Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts

Tuesday, 9 June 2020

Projek PKP, PKPB & PKPP

Assalamualaikum...

Dah lama berangan nak buat sikit-sikit rumah tu,tapi memandangkan bajet tak berapa nak hado kita diam² dulu la. Tapi sejak maktam cakap nak buat majlis bertunang dan inshaaAllah majlis nikah pun dekat rumah mama jadi mama dan en.azmi pun berbincang semula buatlah ubahsuai sikit² mana tahu ada rezeki buat kenduri maktam nantikan, rumah dah kemas sikit.

Rancangan asal nak buat majlis tunang masa cuti hari raya tapi pkp dan tak dibenarkan buat majlis,kita tangguhkan dululah.jadi kita teruskan dengan projek kita,buat perancangan terus pergi beli barang, mujurlah kedai hardware buka. Projek ni gerak hujung minggu je sebab yang membuatnya abah(abg ipar) dan en.azmi je, hari ahad je dua² cuti, tapinya gigih la dorang membuatnya, mama ni legalah sikit sebab abg ipar pandai buat kalau upah kontraktor mahal juga tu walaupun yang nak buat tu sikit je.


Hasil 3 hari membuatnya,alhamdulillah naik bata dah siap tunggu bumbung je lagi, bumbung tu guna awning je macam jiran sebelah² je, tu pun upah jiran juga buat,untung ada jiran² yang pandai. Tak besar pun ruang belakang ni mama nak buat tempat laundry je, tapi 2 orang biras tu berbincang lain pulak,abah bg cadangan en.azmi pun setuju,hmm mama dengar je cadangan masing², macam ok juga dah alang² tengah buat keje tu..teruskan je la dengan projek seterusnya, apa projek tu kena tunggulah dulu, minggu ni tak pun minggu depan mula projek baru, bergantung pada masa abah kadang² hujung minggu abag out station.


Besar ni je ruangnya muatlah untuk mesin basuh dan tempat sidai baju. Cukuplah ni untuk mama dah syukur dah bila basuh kain malam² boleh terus sidai takde la kena keluar rumah lagi kalau nak sidai kain,walaupun biasanya en.azmi yang sidai kain pagi² sebelum pergi kerja hehehe...

Itu je lah projeknya bukan projek besar pun,tapi dah cukup bahagia dah mama ni.

Wassalam

Sunday, 20 August 2017

Bertukang lagi

Assalamualaikum...

Semalam seharian mengemas..fuhhh mencabar kesabaran betul, mujur en.azmi balik kerja dia tolong mengemas sama-sama dan en.azmilah yang terlebih-lebih mengemas  lepas tu sebab en.azmi memang rajin bab mengemas nih, habis segala habuk segala ceruk dia bersihkan, mama lepas tu layan bersin je la tak tahan betul dengan habuk

Hari ni bertukang lagi, upgrade kerusi yang dibuat sebelum nih hehehe... Buat sesuka hati je lah kan.


Semangat anak dara sorang ni nak tolong papa memaku kayu. Tapi jenuh menunggu tak masuk-masuk pakunya tu.

Ye lah...ye lah mama tahu mesti tertunggu-tunggu kerusi mama yang nan hado tu kan hehehe..mama nak tunjuklah ni.


Ini je lah hasilnya..macam sesuai untuk anak-anak je sebab kerusinya takdelah tinggi mana pun, tapi kalau mama duduk ok je pun selesa juga. Dah selesailah kerja-kerja menukang. Oh ada lagi petak bunga untuk mama. Dia nak letak di tadikanya, dah siap sikit minggu depan bolehlah siap tu. Lengkap dah ruang tamu dengan kerusi dan meja, kata en.azmi macam penuh pulak ruang, biasalah tu kan dah letak barang tapi takdelah penuh mana, ruang menonton mama tak letak apa-apa lagi, lepas ni kita fikir nak buat apa diruang menonton pula.

Oklah perlu pastikan anak-anak tidur pula esok dah sekolah.

Wassalam

Saturday, 19 August 2017

Mengemas

Assalamualaikum...

Hari ni kita operasi mengemas rumah sambil berperang. Berperang dengan siapa lagi dengan anak-anaklah. Letih mama tengok almari masing-masing, selama ni mama lipat baju dah siap je mama suruh masing-masing simpan sendiri dalam almari. Hari ni mama buka almari urut dada je lah mama...makanya tak boleh nak pejam mata dah...mulut dengan tangan yang buat kerja sama naiklah hahaha...


