Thursday, 30 July 2015

comel sangat anak-anak mama ni tau

Assalamualaikum....

Dalam minggu ni..memang kerenah anak-anak mama ni boleh bikin mama pening, ada saja yang mereka buat,sepahkan mainan,bising bermain,menjerit-jerit samapi satu taman boleh dengar agaknya suara anak-anak mama tu. tapi mama diamkan saja sebab berpuasa jadi suara mama pun malas je nak keluar,jadi papa lah yang amik alih tugas mama tu...hehehe

"Abang..papa baru je kemas rumah,sapu sampah,mop lantai..sekarang abang dah buat sepah, dan yen pulak dah tumpahkan air..." nah itu dia papa dah menyinga..mama tadah telinga je,anak-anak biasalah macam tu kan...sesekali begitu,bukan selalu.

Ada suatu petang mama memasak di dapur adelya datang dimuka pintu dapur
"mama..yeyen anjat ete (mama..yeyen panjat kereta) " kata adelya, mama jenguk keluar, hmmm.. dah macam spiderman adrien merangkak kat bahagian cermin depan, adoi la anak-anak,macam-macam peel kamu ye..pagi nak pergi keje, papa cakap "hmmm...penuh kesan tangan kat cermin depan nih" "tangan siapa lagi kalau bukan adrien" jawab mama

Malam tadi, sebelum tidur mama berbual-bual dengan anak-anak didalam bilik,menegur apa yang telah mereka buat, sekali abang adam bangun " abang nak pegi minta maaf dengan papa lah" terus buka pintu bilik dan turun ke bawah jumpa papa..
"abang buat apa jumpa papa?" "abang salam dan minta maaf dengan papa" "pastu papa cakap apa?" "papa cakap jangan nakal-nakal"

"yen pun nak minta maaf dengan papa" terus adrien bangun turun ke bawah,seketika kemudian muncul di bilik.
"yen cakap apa dengan papa?" "yen cakap papa jangan garang-garang,jangan jahat-jahat, papa kena baik-baik je..kalau papa baik-baik nanti yen bagi hadiah" hahahaha....tak tahan mama nak ketawa dengar adrien berkata-kata, ada sambungan lagi lepas tu " yen nak bagi hadiah dekat mama,dekat baby dekat papa je, dekat abang yen tanak bagi" " kenapa taknak bagi pula?" " sebab abang tanak sayang yen" hehehe..ooo kecik hati la tu,tadi adrien nak peluk dan sayang abang sebelum tidur abang taknak, ada-ada saja adrien nih.

"hadiah apa nak bagi kat papa tu?" saja mama bertanya.
"mama belikan mainan robot,nanti bagi la dekat papa" hamboihh pandai memasing ye, nak bagi hadiah robot,macam la papa nak robot tu, ini mesti nak untuk diri sendiri ni...bijak sangat budak berdua ni...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Monday, 27 July 2015

puasa dan beraya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini sudah hari ketiga mama mengganti puasa yang telah mama tinggalkan, baru terhegeh-hegeh nak mengganti, pada hal mama patut bermula dari awal lagikan, sebab banyak juga puasa yang mama kena ganti,lantaran hormon yang belum stabil semasa ramadhan hari tu,ini disebabkan pemasangan implan hari tu la, kesannya period mama tidak stabil. Tapi tak apalah sebab sudah 2 tahun mama berpuasa penuh kali ini ganti lebih sikitkan.

Mama cuba untuk habiskan awal-awal, ye lah nanti kalau tak buat awal-awal hujung-hujung dekat nak ramadhan pulak baru teringat nak ganti, itupun kalau sempat sampai ke ramadhan akan datang kalau tak sempat??? lagilah susahkan,lebih baik ganti awal selagi umur masih ada ni,doakan mama ye..hehehe, mama pernah kata puasa dibulan bukan bulan ramadhan agak mencabar sebab tengok orang sekeliling makan..huhuhu kata buah hati mama : biar akal menguasai nafsu,jangan nafsu menguasai akal..wah gituuu


Buah hati bantu mama memasak untuk berbuka semalam, daging goreng kunyit..masak dengan sebelah tangan memegang sudip,sebelah tangan lagi mendukung adelya..syabasss my luv..hehehe
ini belum siap lagi,masih dalam kuali dagingnye tu..waktu berbuka makan sama-sama,kata buah hati mama dia pun berpuasa juga...ehhh ye ke ni?alhamdulillah...

malamnya beraya ke rumah jiran...

mama makan kuih-kuih je sebab perut dah penuh bedal nasi masa berbuka tadi sampai bertambah-tambah sedap sangat makan daging goreng kunyit tu..hahaha

anak-anak mama orang pegi raya nak makan,mereka bermain,berlari-lari di jalan,adoiii la... adrien sampai luka tangan sebab jatuh,nasiblah anak..mama biarkan sahaja,bukan selalu mereka bebas macam tu. adelya pun tak nak kalah,dah tak mahu duduk makan dengan mama,dia pun nak berlari ke jalan juga,tapi memang tak dapatlah kan,kecil lagi,risau mama nak lepas. dah tak bagi main dia pegi main tong air pulak,nak isi air sendiri,jenuh juga mama bekejar, sudahnya 2 cawan juga air tertumpah, sabar je lah mama ni tau, dapat jugalah upah dari mama...hmmm kenalah juga walaupun masih kecil,agar adelya faham..apa yang dibuat itu salah.

sudahnya..tak sempat nak join meeting untuk kenduri,mama bawa anak-anak balik,adelya dah mengamuk nak tidur. tak apalah buah hati ada sebagai wakil meeting.


