalah bateri sebab en.azmi baru tukar, tetapi alternator tak cas. abang ipar cas lagi sekejap supaya dapat bawa balik, tukar kereta mama bawa keretalah, abg ipar bawa kancil, guna double signal lah, lampu makin lama makin suram, alhamdulillah sampai juga rumah.

Hari ni mama drive lagi, tapi tak bawa kancil dah, kena tengoklah apa rosak sebenarnya tu nanti. anak-anak en.azmi hantar ke taska naik lori, petang ni mama ambillah. Tahun depan mungkin senang sikit dah sebab adrien dan adelya mama hantar dekat jiran sebelah je, cuma yang kena hantar dan ambil dari sekolah cuma abang adam saja sebab abg adam tak dapat tukar sekolah lagi, harapnya tahun depan adalah rezeki untuk bertukar sekolah pula, bukan apa bila anak-anak sekolah dekat dengan rumah lebih mudah, sekolah rendah yang ada tu memang dekat dah dengan rumah, cuma dah penuh pula untuk tahun 2, terpaksalah abg adam bersekolah disekolah lama lagi buat sementara waktu..

InshaAllah...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya kan, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita, jangan bersedih bila diuji, buka mata dan senyumlah kerana langit masih cerah...

Wassalam

11 comments:

  1. dugaan betul ye kak bila kerete meragam tp suami pulak jauh... tp nsb ada kwn2 n saudara yg boleh di minta tlg...

    sian lah mesin basuh tu jd mangsa akak heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dana...sian mesin tu mujur bole guna lagi

      Delete
  2. Tabah betul mama yan ni, kuat pergantungan dgn Allah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa tabahkan hati ni kak walaupun cuak..ye kak tak putus2 berdoa moga Allah bantu

      Delete
  3. Bila suami jauh tu lah yg jadi masalahnya kan Azra. Takut kereta rosak tengah jalan. Nasiblah ada kawan dan sedara mara yg boleh membantu.

    Hihi... tengok mesin basuh tu teringat dulu masa baru pindah mak mertua suruh letak mesin basuh kat luar.
    Bila nak tunjuk rumah baru ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mak bila suami jauh itu la yg difikirkan tp ye lah dah dia kerjakan, nak taknak kita ni kenalah berdikari, ikutkan hati mau je blaja pomen kete sdiri lps nih hahaha.

      Rumah baru kosong lagi ni mak, segan nak tunjuk

      Delete
  4. Ya Allah kesiannya... macam-macam ujian... tapi kira AA beranilah juga.. kalau saya... mesti dah cuak giler... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Allah.. kuat semangat betul akak..
    Mencabar sungguh perjalanan akak setiap pagi..
    Sha doakan semoga semua urusan akak dipermudahkan.. Aamiin..
    Kalau ikut pengalaman (adalah sikit kak) rasanya alternator kereta problem.. tapi kena check gak kat bengkel..

    ReplyDelete
  6. Kalau kereta nk mati enjin, kita pulak sorang2 dlm kete, mmg berdebar2.. Mulut sentiasa berzikir je.. Berdoa je semoga sempat sampai rumah..
    Betul tu, Allah uji ikut kemampuan kita dan Allah x biarkan kita sorang2, dia hantar insan2 baik hati utk tlg kita..
    Semoga diberi pahala atas dugaan yg dilalui..
    Semoga urusan kak lah dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. alahai..dugaan sungguh...
    xpe..superwomen kan !

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...