Sunday 26 July 2015

open house

Assalamualaikum...

Bulan syawal ni,asal hujung minggu je periuk kuali kita gantunglah kan..hehehe kebetulan minggu ni ada jemputan beraya,jadi mama ambil kesempatan tidak memasaklah.

Hari sabtu..beraya di rumah sahabat mama,sahabat satu sekolah dan satu kelas sejak dari tadika lagi...huhuhu banyak memori antara kami, tapi untuk kali ini mama taknak cerita memori daun pisang kami tu, mama cerita pergi beraya rumah sahabat mama je.

Rumah sahabat mama di pulau Indah, seronok kawasan rumah sahabat mama ni,halaman yang luas dan lapang,seronok anak-anak bermain dan berlari.



tengoklah tu luaskan halamanya, kami siap berbincang untuk buat makan-makan disini nanti...hehehe sebelah tu pulak ada homestay,pantai pun tidak jauh dari sini. Anak-anak dikejauhan tu entah apa yang mereka buat berlarian melihat pokok-pokok yang menghijau, bersama kawan-kawan ada saja yang mereka lakukan,cepat sahaja mesra budak-budak nih.


seronok nak bergambar bersama,abang adam dan adrien tu tak habis-habislah dengan gaya superhero.

 
Adelya pun semangat nak memanjat bersama kawan-kawan lain,mama nak angkat tidak mahu,hendak panjat sendiri, hai la..tak padan dengan berdress nak memanjat juga dia.


Mak-mak pun sibuk juga nak bergambar...hehehe layankan aje lah ye.

Lepas beraya dipulau indah, kami teruskan perjalanan ke rumah kakak mama pula,kakak mama pun buat open house juga. semestinya mama tak sabar bak makan lontong hasil masakan kakak mama tu, yang memang kami adik beradik tunggu-tunggu setiap kali raya..lontong terpaling sedap hehehe, bagi kami adik-beradik la


Adelya dah pandai berkawan..bersama dua pupu bermain..memang seronoklah anak-anak dekat rumah ibu ni,bermain sahaja tak ingat nak makan. mama lepak sampai malam,siap anak-anak mandi bertukar baju tidur barulah balik ke rumah, bukan apa kebetulan sepupu dari bangi pun datang, itu yang lama tu,bersembang punya pasal,almaklum lah lama tak berjumpa.

Ahad...menghadiri jemputan mak cik, emak saudara buah hati di taman melawati..

Sedap sangat makan nasi tomato,mama makan bertambah-tambah,ayam masak merah nye tu memang mabelles sangatlah..lepas tu mama bedal pulak mee kari, dah la minggu lepas masa berpuasa terasa-rasa nak makan mee kari,sekali dapat makan masa kat rumah makcik shima..hmmm memang sedap sangat,siap mama bungkus bawa balik hehehe...

Dirumah makcik,kami berkumpul bersama sepupu-sepupu sebelah buah hati mama, alhamdulillah mereka semua sporting,jadi tidaklah kekok mama dibuatnya,semua ramah jadi ngamlah tu,mama pun becoklah jadinya...hehehe..mak abah mentua tak dapat datang sebab mereka ke rumah pakcu di kuantan,jika mereka tak ke kuantan pasti mereka juga datang berkumpul disini...



Saja mama letak 2 gambar ni,sama tapi tak serupa, abg adam takde pada gambar pertama, abang adam ni memang susah nak disuruh bergambar. satu lagi peel abang adam nih,kalau pergi rumah orang mesti tidak mahu masuk dalam rumah nak main kat luar je, lepas tu bila orang nak balik barulah dia kalut lapar,nak makan..geram je mama dibuatnya.

sebahagian sepupu buah hati mama,ada lagi yang mama belum pernah jumpa,inshaAllah satu hari nanti akan cuba dijejak kasih, sepupu anak arwah abang kepada mak mentua mama.



Anak-anak seronok bermain sebab ada yang melayan,sampaikan tak mahu balik, sebab ada yang melayan,maka mama boleh makan dengan tenang siap bertambah-tambah, berta pun makin bertambah lah ni,haii takut pulak nak naik penimbang...hahaha


inilah izati yang rajin melayan anak-anak mama bermain, adelya pun bukan main mesra lagi,makan pun sebelah kakak,kakak bangun je dia pun bangun,mulut riuh dok panggil "kakak..kakak.."

Kat rumah makcik pun kami lepak sampai ke petang,balik tu jalan ampang sedikit sesak...layan je la mungkin ramai yang pergi beraya itu yang jalan jadi sesak agaknya. apapun raya kali ini memang terasa kemeriahannya...yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesrakan... moga ikatan persaudaraan ini terus kukuh...inshaAllah

Allahummasalli a'ala sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. wah...gembiranya anak2 beraya..sesekali berkumpul memng seronok kan

    ReplyDelete
  2. ramainya
    meriah kan bila berkumpul ramai rsmai jalan ampang. tak jauh dh tu dr rumah saya

    smlam pon jalan byk jem.nak nak duke
    kiri kanan kereta berbaris.pastu ada pula xcident

    comelnya adelya..

    ReplyDelete
  3. meriahkan kumpul rmai2 camni..lya stakat ni xde lg pegi mana2 open house

    ReplyDelete
  4. saya takat ni belum pergi mana-mana open house lagi
    dapat juga jemputan, tapi suami bekerja
    payah sikit nak pergi

    budak kalau dah jumpa kawan, mana nak bergambar
    afif dengan aisyah pun sama. puas mengajak =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...