bergambar bersama jiran tetangga, siap berposing..moh ler kita balik anak-anak. Sampai rumah je semua pakat mengadu dekat mama..."kaki abang sakit dekat sini" "tangan yen sakit"...nah macam-macamlah yang mama kena dengar segala aduan...itulah mama ajak beraya untuk makan,bukan untuk bermain...hmmm tapi itulah anak-anak kan...dalam melayan segala kerenah tu,mama selitkan juga nasiaht untuk mereka,moga-moga mereka dengar dan hadam.

wahh..hari-hari ada je cerita mama ye...hehehe semasa masih ingat ni mama update la, nanti dah lepas syawal,hilang pulak mood nak cerita pasal raya...untuk tatapan anak-anak suatu hari nanti.

Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam.

Sunday, 26 July 2015

open house

Assalamualaikum...

Bulan syawal ni,asal hujung minggu je periuk kuali kita gantunglah kan..hehehe kebetulan minggu ni ada jemputan beraya,jadi mama ambil kesempatan tidak memasaklah.

Hari sabtu..beraya di rumah sahabat mama,sahabat satu sekolah dan satu kelas sejak dari tadika lagi...huhuhu banyak memori antara kami, tapi untuk kali ini mama taknak cerita memori daun pisang kami tu, mama cerita pergi beraya rumah sahabat mama je.

Rumah sahabat mama di pulau Indah, seronok kawasan rumah sahabat mama ni,halaman yang luas dan lapang,seronok anak-anak bermain dan berlari.



tengoklah tu luaskan halamanya, kami siap berbincang untuk buat makan-makan disini nanti...hehehe sebelah tu pulak ada homestay,pantai pun tidak jauh dari sini. Anak-anak dikejauhan tu entah apa yang mereka buat berlarian melihat pokok-pokok yang menghijau, bersama kawan-kawan ada saja yang mereka lakukan,cepat sahaja mesra budak-budak nih.


seronok nak bergambar bersama,abang adam dan adrien tu tak habis-habislah dengan gaya superhero.

 
Adelya pun semangat nak memanjat bersama kawan-kawan lain,mama nak angkat tidak mahu,hendak panjat sendiri, hai la..tak padan dengan berdress nak memanjat juga dia.


Mak-mak pun sibuk juga nak bergambar...hehehe layankan aje lah ye.

Lepas beraya dipulau indah, kami teruskan perjalanan ke rumah kakak mama pula,kakak mama pun buat open house juga. semestinya mama tak sabar bak makan lontong hasil masakan kakak mama tu, yang memang kami adik beradik tunggu-tunggu setiap kali raya..lontong terpaling sedap hehehe, bagi kami adik-beradik la


Adelya dah pandai berkawan..bersama dua pupu bermain..memang seronoklah anak-anak dekat rumah ibu ni,bermain sahaja tak ingat nak makan. mama lepak sampai malam,siap anak-anak mandi bertukar baju tidur barulah balik ke rumah, bukan apa kebetulan sepupu dari bangi pun datang, itu yang lama tu,bersembang punya pasal,almaklum lah lama tak berjumpa.

Ahad...menghadiri jemputan mak cik, emak saudara buah hati di taman melawati..

Sedap sangat makan nasi tomato,mama makan bertambah-tambah,ayam masak merah nye tu memang mabelles sangatlah..lepas tu mama bedal pulak mee kari, dah la minggu lepas masa berpuasa terasa-rasa nak makan mee kari,sekali dapat makan masa kat rumah makcik shima..hmmm memang sedap sangat,siap mama bungkus bawa balik hehehe...

Dirumah makcik,kami berkumpul bersama sepupu-sepupu sebelah buah hati mama, alhamdulillah mereka semua sporting,jadi tidaklah kekok mama dibuatnya,semua ramah jadi ngamlah tu,mama pun becoklah jadinya...hehehe..mak abah mentua tak dapat datang sebab mereka ke rumah pakcu di kuantan,jika mereka tak ke kuantan pasti mereka juga datang berkumpul disini...



Saja mama letak 2 gambar ni,sama tapi tak serupa, abg adam takde pada gambar pertama, abang adam ni memang susah nak disuruh bergambar. satu lagi peel abang adam nih,kalau pergi rumah orang mesti tidak mahu masuk dalam rumah nak main kat luar je, lepas tu bila orang nak balik barulah dia kalut lapar,nak makan..geram je mama dibuatnya.

sebahagian sepupu buah hati mama,ada lagi yang mama belum pernah jumpa,inshaAllah satu hari nanti akan cuba dijejak kasih, sepupu anak arwah abang kepada mak mentua mama.



Anak-anak seronok bermain sebab ada yang melayan,sampaikan tak mahu balik, sebab ada yang melayan,maka mama boleh makan dengan tenang siap bertambah-tambah, berta pun makin bertambah lah ni,haii takut pulak nak naik penimbang...hahaha


inilah izati yang rajin melayan anak-anak mama bermain, adelya pun bukan main mesra lagi,makan pun sebelah kakak,kakak bangun je dia pun bangun,mulut riuh dok panggil "kakak..kakak.."

Kat rumah makcik pun kami lepak sampai ke petang,balik tu jalan ampang sedikit sesak...layan je la mungkin ramai yang pergi beraya itu yang jalan jadi sesak agaknya. apapun raya kali ini memang terasa kemeriahannya...yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesrakan... moga ikatan persaudaraan ini terus kukuh...inshaAllah

Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 25 July 2015

adam,adrien,adelya...bunga dan sapu sampah

Assalamualaikum...

masih cerita dikampung...seronok suasana pagi di kampung.

adelya mengajak mama berjalan-jalan melihat bunga-bunga wan yang ada di halaman rumah.