Tenangkan diri sebentar dengan kesegaran pudina, ehemmm takdelah tenang pun cuma berusaha tenangkan diri sekejap sebelum sambung kerja mengemas. Daun pudina ni petik je dipasu mama ada la mama sepasu pokok pudina yang diberi oleh bos. Ada tengok petua kalau nak bau dalam rumah segar gunakan daun pudina yang direndamkan didalam air, jadi mama cuba sajalahkan, lepas ni bancuh teh o kita letakkan juga daun pudina. Banyak juga khasiat daun pudina yang mama baca, tapi bila dicium terasa macam ubat gigi pula hehehe...

Eh tak payahlah mama tunjuk rumah mama yang macam kapal karam ni cukuplah tunjuk daun pudina tu moga-moga dapat  memberi kesegaran juga pada yang melihatnya tu.. Oklah nak sambung mengemas pula sebab ada tangan-tangan kecil yang dah mula nak buat sepah semula tu...haishhhh tak makan saman betullah masing-masing.

Wassalam

Monday, 22 May 2017

Coffe table

Assalamualaikum...

Cuti dua hari tak kemana pun kami. En.azmi ada bawa balik kayu palet yang tak digunakan lagi. apalagi banyaklah dapat idea apa yang hendak dibuat. berfikirlah mama nak buat apa. sebelum ni rumah memang takde meja kopi ingat nak belilah sempena raya sebab nanti nak letak mana pulak kuih rayanyakan bila tetamu bertandang.

Jadi semalam teringinlah nak buat sesuatu, tapi gergaji pula tiada nak pinjam dengan jiran malu pula sebab mesti nak guna lama, teruslah whatsapp ibi, tanya rumah dia ada gergaji tak? kata ibu ada..tapi diorang yang tiada dirumah..shopping baju raya di Banting, kata ibu lagi kalau nak ambil gergaji, kunci dia tinggal tempat biasa, kunci stor pun ada. apalagi bergegaslah kami ke rumah ibu..hehehe semangatkan. sekejap je 5 minit je ke rumah ibu, ambil kunci tempat biasa terus buka stor ambil gergaji.

Sampai rumah teruslah beroperasi, mula-mula kami buat rak untuk letak botol garam kunyit, buat simple-simple je la janji ada. kemudian buat meja kopi pula, jimat dah belanja tak perlu keluar duit untuk beli lagi. duit tu boleh digunakan untuk buat benda lain pula kan. siap rak garam kunyit. buat meja kopi pula. kali ini bukan mama yang gergajilah sebab en.azmi ada kita serahkan pada yang pakar, mama cuma bagi arahan je apa yang nak dibuat, bagi idea la...heheh. buat kerja sambil berperang dengan anak-anak, sempatlah kaki adelya dihempap kayu..hmmm itulah tak reti duduk diamkan. mujurlah tak teruk sebab lepas tu dah boleh berlari main di taman.



Inilah dia coffe table mama, simple-simple je, nanti nak tambah sikit lagi bawah tu, buat tempat untuk letak-letak barang, tunjuk dekat adik-beradik teruslah mommy pun berkenan nak jugak, en.azmi kata kalau nak boleh tapi bayarlah hahaha... Banyak lagi benda yang hendak kami buat, moga-moga menjadilah apa yang hendak dibuat tu nanti. Nanti nak buat meja kerusi untuk ruang santai dekat ruang parking pulak. ruang santai sambil tengok taman bunga mini mama..ecehhh kemain berangankan, InshaAllah...bendanya ada cuma tinggal nak buat sajakan. buatlah sikit-sikitkan.

Petang kononnya nak sambung buat lagi kerja-kerja menukang ni, en.azmi tengah tidur laju je adrien kejut

" cepat papa bangun kita nak buat meja karipap dengan meja donut pulak" terus mama dengan abang adam gelak hahahah...

"apa la yen ni nak buat meja karipap dengan donut pulak" kata abang adam.

Ye lah dah ada meja kopi katanya mestilah nak ada meja karipap donut pulak..hahaha

hailaaa kalau semua jenis kuih nak ada meja, penuhlah rumah kita dengan meja yen oiii...hahaha budak sorang ni memang tau ada je akal dia kan.

Lepas ni nak buat apa pulak ? tunggguu

Wassalam

Sunday, 14 May 2017

Taman cinta kita

Assalamualaikum...

