Wednesday, 7 December 2016

Pantas bertindak

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar sudah masuk minggu ketiga mama sekeluarga dirumah sendiri. Banyak lagi yang belum dikemas, maklumlah cuti hujung minggu kena bermesyuarat dan bertaklimat diluar, takde masa yang betul-betul free untuk mama mengemas, masih bersepah disana sini, pelan-pelan kayuhlah. Apatah lagi balik dari sepang kesihatan juga teruji..adelya dan mama sama-sama demam.

Semalam sudah tak tahan terpaksalah mama EL walaupun cuti dibekukan, apa taknya bulan ini tutup banci jadi tak boleh bercuti, semalam ingat nak time off je pagi tu, tapi mata bagai digam-gam je sudahnya mama EL je la, cuba nak rest tapi bila dirumah tak boleh juga nak rehat-rehat dengan adelya yang asyik meragam je tu. Rasa macam perlukan rehat je mama ni sebab berbulan dah rasanya tak dapat rehat yang secukupnya.

Ok moh ler berbalik pada tajuk, dah hampir tiga minggu ni jiran-jiran dok bertanya sampah takde kutip ke? Rumput dipadang permainan pun dah makin tinggi nak bagi anak-anak main pun takut, mama cakaplah perlu call majlis ni untuk bertanya, mama cakap je tapi takdelah call pun. Sekali jiran mama bagitahu dia dah call,bagus mdkl nih, lepas call je terus dia call kontraktor yang bertanggungjawab, lepas tu kontraktor pun call jiran mama, dia kata tiada makluman dari pihak majlis lagi. Tapi bila dah dimaklumkan kontraktor akan mulakan kerja pada hari rabu.

Baguslah mdkl dan kontraktor nih pantas bertindak, takde nak berdolak dalik dan tolak.sana sini macam yang kawan mama kena dengan satu majlis tu, dia pass sana sini pada hal nak tanya pasal kutipan sampah je. Alhamdulillah lega lah kejiranan kami bila soal sampah dan rumput dah selesai.


Pagi-pagi jiran dah hantar gambar kat group whatsapp bagitau kontraktor dah datang potong rumput di taman permainan. Alhamdulillah betul sepertimana yang telah dijanjikan, bolehlah anak-anak bermain ditaman, apa taknya taman dekat dengan rumah tapi dilarang pergi...muncunglah masing-masing, hari ni mesti emak-emak pula yang muncung panggil anak balik tapi tak mahu hehehe, anak-anak mama tunggu hujung minggu la baru dapat main sebab mama kerja balik dah lambat macammana nak main ditaman kan.

Satu lagi yang mama bersyukur, jiran-jiran yang baik dan niat mama berpindah untuk melakukan sesuatu bakal terlaksana inshaAllah, moga Allah permudahkan hal yang satu ini, memang mama dah niat bila pindah, inilah yang akan mama lakukan, jalannya sudah ada tinggal untuk dilaksanakan saja..syukur sangat-sangat.

Wassalam.

10 comments:

  1. Wah apa tu mama yan, sasepen je. Tapi tentulah niat yg baik2 kan cam kenduri masuk rumah, nak join geng marhaban, kan..bukan ahli mesy tingkap ye, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nanti saya update apa bendanya tu kak, tapi yang pasti bukan ahli mesyuarat tingkap hehehe

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Seronok bila dapat kejiranan yang bagus.. kontraktor dan pihak majlis pun bagus.. Memang selesalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sha seronok bila dapat kejiranan yang bagus macam ni

      Delete
  3. Seronoknya dpt jiran yg baik...lega cepat pihak berkenaan bertindak..
    Baru seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak lega sangat dapat jiran-jiran yang baik,

      Delete
  4. Alhamdulilah.. Kalau semua jiran macam ni kan best

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....dah pun tinggal rumah baru.Bertuahlah dapat jiran2 yang baik.Bertuah juga dapat rumah yang dekat dengan taman,senang anak2 bermain.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Syukur dpt jiran2 yg baik..
    Bagus kontraktor kat situ, cepat bertindak..
    Semoga dipermudahkan segala urusan apa yg nk dibuat tu..

    ReplyDelete
  7. Aik Mdkl? Akak beli rumah kawasan mana ni? Sy ingat beli klang r shah alam.. alhamdulillah, lega dpt persekitaran yang baik dan mesra ... Rasa selamat gitu..

    Sukala budak bertiga tu ye.. dpt main taman selalu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...