Tengoklah anak dara mama ni,masih berbaju tidur ajak mama berjalan, tengoklah itu sampai ke jalan raya adelya pergi,siap petik bunga yang wan tanam tu...

sekarang ni kalau mama atau papa panggil "adelya.." mesti dia jawab "apa dia?" lepas tu senyum-senyum tengok mama,pandai sangat dia ye,becok sungguh mulutnya bercakap,pandai juga membuat ayat sehingga 4 perkataan "mama..mana selipe adik?" haaa...kadang-kadang bahasakan diri adik, kadang-kadang yaya@aya je...dekat abang adam dia panggil abang adam, dekat abg adrien dia panggil yeyen je.


pepagi cuci mata dengan bungaan yang wan tanam, terasa segar sedikit biji mata ni kan...hehehe sambil teman adelya berjalan,mama pun snap la pic bungaan yang ada, nampak juga la naluri wanita anak dara mama tu,sukakan bunga walaupun kasarnya boleh tahan..hehehe

hero yang berdua tu pulak..


abang adam dan adrien..tolong atok menyapu sampah dibelakang rumah, dengan baju tidur belum mandi terus tolong atok sapu sampah,kemain rajin lagi..pada hal menyibuk je lebih tu...hehehe tapi takpe la ada juga kerja yang mereka nak buat selain dari mengadap tab je..

nampak tak abang adam kat mana? hahaha cari betul-betul..baju dah warna hijau sama warna dengan daun,sampai tak nampak mana satu abang adam mana satu daun.

seronok sangat menyapu sampah dengan tok sampaikan masa nak balik tu,adrien siap cakap " yen taknak banggik(balik) yen nak duduk sini sapu sampah" amboii..bukan main lagi menunjukkan kerajinan taknak balik rumah sebab nak tolong tok sapu sampah.

banyak juga aktiviti anak-anak masa dikampung...sesekali balik biar anak-anak bermain dengan sepuas-puasnya,bermain daun dan  tanah,berlarian di tengah panas.

 Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Thursday, 23 July 2015

riang ria syawal kedua & ketiga

Assalamualaikum....

Cerita syawal masih diteruskan...raya kedua mama dirumah mentua pula..Moh kita beraya kerumah saudara sebelah buah hati mama pula.

Kami ke felda sungai koyan, berkunjung ke rumah kakak abah mentua mama..perjalanan yang agak jauh,macam biasala hampir 2 jam baru sampai, tapi biasalah dihari raya inilah kita nak saling kunjung mengunjungi jadi perjalanan yang jauh itu tidak dirasai, cuma abang adam je sibuk tanya "tak sampai lagi ke?abang tak sabar nak raya ni" hehehe..tapi bila sampai ke rumah yang dituju taknak pula dia masuk,main diluar je,bila orang bersalam nak balik barulah dia lapar...macam-macam lah abang adam nih..siap dapat bekalan 3 bekas kuih raya



perkara yang mesti dilakukan ketika beraya..hahaha..orang tua sibuk bersembang yang muda sibuk nak bergambar..hahaha layankan aje.. untuk raya kedua ni kami berkunjung ke sebuah rumah sahaja.

pada petang raya pertama kami berkunjung ke rumah saudara abah mentua juga di temerloh, tapi tak sempat pula nak bergambar, tersesat mencari rumah..al kisahnya, rumah sudah bertukar rupa, tahun lepas pergi rumah lain,kali ini rumah sudah berwajah baru..hehehe ingatkan dah salah masuk jalan rupanya betul tapi tak perasan rumahnya, dah la masa sampai tu dah pukul 8malam.

Balik dari sungai koyan tu, jalan agak sesak tapi mama lupa dah kat mana sebab ada kemalangan.. adik ipar ajak beraya dirumah kawannya, tetapi mak mentua sudah malas hendak pergi sebab hari sudah hampir maghrib katanya, jadi kami satu kereta menuju jalan pulang, abang ipar dan adik-adik ipar pergi sambung beraya ke rumah kawan.

Syawal ketiga... kami beraya ke pekan, pahang..ke rumah rumah uncle azman, kawan abah mentua, selepas beraya dirumah uncle azman, sempat lagi kami singgah di pantai lagenda yang terdapat di kawasan berdekatan sementara menunggu untuk berkunjung ke rumah besan mak abah mentua pula..

Kami semasa di pantai lagenda @ pun pantai Air leleh, pekan, memang seronoklah anak-anak mama kat sini siap minta nak mandi laut lagi..alahai anak,kita nak pergi beraya la bukan nak mandi laut, tapi sempat juga la anak-anak bermain pasir,habis berpasir kepala dibuatnya hahaha...layankan aje la


sesekali amik gambar berdua..hehehe, jangan ada yang bernanah mata lak tengok gambar mama ngan buah hati mama ni ye..hahaha... kebetulan ipar-ipar melayan anak-anak,papa mama pun bergedik la sekali sekala,bergambar berdua..

selesai sesi bergambar, perjalanan diteruskan ke rumah besan mak abah mentua yang terletak di kampung semangat,pekan..bukan setakat dijamu biskut raya kami juga dijamu dengan nasi,kenyang la makan.berselera dibuatnya, malam tu balik sampai dikampung pukul 10malam, mujur mama bawa siap-siap baju spare,anak-anak mandi dirumah besan mak abah mentua je..sampai kampung terus tidur je..lena sampai pagi sebab kepenatan.

begitulah cerita syawal kedua dan ketiga mama bersama keluarga.


 Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 22 July 2015

Riang ria syawal pertama

Assalamualaikum...

Aidilfitri kali ini giliran beraya sebelah mama pula,tapi sebelum balik kampung mama balik kampung buah hati mama dulu,sempatlah berbuka dan bersahur bersama family in law dan sempat juga mama menganyam ketupat palas bersama biras mama.

Riang ria dihari raya...syawal pertama menanti tetamu datang,jiran tetangga dan berkunjung ke rumah jiran, seronok sangat,walaupun sedikit berbeza kalau dulu berjalan bersama mak sekarang kami adik beradik je tapi tetap meriah.


Berphoto gedik dulu sebelum tetamu sampai...hehehe inilah kejenye kan, kalau arwah mak ayah ada ni mesti geleng kepala tengok anak,menantu cucu-cucu hantu kamera


Yang perempuan je nak bergambar,sekali anak bujang mama pun nak join..layan je la kot tak bagi kang merajuk pulak,kakak sulung tiada kerana beraya dirumah mentua.(mentuanya pun sekampung dengan mentua mama hehehe)


Tengok tengah terik mentari kami beraya,itu bukan kamera effect tapi memang betul matahari tegak atas kepala tu..pukul 12tengahari berjalan raya...hihihi ye la mengejar waktu solat jumaat pulak kan.

Seronok berhari raya dirumah jiran tetangga,walaupun mak ayah dah tiada hubungan dengan jiran-jiran masih baik dan tradisi berkunjung setiap kali raya masih diteruskan.



hero-hero mama dihari raya..orang sibuk makan biskut raya budak berdua ni sibuk makan mamee, hensem pulak mama tengok anak-anak mama berbaju melayu pink nih...hahaha haruslah mama memuji anak-anak sendiri kan.


anak-anak mama bersama sepupu-sepupu mereka disebelah family mama, sebelah buah hati mama baru seorang..inshaAllah coming soon akan bertambah. seronok tengok aksi berbudak ni bergambar macam-macam gaya, amboii...adrien dengan princess daeisha tu bukan main lagi ye...


sebelum berjalan raya sempat lagi berposing ramai-ramai, macam-macam gaya ada


Di hari raya kedua sempat lagi adik-beradik yang ada kat rumah tu, bergedik santai, siap angkut tikar dan segala bekas kuih duduk depan halaman rumah, bukan setakat berposing, tetamu datang beraya pun duduk menjamu selera dekat halam rumah,mujur cuaca ok tidak hujan...kalau hujan jenuhlah nak berlari selamatkan diri..hehehe



Yang paling bermakna raya kali ini, family in law bertandang ke rumah mama dikampung, semua datang beraya, seronok rasanya...hehehe memang rumah mentua dengan kampung mama tak jauh pun dalam 10-15 minit perjalanan je...hehehe

last sekali untuk entri kali ini...layankan gambar princess berdua nih



princess daeisha dynara


princess adelya azra

Ok itu je lah cerita syawal pertama mama bersama keluarga, nanti mama update lagi, perlu dibahagi ke beberapa bahagian sebab banyak gambar dan banyak mama nak cerita hehehe..


Allahhumasollia a'la sayyidina Muhammad
Waala a'lia sayyidina Muhammad

Wassalam.


Tuesday, 21 July 2015

Salam aidilfitri


Assalamualaikum....

Sudah ada yang mula bekerja ke? Mama masih bercuti,khamis baru kerja.


Tema tahun ini...pilihan buah hati mama.. pink hihihi...bila hantar gambar kat grup wasap..ramai yang kata eh..nak pulak buah hati mama tu pakai pink.. buah hati mama tu ok je...apa ada hal pink pun ok katanya..masih macho dan hensem hehehe...

Ok la...nanti mama update cerita raya pula ye...masih belum ada mood untuk bercerita...

Wassalam


Thursday, 16 July 2015

Selamat tinggal ramadhan,selamat datang syawal

Assalamualaikum...

Sudah hari terakhir kita dibulan ramadhan yang mulia ini..terasa masih banyak ruang-ruang dalam bulan ini yang kosong tanpa diisi dengan amalan yang sepatutnya...ujian buat mama pada ramadhan kali ini...moga masih berpeluang untuk berjumpa ramadhan akan datang dan semoga ruang-ruang kosong itu dapat diisi sepenuhnya nanti.

Esok syawal bakal menjelma, hari kemenangan buat umat islam.. bergembiralah jangan berdukacita..

Alhamdulillah...mama sekeluarga sudah selamat tiba dikampung,semalam lagi.. jalan pun masih ok tidaklah sesak sangat. Tahun ini mama akan beraya di kampung mama pula, jadi hari rabu dirumah mentua,dapatlah berbuka dan bersahur sekali dikampung..khamis baru gerak ke kampung mama pula,dapatlah berbuka dikampung mama pula,sedih juga memikirkan adik mama yang keseorangan dikampung..entah apa la yang dimakan selama berbuka seorang diri,tentu dia bersedih dirumah pusaka itu apatah lagi dialah orangnya yang berada disisi arwah ayah ketika arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal puasa 8 tahun lalu.

Semalam petang..sempatlah juga mama bersama biras membuat ketupat palas.. hihihi mama pun dah ingat-ingat lupa cara membuatnya tapi alhamdulillah menjadi juga,petang ni pula nak buat juga dikampung mama,inshaAllah..kalau ada daun palasnya tu.