Cuti-cuti ni marilah kita berkebun. Bunga-bunga yang sudah dibeli haritu masih dalam polibeg. Lama juga tu dibiarkan jadi cuti ni en.azmi pun tak kerja eloklah dipindahkan ke dalam pasu, cantikkan sedikit rumah untuk menyambut ramadhan yang bakal menjelma. Minggu depan kita bersihkan dalam rumah pula.


Mengisi tanah dalam pasu. Guna pasu plastik je yang dibeli rm2 sepasu oklah tu kan. Tanah campur 7beg rm10. Senanglah mama sebab nursery bunga dekat, jalan pusing-pusing nak pilih bunga mana berkenan dihati, ada yang berkenan tapi macam susah nak jaga pula kikiki mama bukan rajin sangat kalau boleh nak tanam-tanam lepas tu pandai-pandailah kau hidup sendiri heheh. Tapi takpe en.azmi rajin siram-siram bunga. Inipun mama tengok je anak-beranak tu buat keje, pastu mama tolonglah jugak pindahkan bunga masuk pasu hehehe kot jadi pemerhati je ada yang kena petir dengan en.azmi pulak ngeh.


Rajin dua beranak nih lepas isi tanah dalam pasu, cabut rumput pula. Taman sekangkang adam bolehlah kan, kalau berkangkang-kangkang mahu terkankang nak cabut dengan tangan saja. Waktu ni dah mula panas mama takdelah ikut serta, memerhati sambil berteduh saja hehehe lagipun ruangnya kecik, kalau mama masuk sekali hmmm... Ranap la pokok bunga itu dipijak gergasi. Tapi yang sebenarnya pun pagar itu boleh diangkat dan diubah ketepi dulu bole je nak tolong-tolong cabut rumput yang ditepi tapi dasar pemalas dan konon tak.mahu berpanas mama duduk ditepi saja.


Buat sementara ni, ini je lah rupanya "taman cinta" kita ni. Mulanya hanya ada morning glory tapikan bunga itu hanya berbunga diwaktu pagi, berserilah taman mama pagi-pagi, bila petang tak berseri lagi, jadi haruslah ditambah dengan bungaan yang kembang hingga ke petang, itu yang tambah sepokok dua lagi. Yang berbunga merah ditepi pagar tu, tak tahu apa namanya main beli saja nanti bolehlah dibelit dekat pagar tu bila membesar. Pokok berdaun hijau yang dua pasu tu pilihan adrien..hamboihhh dia teringin juga ye. Abg adam pula suruh membeli pokok durian hahaha..boleh difikirkan.

Ada yang kata tanam pokok sayur lagi bagus...betul tu mama setuju. Pokok sayur macam ciki, serai kunyit, daun kari tu pun bagus jika ditanam sebab dapat jimatkan duit sikitkan. Itupun dalam perancangan juga akan ditanam,tapi akan diletak di bahagian belakang rumah. En.azmi dah plan pun..seronok ada orang yang sama-sama suka buat apa yang kita pun suka. Pokok bunga pun penting juga untuk mencantikkan kawasan rumah, pokok sayuran pun penting untuk kegunaan kita, jadi kita buat dua-dua.

Teringat pada arwah mak dan.ayah mama, dulu dua-dua pun suka tanam bunga, penuh bunga keliling rumah. Duduk rumah felda pulak tu luas tanahnya macam-macam bunga boleh tanam seronok sangat, ingat lagi pokok bougenvilla atau bunga kertas yang arwah ayah tanam, besar dan tinggi sampai ke tingkap bilik mama, cantik sangat... Rumah kayu tingkap kayu yang ada 2 bahagian tu..pagi-pagi buka tingkap nampak bunga kertas yang sedang berbunga banyak...matahari pula tengah naik..subhanallah segar je rasa.

Bukan setakat tanam bunga ada juga tanam pokok sayuran, banyak juga sayuran yang ditanam, memang bestlah..mama juga turut tanam pokok tembikai. Sekarang pun masih banyak pokok buah yang ada. Pokok cempedak..ini memang sedap buahnya tapi kadang tak sempat rasa sebab ada orang ambil, takpelah kita anggap sedekah saja pada yang mengambilnya. Pokok manggis,buah salak, bunga kantan,buah rambutan, jering ,rambai. Pokok bunga dah takde...dulu takdelah mama ambil sebab duduk flat nak letak mana pulak bunga-bunga tu kan...aishhh teringat citer dulu-dulu pulak...seronok petang-petang mak dan ayah berborak sambil ayah menyiram bunga...cinta mereka hingga ke dalam syurga inshaAllah...mak pergi dulu kemudian sebulan lepas tu ayah pulak menyusul. Oklah takmo sedih-sedih...mama nak jenguk bunga lak

