Assalamualaikum....
Sabtu plan mama untuk berada dimajlis ilmu tak dapat dilaksanakan..kecewa rasanya sebab terpaksa ke pejabat menyediakan slide untuk tuan pengarah yang akan digunakan pada hari isnin. Terpaksa pula ke pejabat dengan anak-anak kerana en.azmi kena memasak dimajlis kenduri.
Menunggu en.azmi balik dari mengisi minyak kereta, dua beradik sempat berperang mulut, hal kecik je pun..yang seorang kata abg yen busuk tak mandi, yang sorang kata yaya tak comey..apalagi perang mulutlah pagi-pagi, adelya mana boleh orang kata dia tak comey teruslah sebak.dan menangis,pagi hari tu riuh rendah dibuatnya, rumah jiran lain masih sunyi. Pukul 1.30 baru mama siap buat slide dan sedikit kerja lain, anak-anak mama biar buat hal sendiri, kalau dilayan tak siap pula kerja mama.
Ahad..mama ajak en.azmi ke rumah makngah untuk ambil telekung, ye lah dah makngah beli takkan nak suruh makngah hantar pulak. Tersesat jalan pula mama ke kg.baru maklumlah dah bertahun tak ke sana, rupanya dah jadi jalan sehala pula, sudahnya tunggu tepi jalan tunggu makdak datang hantar sebab makdak dah sampai dulu rumah makngah jadi kita minta makdak je yang ambilkan.
Sesudah itu kami tuju ke cheras pula untuk jumpa mommy, disamping hantar telekung kata mommy ada barang untuk anak-anak pula. Kami tak ke rumah mommy tapi kami terus ke tadika cahaya ammar, jumpa mommy kat sana je. Lepak kejap kat tadika, ada pula baby amar yang comel dan debab nih.
Tengoklah ammar ni geram betul mama, peha tu kalah.ayam kepsi..hahaha. Tu bebudak tengah bising rilek je ammar tidur,kata umminya dia memang tidur nyenyak bila keadaan bising dan dia tak boleh tidur bila suasana sunyi..masa ni abang-abang tengah bising main tembak-tembak. Ammar ni anak tecer aini, mrngajar kat tadika ni lah, anak sulung tecer aini. Dapat kat mama ni memang sedaplah,rasa nak geget peha gebu tu kikiki.
Semalam mommy whatsapp bagitahu beli barang-barang ni untuk anak-anak mama, bila znak-anak apalagi tak sabarlah nak ke rumah mommy. Mommy beli ni sebab ada jualan murah dekat jaya one p.jaya, mommy beli barang untuk hari graduasi tadika tapi turut beli untuk anak-anak mama juga, alhamdulillah rezeki anak-anak mama pula hari ni.
Rupanya masa sampai tadika tadika tadi bukan itu saja barang yang anak-anak dapat.
Adelya dapat patung barbie, kata mommy murah rm20 je hari ni sebab hari ni last day, jadi harga lagi murah, semalam masih mahal. Adam adrien dapat pistol, bukan main seronoklah mereka bermain pistol tu, sekarang dekat rumah pun dok main pistollah tembak-tembak. Rezeki anak-anak, harapkan mama memang tak beli la nampaknya kot hehehe.
Alhamdulillah...moga terus dimurahkan rezeki makngah dan mommy, juga rezeki adik-beradik mama yang lain, rezeki keluarga dan kawan-kawan semua. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk...bukan sekadar duit... kesihatan,keluarga yang baik,sahabat yang baik, malah ujian itu juga satu rezekikan, tinggal kita saja untuk menilai dan bersyukur.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Setuju, rezeki dtg dlm betbagai bentuk.
ReplyDeleteAlhamdullilah,rezeki anak2 .
ReplyDeleteHihii,macam2 ragam anak2 ya Ilah...Memang lah yaya comel kan :-).
Geramnya tengok baby babam tu...seronok ni kalau dapat gomol .
ingatkan naper duk gaduh rupenye 2 beradik tuh hehehe... abg selalu mmg suke ngusik adik nya kan
ReplyDeletewaaa... mmg murah rezeki, sume dpt sorang satu... lawo lak tu
berkongsi rezki bersama sedara2 tentu tambah luas rezkinya.
ReplyDeletealhamdulillah.murah rezeki.
ReplyDeletealahai adelya manja ye. adelya comel la, dah besar pun dia.
Alhamdulillah..murah rezeki.. gelak2 nengok gelagat abag dan adik tu..pagi2 dah bising erk.. hehe
ReplyDeleteHehehe.. ingatkan bergaduh pasal apa la bdk berdua tu, gaduh pasal x comey rupanya.. adrien saje menyakat ye..muka puas hati da menyakat adik tu.. hehehe.. sabar je la..
ReplyDeleteAlhamdulillah... rezeki anak2 kan..
Semoga murah rezeki mak ngah & mommy diaorg..
Geramnye tgk kaki baby ammar tu..
Gigit sket.. hehe..
Nama tadika cahaya ammar tu sempena nama baby ammar ke?
Bestnya ada ramai adik beradik pompuan yg pemurah ye Azra. Adik beradik lelaki kadang kadang tak pemurah sangat haha...
ReplyDeleteSeronoklah ye bebudak tu...dpt hadiah terpijak
moga murah rezeki. aamiin :)
ReplyDeletekak, peha ammar lebih kurang peha adam, baby sya. hahahahahahaha
Suka lah dorang dapat menan. Ada mattel warehouse clearance. Memang murah. Sempat lah soh husband gi ahad tu.
ReplyDeletehuntonglah dapat mainan. setuju dengan kak yan, rezeki tu berbagai bentukkan. lepas diuji dgn menyiapkan kerja di hari sabtu, terus dapat rezeki sebagai ganjaran atas kesabaran ^_^
ReplyDeleteDebabnya baby, geram tengok! Kalau dapat kat saya pun rasa nak gigit-gigit peha tu ala-ala makan drumstick KFC!
ReplyDeleteBy the way,anak bujang tersado saya si Bubbly Abang dulu ginilah gayanya. Montok aje bodynya ^_^ Rindu saat itu...
Untung AA ada adik beradik yang pemurah. Nampak itu, ini teringat pada anak-anak saudara. Mesti mereka pun sayang pada mak-mak saudara yang ada. Semoga ikatan mesra itu berkekalan sampai bila-bila hendaknya.
Betul tu AA. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk bukannya dalam nilai wang ringgit aje. Cuma adakalanya kita ni sebagai manusia selalu lupa mengucapkan syukur. Mengeluh tu biasa ^_^