Monday 13 July 2015

rezeki adelya

Assalamualaikum...

al-kisahnya, mama ada la order sehelai tudung untuk adelya, mama ni dah la takut nak order online nih, tapi cekalkan hati la juga sebab dah berkenan kat instant shawl untuk kanak-kanak tu, hajatnya nak pakaikan untuk adelya raya nanti.

Berdebar mama tunggu tudung tu,sekali dapat bukan seperti yang mama nak tu, warnanya sama tapi patternnye lain, tapi mama tidak kisah sangat,dalam pada tak kisah tu mama tetap juga wasap pada penjual tu, ye lah mama kena juga bagitahu, takut-takut yang mama dapat tu orang lain punya kan.

Si penjual kata, staff tersalah pos,nanti akan pos yang baru, jadi mama tunggulah juga tudung yang baru,sekali datang pattern sama warna pula yang berbeza...hehehe oh tidak mengapalah, sudah dihantar, mama cakap, mama bayar sahaja lah untuk tudung yang satu ini juga, jadinya dapatlah dua tudung untuk adelya nanti,walaupun mama tahu takde lama mana adelya nak pakai pun nanti...


Sekali si penjual balas wasap kata..takpe dia bagi tudung tu percuma sahaja sebab staff tersalah bagi, tak perlu bayar, eh betul ke ni? ye betul...Alhamdulillah  syukur diatas rezeki yang diberi untuk anak mama.. Alhamdulillah rezeki juga buat mama kerana berurusan dengan penjual yang baik hati.


 inilah instant shawl free untuk adelya...cantikkan

Tentu penjual ini seorang yang ikhlas, baik hati dan jujur dalam berniaga, moga Allah terus mudahkan urusannya dan murahkan rezekinya dalam perniagaan.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

7 comments:

  1. rezeki adelya la ni.. mesti comel pakai tudung nanti..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.... rezeki si adelyna utk raya

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..rezeki syawal untuk adelyna :-))

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki adelya.. nnt da besar rajin pakai tudung ye. Kakak aimy pun pakai tudung kejap je.. inshaaAllah, nnt yaya da besar skit, dia akan nk pakai dgn sendirinya bila tgk mama pakai tudung.

    ReplyDelete
  5. aamiin

    akak ambil la pic adelya pakai pic tudung ni

    ReplyDelete
  6. awat tak tayang adelya pakai tudung ke?
    mesti comel. ke yang akak bagi WS aritu

    penjual tu buat gitu, insya allah, kemudian hari
    berlipat ganda rezeki dia
    sharelah contact dia kak. manalah tahu ada yang nak beli juga =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...