Banyak juga yang hendak dibuat dikampung mama tu..moga segalanya dipermudahkan inshaAllah...

Dikesempatan ini..mama ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa semasa memberi komen diblog kawan-kawan dan maaf juga andai ada tulisan mama diblog ini mengguris hati dan membuat kawan-kawan berkecil hati.

Salam aidilfitri..maaf zahir dan batin

Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Wednesday, 15 July 2015

Kasut raya

Assalamualaikum...

Pusing-pusing juga mama nak mencari kasut anak-anak, yang mama berkenan saiz pulak tiada. Kasut hero-hero dah beli tinggal kasut adelya belum berjumpa..

semalam mama papa pergi ke aeon bukit tinggi meneruskan misi mencari kasut untuk adelya,alhamdulillah jumpa juga akhirnya,papa pilih warna pink,mama berkenan yang lain,akhirnya mama rembat dua-dua...hihihi sebab harga dua pasang kasut tu sama harga dengan kasut abang-abang jadi adillah kan hihi.

Disamping tu beli juga t shirt kartun kesukaan anak-anak robocar poli..dah semua sama untuk ketiga-tiga anak kata papa,biar anak-anak pakai sedondon nanti..

Balik rumah..mama suruh cuba kasut, adelya nak pakai yang pink je,yang mama pilih adelya langsung tak mahu pakai...huhuhu


Kasut raya anak-anak mama..mama punya kasut raya tiada,guna saja kasut kerja..masih elok lagi hihihi

Alhamdulillah...persiapan raya yang ala kadar ini telah pun selesai,tunggu syawal tiba pula ye. Sudah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung hari ini,moga semuanya selamat pergi dan pulang.

Wassalam

Monday, 13 July 2015

rezeki adelya

Assalamualaikum...

al-kisahnya, mama ada la order sehelai tudung untuk adelya, mama ni dah la takut nak order online nih, tapi cekalkan hati la juga sebab dah berkenan kat instant shawl untuk kanak-kanak tu, hajatnya nak pakaikan untuk adelya raya nanti.

Berdebar mama tunggu tudung tu,sekali dapat bukan seperti yang mama nak tu, warnanya sama tapi patternnye lain, tapi mama tidak kisah sangat,dalam pada tak kisah tu mama tetap juga wasap pada penjual tu, ye lah mama kena juga bagitahu, takut-takut yang mama dapat tu orang lain punya kan.

Si penjual kata, staff tersalah pos,nanti akan pos yang baru, jadi mama tunggulah juga tudung yang baru,sekali datang pattern sama warna pula yang berbeza...hehehe oh tidak mengapalah, sudah dihantar, mama cakap, mama bayar sahaja lah untuk tudung yang satu ini juga, jadinya dapatlah dua tudung untuk adelya nanti,walaupun mama tahu takde lama mana adelya nak pakai pun nanti...


Sekali si penjual balas wasap kata..takpe dia bagi tudung tu percuma sahaja sebab staff tersalah bagi, tak perlu bayar, eh betul ke ni? ye betul...Alhamdulillah  syukur diatas rezeki yang diberi untuk anak mama.. Alhamdulillah rezeki juga buat mama kerana berurusan dengan penjual yang baik hati.


 inilah instant shawl free untuk adelya...cantikkan

Tentu penjual ini seorang yang ikhlas, baik hati dan jujur dalam berniaga, moga Allah terus mudahkan urusannya dan murahkan rezekinya dalam perniagaan.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

pot luck iftar bersama jiran tetangga

Assalamualaikum....

group wasap dengan jiran-jiran berbincang untuk berbuka puasa bersama-sama. mama dah bercadang nak bikin buah melaka je, malas dah nak fikir menu lain. sekali dapat pula wasap personal dari kak ruby, ketua jiran lorong rumah ni la... kalau dapat tempoyak ubi kayu pun sedap juga..ntah macammana kak ruby boleh tahu mama tahu masak tempoyak ubi kayu tu...hmmm minta buah hati carikan bahan-bahan, kalau ada bolehlah mama buatkan.



juadah yang tersedia masa iftar tu..macam-macam ada kenyang perut mama makan semua sedap-sedap, juadah yang mama sediakan tempoyak ubi kayu (alhamdulillah...menjadi jugak tapi ralat rasa sebab tak cukup pulak mama buat,ada yang siap berpesan jangan ambil sampai habis, ada yang siap kikis-kikis tupperware tu...aduhaiii kesian pulak...nanti lah mama buat lebih banyak) satu lagi yang mama buat mestilah buah melaka tu..hehehe alhamdulillah semua habis dan jiran-jiran kata sedap...

Dapat jiran yang baik itu juga merupakan rezeki dari Allah kan...dapat beramah mesra macam ni sesekali..merapatkan hubungan dan saling mengenali. alkisahnya..tempoyak ubi kayu mama tu, tertumpah sedikit masa abang adam bawa..mama ok la tumpah sedikit, jiran depan rumah mama kari daging seperiuk tertumpah...alahai..bukan rezeki kan, kesian ibu mengandung tu, penat memasak, kari tertumpah pula...