Bungaan yang sedang mekar ditaman cinta kita...ecehhhh

Ok lah...mahu sambung kerja pula, triple A sudah bermain bersama kawan ditaman sana, rumah dekat taman seronoklah mereka, mama pun senang nak jenguk. Ok kain baju dah siap dibasuh nak disidai pula, sekejap lagi en.azmi balik.dari membeli lauk mama nak memasak pula, semalam dah cuti memasak, hari ini kena fikir menu untuk dimasak pula, kadang buntu juga bila fikir apa hendak.dimasakkan, takpe sambil sidai kain mama fikirlah apa yang nak.dimasak nanti.

Wassalam

Monday, 7 November 2016

Baiti Jannati - plan bertukar

Assalamualaikum...

Perancangan untuk masuk rumah terpaksa berubah dan diawalkan.. Sekarang ni mama rasa kalut sangat, semua benda rasa nak buat dengan tak boleh nak cutinya, buat keje untuk berpindah hanya pada hujung minggu sahaja. Letih tu jangan cakaplah kan, Allah je yang tahu, tapi apa nak buat semua pun penting, kerja penting pindah rumah pun penting..huhuhu. Sebab di awalkan pindah, hujung bulan mama sibuk dengan urusan kerja, ada mesyuarat dan taklimat diluar pula.

Minggu sebelum ini paksa adik-beradik mama tolong pasangkan kipas dan lampu..hehehe mujur adik ipar free hari ahad tu,pakat berkumpulah semua dirumah mama menengok mereka memasang lampu siap berkelah bagai, bukannya apa...memaksa kakak mama masakan nasi lemak, ibu nak taknak je buat tapi disebabkan adik-adiknya ini dah kempunan nak makan nasi lemaknya, terpaksalah ibu buat juga, mama bawa benda paling senang tapi mencabar nak membuatnya...haaa rebus telur kikiki susah tu sebab tak tahu dah masak betul ke belum.

Pakat-pakat kongsi bawa juadah, makan membawa ke malam


Alhamdulillah settle sudah bab lampu, kipas pun cuma ada diruang tamu sahaja, tunggu bajet lain pulak untuk tambah lagi kipas, takpelah pelan-pelan kayuh yang asalkan yang penting-penting semua dah ada.

Weekend baru ni pulak, ajak family en.azmi pula datang untuk mengecat rumah, bagi adillah kan ajak kedua-dua belah keluarga untuk sama-sama merasai kegembiraan kami...ecehh sangatkan, pada hal nak mendera orang kikiki, kebetulan weekend ni adik ipar dikampung nak pergi interview di kuantan tak dapatlah mereka sertai kami, cuma adik en.azmi Encik kental bersama isteri dan anak-anaknya yang sertai kami mengecat, jadinya hari itu mama tolong tengok sajalah hehehe..


Anak-anak seronok bermain bersama-sama sepupu mereka

Ahadnya memang tiada siapa lagi yang menolong, gigihlah suami isteri ini mengecat sambil bergaduh dengan anak-anak, apa taknya mereka berebut nak pegang berus cat..aduhaiii sabar je lah hati..sabar sabar jugak tapi mulut mama nih memang tak reti diamlah...itu jangan ini jangan, yang en.azmi dah cat kering datang pula adelya menambah cat, dah jadi bertompok-tompok..hehehe sabar je lah kan, jenuh juga nak mengecat bilik sebab dua-dua bilik tengah tu tinggi, jadi kami buat keputusan tidaklah cat sampai atas, jenuh pulak nak mendongak, ada yang terkehel leher pulak nanti.


Tengok.adelya tu, sukalah biliknya pink..sampai tenggelam.dah adelya baju dengan cat sama warna je

Buat keputusan kita bikin corak sajalah diatas tu, buat bentuk awan ke atau apa-apa sajalah, sudahnya buat garis lurus je untuk bilik si anak bujang, bilik si anak dara belum putuskan lagi sambung pula weekend nih, cadangnya sabtu habiskan mengecat, ahad pula nak mencuci rumah, next week bolehlah masuk...baik punya perancangan diharapkan berjalan lancar seperti yang dirancang, masa  dah makin suntuk...haaa ada sapa-sapa yang sudi nak tolong cuci rumah tak? hehehe, nampak seperti ada juga yang mama nak dera nih, mari kita tengok siapa yang kena nanti..hehehe

Oklah stop dulu, nak sambung kerja pula.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...