Hari tu rumah dah bertinted, lepas tu kononnya sabtu nak pasang grill, jenuhlah menunggu hari sabtu tu tapi orang yang nak pasang grill tu tak nampak pun batang hidungnya. En.azmi call 2,3 kali baru berjawab, katanya tak jadi pasang lagi sebab cat belum kering dah isnin pula katanya. Oklah kita terimalah alasan yang diberi.
Isnin en.azmi sibuk hantar barang ke seromban tak sempat nak follow up, rupanya grill tak berpasang lagi..hadoii dah kenapa pula ni,kalau dah pasang grill tu takdelah risau sangatkan, sebabnya ada jiran kata rumahnya kepala paip dah kena rembat..adoii boleh pula macam tu. rumah jiran tu pun belum bergrill lagi, risau la juga mama ni kan. dalam rumah tu ada la mama letak barang sikit kipas pun ada. kipas tu mama bawa sebab hujung minggu pergi sanakan, lepak-lepak kena ada kipas nanti panas..hehehe
Selasa en.azmi call pun sama, susah sangat nak menjawab panggillan. mujurlah en.sombong tu penyabar orangnya, kalau mama tak tahulah mesti dah kena sumpah jadi grill itu orang hahahah.. sebab tu apa-apa hal yang berkaitan mama minta en.azmi yang uruskan mama ni kurang sikit kesabarannya.Lepas tu bukan nak return call pulak tu, tunggu kita juga yang telefon dah berkali-kali telefon baru jawab, katanya tengah tunggu lori.
Alhamdulillah...selasa dah pasang, rabu en.azmi pergi tengok..
dari jauh nampak lawa, tapi kata en.azmi kalau tengok dekat kerja macam cincai je cat pun tak berapa elok, tahulah mama ambik yang murah je tapi janganlah buat macam tu, buatla elok-elok, murah pun mama bayar jugakan, tapi murah tak murahlah beribu juga nak kena keluar duit.. grill belakang senget kata en.azmi. inilah kita nak menyokong orang sendiri punya bisnes tapi buat nak tak nak pula, tengok hasil kerja si jordan tu lagi bagus maaa. en.azmi kata dia taknak bayar selagi orang tu tak buat balik...kikiki kita tengoklah macammana nanti.
Lupakan pasal grill..ini table top dalam pembikinan..moga-moga hasilnya memuaskan hati. tengok dari gambar yang si zam ni buat nampak cantik, jadi en.azmi pun ambillah dengan dia, setelah berbincang harga semua. harap-harap hasilnya berbaloi dengan harga. buat yang biasa-biasa je sebabnya dapur mama ni comel sangat, kalau masuk barang nanti mesti sempit, teringin nak buat counter bar bagai tapi itulah macam takde ruang pulak nanti, dengan nak letak meja makan lagi, kata en.azmi kita guna meja jepun je la untuk makan..hehehe i follow jerr. Nak diikutkan hasil kerja Sam buat lagi cantik tapi harganya pun sangatttlah cantikk, jadi kita ambil yang kita mampu saja.
Satu lagi yang penting langsir..mama tengah fikir nak beli kain dan hantar jahit atau beli yang dah siap tu, mana lagi berbaloi. Mesti nak kena survey-survey lagi nih..penat rupanya nak pindah rumah sendiri nih heheheh, dengan kerja hari-hari balik lambat, hujung minggu keluar, rasa macam tak cukup rehat pulak mama nih. Takpelah penat sekejap je kan, dalam penat tu tapi sebenarnya teruja habiss hahaha, terujalah nak masuk rumah sendiri kan.
Okeh nanti kita update lagi
Wassalam.
Memang penat nak pindah rumah ni Ilah .Akak yang renovat rumah tempohari pun berbulan juga nak dapat kemas betul2.
ReplyDeleteAkak dapat rasa kan keterujaan Ilah nak pindah rumah baru...rumah sendiri kan.
Sebelum pindah rumah mmg elok pastikkan keperluannya dilengkapi elok2 sbb kalau xbuat la ni sok lusa kena buat juga n kos pun makin meningkat.