Alhamdulillah...majlis iftar bersama jiran-jiran berlangsung dengan baik,walaupun ada jiran yang tidak dapat turut serta,takpe nanti raya kita buat majlis lagikan. Anak-anak yang paling seronok semalam, berkejaran dengan kawan-kawan,maklumlah jarang dilepas bermain diluar, bila sesekali berpeluang, bermain sampai baju lencun dek peluh,mama bawa balik mandi,minta untuk keluar lagi, tapi memang tidak dapatlah kan, sudah hampir pukul 9 malam...penat sangat bermain, semuanya tidur awal kepenatan.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Saturday, 11 July 2015

projek mama dengan anak-anak

Assalamualaikum....

Pagi ini..mama bikin projek dengan anak-anak,saja nak beraktiviti bersama dengan anak-anak di bulan ramadhan ini.





Inilah projek mama tu... buat biskut raya hahaha...alah biskut yang senang je pun, memang niat untuk buat yang senang je supaya anak-anak dapat membantu... buat biskut cornflakes madu, bukan untuk dimakan waktu hari raya pun, tapi untuk dimakan sekarang, alhamdulillah anak-anak pun suka makan.

Dari penuh bekas kuih tu, sekarang dah tinggal separuh bekas, itu belum kira masa tengah buat,sambil buat sambil makan, adelya pun turut membantu...hehehe dan adelya juga yang paling banyak makan... "mama..nak adi (lagi)" ...sekejap-sekejap minta..

Alhamdulillah..projek kali ni berjaya,nanti mama akan fikirkan projek lain pula bersama anak-anak, bukan apa saja nak mencipta waktu berkualiti bersama anak-anak, bukan setakat bawa bercuti, dirumah juga boleh asalkan mama mahu berusaha kan...

dua hari bercuti ni juga,mama dok jadi zombi dekat rumah,bukan marah anak-anak tapi main hantu-hantu dengan anak-anak...tengah anak-anak tengok tv mama saja usik jadi zombi, bertempiaran anak-anak melarikan diri termasuklah adelya...hahaha kelakar tengok adelya melarikan diri... mama ni macam takde benda lain nak main..ada ke main hantu-hantu, alah tidak kisahlah kan, janji dapat bermain dengan anak-anak, sudah penat abang adam berlatih membaca,kita main sesuatu yang menggembirakan anak-anak pula.

Allahummasolli'ala sayyidina Muhammad
Waala'ali sayyidina Muhammad

Wassalam.

Friday, 10 July 2015

handbag raya untuk mama


Assalamualaikum....

Jumaat terakhir dibulan ramadhan dah kita ye, sekejap saja masa berlalukan...di akhir-akhir ramadhan ini moga amalan dapat ditingkatkan dan semoga segala amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan ini diterima oleh Allah swt.

ehemmm...pepagi dah dapat handbeg baru, long champ lagi katenye...hehehe oh bukan buah hati mama yang bagi ye...mesti ingat buah hati mama yang bagi tu... handbag hari raya ni  mama dapat  dari puspanita..pepagi lagi bos mama datang suruh pilih beg..wahhhh bestlah, ada banyak warna boleh pilih...



inilah beg yang jadi pilihan mama,purple biji kuning lagi pilihan mama...hehehe, dapat beg,barulah semangat nak bercuti-cuti raya...amboi sangat, pada hal kerja masih banyak yang menanti nih, pejam mata sajalah dulu... ok mamanak buka tengok beg baru mama ni dulu ye...

Sampai jumpa lagi inshaAllah...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam



Thursday, 9 July 2015

dari dapur mama

Assalamualaikum....

Maaflah mama nak tepek gambar makanan kali ini, sajalah ye...inipun yang sempat mama amik gambar, selebihnya memang tak sempat pun.



yang wajib dibuat pada bulan ramadhan..buah melaka la...mesti buat walapon sekali, yang atas tu agar-agar coklat oreo, yang biasa orang buat tu heavenly milo oreo ke apa namanya tu...mama pun lupa, disebabkan dekat dapur mama tiada milo jadi mama tukar dengan koko tok aba..rasanya tetap sedap, bagi mama lah..layan je makan sejuk-sejuk.
 


ini pulak..tengah mama buat keje yang tak berapa nak kusyuk tu,dapat pula mesej dari buah hati mama yang berbunyi..." ketam masak cili...perrrggghhh" tetiba satu lagi mesej masuk " kerabu udang dan sotong"...hmmm...macam nak kena masak je tu...jadi pada petangnya jadilah masakan yang tak pernah mama cuba masak lagi... ketam masak cili dan kerabu udang & sotong...tapi buah hati mama makan berselera,kira ok lah rasa masakan mama tu ye..


nasi ayam madu katanya...hehehe ini bila mama dah tak tahu nak fikir masak apa, terus terlintas di fikiran, kita masak nasi ayam je lah..buah hati mama pun setuju, jadi moh ler perap ayam bersama bahan-bahan yang diperlukan, makanya terhasillah nasi ayam madu..yang mama taram je resepinya ikut suka mama, yang penting boleh dimakan, ayam tu nampak hangit diluar tapi gebu didalam ye...ahahaha...


ketam telur masin...ini gambar yang mama masak sebelum puasa, tapi boleh lah guna gambar ini je kat sini..hehehe, inipun mama main hantam je resepinya,pernah baca kat mana entah,pastu mama main ingat-ingat je masa buat tu dan inilah hasilnya..tak berapa nak mabelles mama rasa, kena tingkatkan lagi dari segi rasa, mungkin ada bahan yang mama tertinggal agaknya tu, biasalah buat pertama kali kan, kali kedua mesti sedap nanti...


