Wednesday 9 November 2016

Kedai kawan papa

Assalamualaikum....

Asyik-asyik cerita pasal rumah bosan pula membacanya ya..hehehe. Biar saja soal pindah rumah itu berlaku mengikut ketetapan-Nya, inshaAllah moga segalanya mengikut percaturan yang sudah ditentukan, kita merancang Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang paling baik, so kita follow the flow sambil-sambil buat apa yang patut.

Baru-baru ni en.azmi ajak singgah makan dekat satu kedai, belakang shell alam impian tu, katanya ada kawan kerja sebagai tukang masak disitu, mama dan anak-anak setuju je. Apa yang bagusnya dikedai tu macam-macam ada, dia macam satu restoran tapi ada stall lain yang jual makanan lain, ok jugalah sebab anak mama yang sorang tu tekak western chicken chop tak abis-abis, masa mengandung dulu mama makan western je kan...

Mama masa tu tak lapar tahap gaban sangat jadi nak makan yang biasa-biasa je tak mahu nasi atau makanan berat yang seangkatan dengannya lah, tengok menu teringin nak rasa roti nan chesse..haa ko baru nak merasa, orang lain entah dah berbulu perut makan kikiki... Itu ayat arwah mak mama dulu la, kalau makanan tu selalu dimakan haaa katanya makan sampai berbulu perut...agaknya sebab dah selalu makan kot.

En.azmi order kuew teow kerang, adam adrien chicken chop mama nan chesse dan ayam tandoori. Sekali menu mama sampai anak-anak yang rembat dulu sampai tak cukup pula dibuatnya, en.azmi suruh order lagi tapi mama tak mahu sebab nanti datang chicken chop ada pula yang makan tak habis, memang betul pun mama yang kena habiskan... Hoii mana tak gemuk asyik habiskan makanan anak-anak je, tak makan nanti membazir pulakkan jadi makanlah dengan senang hati,takkan nak makan dalam tangisan pulak ye dak hihihi.

Nan chesse...mama makan sekeping yang lain-lain anak3 abiskan huhuhu


Mama perabis ayam je la memandangkan anak-anak tak berminat dengan.ayam ni


Harap-harap takdela yang terliur ye hihihi...pada hal sendiri yang terliur macam kena repeat je nih, balik kerja semalam...anak-anak bising nak makan kat kedai kawan papa..ok singgahlah demi anak-anak nak makan, dalam hati mama pun riang gumbira juga la sebab boleh makan nan chesse lagi, tapi bukan rezeki kamilah,kedai penuh, parking pun tak de, disebabkan dah lewat dah 9.30malam maka en.azmi malas nak menunggu, esok saja kita pergi katanya. Apalagi bisinglah memasing nak makan kat kedai kawan papa.. diulang-ulang sepanjang jalan, naik bingit telinga dibuatnya.

Singgah makan.di kedai tomyam dekat rumah je, yang sorang tu laju je cakap chicken.chop, yang sorang order nan chesse ahhh sudahhh dua-dua makanan tu memang takde, apalagi muncung itiklah dua-dua. Makanan sampai mama makan..sudahnya minta juga mama suapkan nasi...hehehe oklah anak-anak kadang-kadang apa yang kita nak Allah tak bagi sekarang, mungkin nanti Allah akan bagi, kalau memang takde tu dah tertulis bukan rezeki kitalah kan, harap anak-anak mama faham ye...

InshaAllah ada rezeki mamapapa akan bawa juga anak-anak makan apa yang mereka mahu tu..cuma masanya lah cepat atau lambat bergantung pada rezeki yang Allah bagi juga.

Wassalam

21 comments:

  1. Kalay yg diorder tak ada memang hampa jgn kata anak-anak, kalau kakak pun sama AA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kakzakie, sama juga dengan saya mesti rasa hampa juga

      Delete
  2. naper nampak sedap sgt akak nye nan cheese tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedaplah dana hehehe pestime akk makan haa

      Delete
  3. mmg terliur tengok nan cheese tuu...nak kena cari nnt nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari jangan tak cari, akk pestime makan sedap rupanya kikiki

      Delete
  4. Betulah nan cheese tu nmpk sedap sgt...terasa lamanya dh x mkn AA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kak baru pestime mkn memang sedaplah rasanya hehe

      Delete
  5. sedapnya nan cheese itu. saya few times juga makan nan cheese tapi di setapak je

    ReplyDelete
  6. nan cheese...mmg akak pun suka! mkn pulak dgn kari kambing..fuh!

    ReplyDelete
  7. Selera tgk nan cheese tu.. x penah try lg nan cheese.. blh la try nnt.. hehe..
    Kalau da lapar, mkn juga la kan wp apa yg diaorg nak tu tak dapat.

    ReplyDelete
  8. kalau sedang lapar memang nampak sedapppp sangatt nan cheese tu
    skrg ni semua benda nak di cheese kan AA

    ReplyDelete
  9. Suami saya cukup suka ayam tandoori dan nan cheese ni. Saya pulak bab tandoori memang kurang. Bab apa aje bercheese, memang lebih sikit ^_^

    Kalau makan di luar, memang selera anak-anak yang didahulukan. Kalau kita suka, anak-anak tak suka, payahlah nak menelan makanan nanti!

    ReplyDelete
  10. Mak pun dah lama teringin nak makan Naan cheese ni Azra tp belum kesampaian. Manalah nak cari Naan yg sedap ek?

    Hihi...kelakar pulak tang perut berbulu tu. Tengah bayangkan ni ....

    ReplyDelete
  11. Wah, mkn di kedai kawan papa ni mesti dpt byk diskaun nih, boleh pegi sokmo, haha..
    Budak2 kalo mkn di kedai semuanya sedap, termasukla kita mak2 ni, cer mkn kt umh, jenuh nk suruh makan, ank akk lah tu.

    ReplyDelete
  12. My feveret.. Nan Cheese... Makan nie memang xleh kongsi.. Hahaha..

    ReplyDelete
  13. nan cheese kat sini smpi beratur nak makn..tension jek

    ReplyDelete
  14. Aduhai... selalu gitu la.. kalau order, lps tu tak habis.. saya jugak la tukang habiskan... saya kalau tengok makanan tak habis sedih rasanya...akibatnya saya gak la yg gemuk... huhuhu

    ReplyDelete
  15. kira pun kalau makan luar tekak ni mesti selalu mintak western. tapi kalau western bukan semua tempat ada jenis tempat ada banyak pilihan makanan. suami selalunya tekak melayu sama dengan Uwais hihihi

    ReplyDelete
  16. mesti sedap ni smpai ank2 ajk repeat g mkn situ

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...