Assalamualaikum...
Ada seorang budak tu asal bangun pagi je mesti tanya mama " mama hari ni bulan berapa?" "oktober" jawab mama dan hari-hari soalan yang sama je dia tanya "Alaaa..mama ni asyik oktober je" ehhh ye lah dah oktober pun ada 31 hari nak oiii, dah la hari-hari tanya mestilah jawapannya sama "oktober" hehehe..."Lambatnya nak disember".
"kenapa dengan bulan disember?" tanya mama. "disember kan besday yen, nanti yen nak kek robot, mama buat kek robot untuk yen ye" ooo patutlah tak sabar nak tunggu disember, rupanya menghitung hari tak sabar nak tunggu besday dia hehehe macam-macam budak adrien ni tau.
Semalam mama keluarkan 1 beg, baju untuk adelya, baju kakak daeisha yang dah tak muat tu mommy bagi pada adelya buat tukar-tukar untuk pergi taska, memang banyaklah dapat suka sangatlah adelya baju gambar princess. Bagus juga mommy bagi sebab baju adelya pun banyak yang dah tak muat, bukan setakat baju untuk pakai harian baju untuk pakai berjalan-jalan pun ada juga, mama tak kisah orang bagi rembat saja asalkan masih elok.
Masa baring-baring sebelum tidur adrien tanya mama lagi "mama kenapa yaya banyak baju princess?" "mommy yang bagi" jawab mama "kenapa mommy tak bagi baju robot dekat yen?" hehehe yen..kalau badan yen tu besar dah lama mommy bagi baju abang awisy tau, tapi yen halus abang awisy tu besar mana muat. Lepas tu adrien sambung lagi "mama...nanti suruhlah mommy bagi hadiah dekat yen baju robot, besday yen kan bulan disember" hahaha tak habis-habis nak ingatkan orang besday dia kan. oklah mama bagitahu mommy nanti mommy belikan lah tu.
Cemburu lah tu adelya dapat baju banyak..kikiki selalu pesan kat mama tu.. "nanti mama dapat gaji belikan yen ni...ye mama" adalah barang yang adrien nak tu hehehe pandai dah dia ye.. baiklah anak-anak..inshaAllah ada rezeki mama belikan, abang adam pun ada minta hadiah juga tu..inshaAllah ada rezeki besday dua-dua bulan disember mama belikan lah buat hadiah...
Inilah budak yang tak sabar nak.tunggu disember tu...hehehe. Sabar ye adrien sebulan lebih je lagi nak sampai hari yang ditunggu, mama kena fikir kek robot macammana lah yang mama nak buat nanti tu, ini kena buat nih kalau tak ada pula yang merajuk.
Ok lah..slow-slow mama jenguk rumah kawan-kawan ye, kekangan masa sekarang ni.tak begitu mengizinkan untuk mama kerap berkunjung.
Sampai jumpa lagi..wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Ingatkan mamanya yg tak sabar nak tunggu disember, nak pindah rumah sendiri ^_^
ReplyDeleteKisah anak rupanya...
Aolololo...ni dah masuk November sayang...in sha Allah dah tak lama...excited dia ya...
ReplyDeleteTak sabar nak sambut hari lahir yea. Pandainya.
ReplyDeleteKejap je yen disember tu.. pejam celik pejam celik da disember.. tapi jenuh la mama nk jawab soalan yg sama 29 hari lagi.. haha..
ReplyDeleteInshaaAllah, dgn dapur baru nnt, mesti mcm2 idea mama nk buat kek.. semangat.💪💪.
Menghitung hari rupanya hero ni..
ReplyDeleteDulu mamanya menghitung hari nak melahirkan..
Sekarang si hero menghitung hari untuk sambut besday ye :)
Happy Birthday in advance dari auntie ye sayang :D
Menghitung hari, haa..kan makcik dah ternyanyi lagu krisdayanti;)
ReplyDeleteMama yan, payah gak nak buat robot tu, buat robot terbaring je kot, buat robot berdiri camane plak kan.
ingtkn sbb nk tunggu ct sekolah...
ReplyDeleterupenya bday dia... hehehe sebulan lg menanti
ANAK CERDIK TU SENTIASA INGAT TARIKH ISTIMEWANYA..
ReplyDeletePerangai anak ni mmg macam macam ye Azra. Yang tu lain, yang ni lain haha...Tu tak campur sok sok dah besar pulak tu....
ReplyDeleteDari sekarang nampaknya kena google camne nak buat kek bentuk robot ni haha
Petah sangat anak2 sis hihihi bijak.
ReplyDeleteingatkan nk ajak mamanya melancung cuti sekolah..rupanya bday dia..comelnya dia..
ReplyDeletetak lama dah nk masuk disember.
ReplyDeletekejap je pejam celik pejam celik sampai lah tu..
buat mama selamat mendeko kek robot pilihan si anak. hihihi
ooo ingatkan nak ajak g bercuti ke... rupanya besday dia rupanya.. tak lama dah tu kejap je lg nk bulan disember.. kek robot ? waa cmner nak buat tu??
ReplyDeletesamalah anak saya yang no 2 tu pun menunggu juga besday dia. tapi minggu depan nak sambut sama2 kawan tadika. jadi awallah juga buat kek besday dia
ReplyDeletetak sabar nak tunggu birthday ye... so cute!...hihi..kompom dok terbayang2 dah tu robot camna...:)
ReplyDeleteOh...Adrien lah ni yang sebaya dengan anak saya si Adik Cute tu ya?
ReplyDeleteSama aje kekdah perangai mereka ni, AA. Anak saya tu pun sejak 2,3 bulan lepas sibuk bertanya bila harijadinya nak sampai. Suruh dibilang dengan jari. Manalah nak cukup 10 jari mengirakan...
Hopefully dapatlah kek robot impian tu dan sambutan semestinya di rumah baru nikan, AA?
Menghitung hari rupanya dia.. Geng la kita yen.. birthday di hujung tahun..
ReplyDeletetak lama dah nak dis, setiap hari la tu tanya..alolo comel ye
ReplyDeletealoooooo sweetnya abg adrien ni. kira kalau takde idea sgt. kira beli je edible image dekat kedai bakery. tampal lekat atas kek. selesai masalah ekekekek
ReplyDelete