Tiramisu ni mama buat dua kali dah, pertama kali masa adik beradik datang berbuka dirumah mama dengan bangganya mama hantar gambar ini ke grup wasap adik-adik ipar dan biras..hehehe bajet terror la sangat memasakkan...bukan apa saja berkongsi juadah yang mama masak, tapi bukan selalu pun mama share kadang-kadang je...segan juga nak share selalu kan...sudahnya adik-adik ipar teringin juga nak makan, mama pun buat kali kedua semasa family in law bertandang ke rumah minggu lepas.


kesnya mama tak tahu nak masak apalah ni...ikut hati nak goreng telur dan buat sambal kicap je makan dengan nasi panas-panas, mama tetap selera je menyuap,mama bab makan mudah je, nasi dengan telur goreng,ayam goreng..hatta nasi dengan tempe goreng dan sambal kicap pun jadi, siap makan bertambah-tambah lagi,tapi memikirkan buah hati kalau makan nasi perlu berkuah jadi mama tak bolehlah pentingkan diri sendiri, semalam teringat buah kuini yang mentua bawa minggu lepas, terus gigih menumbuk cili membuat sambal kuini, mama goreng ayam dan goreng ikan, lepas tu mama buat sayur lemak fucuk dan suhun ni dicampur udang sikit...berselera mama makan, buah hati pun makan bertambah...makan macam ni lagi sedap....

hai cukuplah tu gambar makanan,mama pulak yang tertelan ailio tengok gambar makanan nih...

tetiba mama terasa nak buat sedikit biskut raya bersama anak-anak weekend nih, jadi ke tidak tu tak tahu lah lagi hehehe..dah ada sejenis dua dok berlegar-legar dalam otak mama yang mama plan nak buat ni.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 6 July 2015

family in law bertandang dan shopping

Assalamualaikum...

Seperti dijanjikan weekend lepas family mentua datang bertandang. tak beragak pagi jumaat tu mama wasap adik ipar minta mak mentua masak lelebih  bawa ke rumah, sahur nanti nak makan masakan mak...hahaha bertuah punya menantu, tapi memang bertuah pun sebab kata adik ipar,mak masak makanan peberet mama lagi..tempoyak pucuk ubi...adoiii memang terbaiklah. i luv u mak...

Pagi sabtu...pukul 4 pagi mama dah bangun masak nasi dan panaskan lauk-lauk yang dibawa oleh mak mentua, tempoyak pucuk ubi, ayam masak lemak dan bawal masak sambal...semua sedap-sedap nih, lepas tu baru mak mentua bangun diikuti dengan yang lain-lain, makan ramai-ramai memanglah sedap,sampaikan abah mentua bertambah dua kali.. mama pulak ofcos bedal tempoyak pucuk ubi  tu, sedap sangat..

Pagi sabtu...plannya memang untuk bershopping, kami tuju ke sacc mall, singgah di booth yang ada kat depan sacc mall tu,lepas tu ke pkns pulak.memang adik-adik ipar,mak dan abah nak mencari baju raya,mama anak-beranak meneman aje sebab kami dah membeli awal-awal lagi, tapi seronoklah dapat jalan-jalan cuci mata. selepas itu, kami serbu ke karnival mega raya di stadium malawati pula, dapat parking agak jauh, tapi berjalan juga la dah alang-alang sampai, lagipun cuaca redup tidak panas tidaklah penat sangat berjalan. geram je mama tengok dress-dress yang dijual murah dan cantik-cantik, geram je mama nak rembat selai dua, tetapi kena bersabarlah sebab baru je membelikan..hehehe, tapi sempatlah mama rembat 5 helai shawl, rm12 je sehelai.

balik dari karnival terus ke nsk mencari bahan untuk memasak, semua dah punya menu untuk memasak, jadi mama follow je..sampai kat rumah, abg ipar dan adik-adik ipar kalut didapur, mama goyang kaki je diruang tamu, bertuah sungguh mama ye,tetamu datang tetamu yang kena masak hehehe..dari lauk-pauk sampai ke air, semua tetamu mama yang buat,mama bersila makan je..

Selepas isyak..misi diteruskan untuk mencari baju raya, sudahnya bersahur pagi tu mama tak sedar untuk bangun,penat sangat berjalan siang dan malam sedar-sedar pintu bilik diketuk abang ipar...adoi teruk sungguhlah, turun bawah terus bersila makan je,semua dah tersedia.

mama sediakan tiramisu je, sebab adik-adik ipar request nak makan, minggu lepas mama buat post kat group...hehehe bajet terrorkan jadi tunjuklah kat semua orang, sekali adik-adik request mama buat, jadi mama buatlah jumaat tu, entahlah sedap ke tidak...

Ahad pagi...kami bawa semua pergi ke banting pula mencari kerepek untuk raya, dah alang-alang datang kan,bawalah berjalan-jalan sekali ke banting, cuak juga mencari mula tu sebab dah ingat-ingat lupa tempat jual kerepek tu, sudahnya tanya waze..hahaha pada hal dah betul masuk jalannya tadi tapi tak konfiden punya pasal keluar balik...sesampai je dekat fazz tu, ya Allah ramainya orang, menyelit juga la...hehehe sekali harung beli kerepek dan kuih raya..


macam-macam jenis kuih ada,siap kuih angry bird dan sponge bob pun ada,mujur anak-anak tak teringin nak membeli kuih tu... selepas habis membeli kerepek di banting, sekali lagi kami ke stadium kali ini agak letih kerana cuaca agak panas, sudahnya mama tunggu diluar sahaja, tidak larat hendak berjalan dan mengawal dua hero mama tu yang terlebih aktif,melompat-lompat ditengah orang ramai.

