Sunday, 25 December 2016

Abang dah besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini umur abang meningkat setahun lagi. Sekejap je abg dah besar. Masih segar diingatan mama ni saat menanti abg dilahirkan. 25 disember 2009 jumaat petang abg selamat dilahirkan secara vaacum..pengalaman pertamakan. Lepas abg dilahirkan mama pitam dan tidur dalam labour room tu sampai ke malam, lepas sedar tu mama minta nak masuk bilik sebab adik beradik dah tunggu lama. Pagi esoknya baru mama dapat tengok abang betul-betul.

Sejak akhir-akhir ni kadang-kadang mama rasa abg dah besar sangat, abg dah belajar bancuh air milo sendiri, dah boleh tolong mama basuh pinggan, boleh juga tolong mama potong sayur. Mama bangga dengan abg walaupun mama tak minta abg tolong, abg yang minta nak tolong mama,siap minta mama ajar abg memasak. Kita belajar satu-satu ye abg. Mama akan ajar abg buat keje rumah juga. Rumah dulu dapur tak elok sebab tu mama tak bagi abg tolong. Sekarang bolehlah mama ajar.


Abg pun dah boleh tolong mama lipat kain nampaknya tu. Cara abg buat, abg minta mama lipat dulu, kemudian baru abg buat, suka mama tengok abg dah boleh diharap. Pagi tu mama biar abg pergi kedai dengan adrien beli roti, mama tunggu dalam kereta, mama tengok abg boleh jaga adik, nak langkah longkang dan lintas jalan abg pegang tangan adik, beli barang pun dah boleh tu.

Hasil lipatan baju abang..oklah tu baru belajarkan, lama-lama nanti mesti lagi kemaskan

Walaupun macam tu kadang ada juga kerenah lain, biasalah adik beradik kadang bergaduh jugakan. Tak apalah masa kecil ni memang macam tu lah kan, kadang keluar suara jantan mama ni..hehehe. Bila anak-anak dah besar nanti dan dah buat hal sendiri mesti makin sunyi rumahkan. Buat masa ni layan sajalah kerenah mereka.

Abang..moga adam dapat menjadi imam satu hari nanti, cemerlang didunia dan akhirat. Jadi abg yang dapat melindungi dan membimbing adik-adik.

Wassalam

11 comments:

  1. Alhamdulillah..amin..amin..amin...syukur sangat bla mana anak lelaki terutamanya ringan tulang dan rendah hati mahu membantu dan ambil tahu urusan rumah..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, nape plak akk yg sayu ni...
    Alhamdulillah, bagus abang, bangga mama tu.
    Si umar zikri tu manja, sendiri memanjakan diri, dia tau dia bongsu kot.

    ReplyDelete
  3. BAGUS ABANG RAJIN MEMBANTU MAMANYA...

    ReplyDelete
  4. Happy birthday adam.. moga membesar jadi anak yang membanggakan mama dan juga menjadi contoh yg baik buat adik adik.

    Legala bila Adam dh pandai tolong sedikit sebanyak ya..

    ReplyDelete
  5. Barakallahufiq Abang Adam... moga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh yang sentiasa berbakti pada kedua ibu bapa... insyaAllah, Amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Aamiin.. Aamiin..
    Semoga abang membesar menjadi manusia yang Soleh dan sihat selalu..
    Seronok bila tengok anak2 mau menolong tanpa disuruh..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Rajin abg.
    Kena selalu tolong ibu bapa.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Abg da boleh diharap..
    Senang la mama lps ni, ada penolong..
    Happy birthday abg.. Semoga menjadi ank yg soleh, cemerlang dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  9. Kikiki.. ada jugak ke suara jantan tu? Cer test bersuara sikit.

    Happy Bezday Adam....moga Adam menjadi anak soleh dan menjadi kebanggaan ibu ayah.

    Rajinnya Adam tolong mama. Mmg dah boleh diharap sangat ni.

    ReplyDelete
  10. aamin..
    in shaa Allah..smoga doa ibu utk ank ini dimakbulkan..
    syukur adam anak y baik...

    ReplyDelete
  11. alahai. rajin nyer abg.
    untung nyer lah.
    anak2 dara aida pun lom lg aida ajar lipat baju.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...