ReplyDeletecantik grill tu...tpi klu xseperti yang djanjikan, mmg perlu minta dorg kemas dan btulkan la...
ReplyDeleteItu la kan kak.. kita ni fikir nk tlg sama2 melayu.. biasa la, bila da bnyk tempahan, hasilnya ada la yg x memuaskan, sepatutnya xkira la yg murah ke mahal, kene la buat elok2..
ReplyDeleteCantik corak grill kak lah, ira dlu amik grill menegak, sbb xnk ank2 panjat, hehe.. jauh betul memikir, masa tu kawen pun x lg, baru bertunang. Tp ok la, xdpt anak2 or ank buah memanjat..
Dapur simple2 pn xpe, janji bersih & kemas kan.. betul tu, kita amik ikut kemampuan kita, ada rezeki lain baru la tambah2 mana yg patut..
Mesti semangat nk memasak dgn dapur baru..
Memang penat nk pindah rumah ni, mujur umh baru kak lah dekat nk ulang.. nnt settle pindah rumah, blh la rehat.. hehe..
Upah jahit langsir pun mahal juga kan, kene survey betul2.. beli siap pun ok jgk kalau hrga kain dgn upah dh sama mcm beli, baik beli je.. hehe.. tapi kalau upah, org jahit cantik dan kemas, berbaloi la upahkan.. smga mendapat pilihan yg terbaik..
Haha.. panjang lak komen hr ni...
Yelah... kita dah order dan dok menanti kalau tak ada kata pasti sampai call tak berjawwab. Nak tunggu dia call tak ada. Memang boleh hilang sabar.
ReplyDeletePenat bila nak masuk rumah baru ni.. tapi tulah rasa puas hati bila kita dah tgk hasilnya bila dah duk sendiri... susah jg org but grill tu kan.. buat lah kemas2,next boleh kta syorkan kt org lain plak klu hasil kerja memuaskan... dapur simple2 pun ok.. klu sy bab langsir lbh prefer jahit... :)
ReplyDeletebab langsir kegemaran org perempuan sgt.xsabar tgk langsir tuuu
ReplyDeleteCantik dah tu akak. Lagi seronok masuk rumah baru sendiri nanti.
ReplyDeletegini lah sebahagian peniaga melayu, nk kite menyokong membantu tp tak hargai kepercayaan yg di beri...
ReplyDeletetak sabar nk tunggu hasilnya tuh... msti cun tuh
selamat duduk rumah baru kak...nanti buat doa selamat kat rumah baru??mak irda dulu kalau nak masuk rumah je mesti panggil ustad or org masjid dtv baca doa sikit...rumah baru mesti ada rezeki baru kan..moga akk bahagia selalu dgn keluarga trsayang
ReplyDeletewahhhhhhhhh.. rumah baru ea..
ReplyDeletemujur grill tu belum bayar abis, boleh suruh dia buat cantik2 semula. Saya pun amik org kita utk grill, Alhamdulillah dpt org yg ok dan sgt puas ati.
ReplyDeletemmg penat nak masuk rmh baru, tp itulah yg jd excited! hehee
Ralatlahkan kalau hasilnya tak seperti yang kita inginkan. Dahlah rumah pun bukan senang kita nak dapat beli. Kalau ya pun murah berbanding orang lain, kenalah juga buat sebaik mungkin dan seikhlas hati.
ReplyDeleteDari pembacaan pun dah tahu AA macamana terujanya sekeluarga nak berpindah ke rumah baru@sendiri ^_^
Tulah tu....kadang tu kita nak menyokong org kita tapi biasalah org kita ni agaknya mmg dah keturunan buat keje mesti kurang kemas kot Azra haha....
ReplyDeleteCantiklah grill warna putih Azra...
Dah siap kitchen kabinet nanti jgn lupa tunjuk tau.
tu yg geram dgn org kita ni. kerja mesti cincai je. elok pun klu en.azmi takmo byar selagi tak siap. pada kira baik beli je kak. klu nk upah. upah pun mahal skang. kain lg
ReplyDelete