Niat untuk berbuka bersama petang ahad itu tidak menjadi kerana suami adik ipar perlu bekerja pada malamnya,jadi selepas asar family mentua pulang ke kampung,abang adam menangis berjejeh airmata keran nak mengikut balik,tapi sekolah belum bercuti macamana mama nak izinkan abang ikut balik, terpaksalah mama memujuk abang adam.

Dua hari yang memenatkan tetapi seronok sebab dapat bersama-sama bershopping,walapon mama hanya meneman dan dapat mencuci mata pun jadilah...walaupun rasa hati tu nak membeli dress yang cantik dijual, tapi kenalah bertabah menahan rasa hati itu hahaha..

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 3 July 2015

sedihnya hati mama

Assalamualaikum....

Terkadang terasa malas untuk menulis...haishh lah pada hal banyak yang hendak ditulis, nak share juadah berbuka yang mama masak...hahaha teruk sungguh,tapi nanti-nantilah..

Semalam banyak cerita yang mengundang airmata...

Paginya adik ipar taged mama dekat fb... dengan statusnya yang sedih ni (mama copy paste je statusnya)

Lagu raya dh start berkumandang di corong2 radio pg nie, rasa kosong raya tahun nie tanpa arwah tok. Selalu tiap kali raya mesti balik kg umah arwah tok, senyum jew sambut kepulangan kitaorang 1 family. Meriah raya di kg dpt makan rendang tok buat,(sedap smpai menjilat finger) tok siap pegi kedai jalan kaki dgn kitaorg semata mata nak belikn aiskrim utk cucu2 dia yg nakal nie, time tulah cucu2 nak manja dgn tok, Tp kini itu semua dh tak dpt kami rasai lg, hanya kenangan yg dpt mengamit memori kami 1 family..
feeling missing with Jinggo Azmi and 6 others.
 
kali pertama bagi acu (adik ipar mama yang bongsu) berpuasa dan beraya tanpa arwah tok, pasti terasa kehilangan,mama yang baru 6 tahun lebih masuk dalam keluarga ini turut terasa kesedihannya
 
Ingat lagi selepas berkahwin mama duduk termenung je ditangga tak tahu nak buat apa dirumah mentua, arwah tok datang duduk sebelah bersembang dengan mama..ramah, "takde buat apa kita duduk sajalah"  kata tok hahaha sempoi je..ingat nak suruh mama pergi buat kerja rupanya suruh mama duduk-duduk saja bersembang dengan dia, selepas itu arwah jugalah meneman kami ke temerloh mengambil gambar untuk buat kad kawin.

Kali pertama berkunjung ke rumah arwah yang merupakan rumah papan bertangga kayu sederhana tinggi, arwah pernah berkata pada mama " naik elok-elok,aok tak penah dak naik tangga gini?" alahai tok...cucu menantu tok nih bukannya orang bandar,rumah mama dulu juga punya tangga kayu yang tinggi,mama main lompat-lompat je atas tangga tu, tok yang sangat ramah, mesra.. pergi ke rumah arwah semua makanan dia nak keluarkan bagi anak cucu makan, melayan cucu-cucu yang nakal itu sampai sanggup berjalan kaki semata-mata nak belikan aiskrim untuk cucu-cucu, bukan cucu kecik tapi semua dah besar hehehe.

masa ramai-ramai dok ambil buah langsat yang berjuntai-juntai di pokok mama sempat ajak arwah bergambar, selamber je arwah bergambar dengan mama dibawah pokok langsat tu,sambil memegang dahan pokok langsat, gambarnya entah dimana mama simpan pun tak tahulah...

Petangnya pula...sekali lagi mendapat khabar sedih berkenaan kawan mama pula...

berbual-bual dalam group wasap, dia khabarkan berita sedih, mama tahu kawan mama kuat tetapi mama pula yang tidak kuat,gugur juga airmata ini...kandungan yang berusia 9minggu terpaksa digugurkan kerana anak yang dikandung sudah tiada denyutan jantung, beratnya dugaan Allah, sebelum ini tahun lepas dia juga keguguran...apapun mama doakan moga urusan sahabat mama yang seorang ini dipermudahkan olehNya..

Pesanan buat anak-anak mama :

Apapun dugaan dan ujian yang datang terimalah dengan hati yang terbuka,jangan berburuk sangka pada Allah, redha lah...sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.


Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam
 

Wednesday, 1 July 2015

mama dapat kad raya

Assalamualaikum....

pepagi dapat wasap dari buah hati mama menghantar satu imej denga caption "kad raya"...

pelik juga mama pada mulanya...ingatkan buah hati mama tu saja main-main,mama pun balas lah bila baca tulisan dekat kad tu "tak buat kuih raya pun tahun ni" hehehe

tetiba tengok balik gambar tu...eh ini ada orang bagi kad dekat mama ke? terus tanya buah hati "siapa yang bagi?" sebab ingatkan buah hati main-main hantar kad melalui wasap je...

DIARI SEORANG MAMA balas buah hati mama...oh tahulah mama siapa yang bagi, terima kasih YY bagi kad raya yang comel ni...


ini gambar yang buah hati mama bagi...hehehe(semangat pulak dia siap snap pic lagi...)

teruja mama dapat kad raya tau,dah lama tak rasa macam ni...hehehe tak sabar nak balik baca isi kandungannya.

Terima kasih yy bagi kad raya yang comel ni...terharu sangat..

Pesanan buat anak-anak mama :

Good friends are like star, you don't always see them but you know they're always there...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad



Wassalam