Thursday 9 July 2015

dari dapur mama

Assalamualaikum....

Maaflah mama nak tepek gambar makanan kali ini, sajalah ye...inipun yang sempat mama amik gambar, selebihnya memang tak sempat pun.



yang wajib dibuat pada bulan ramadhan..buah melaka la...mesti buat walapon sekali, yang atas tu agar-agar coklat oreo, yang biasa orang buat tu heavenly milo oreo ke apa namanya tu...mama pun lupa, disebabkan dekat dapur mama tiada milo jadi mama tukar dengan koko tok aba..rasanya tetap sedap, bagi mama lah..layan je makan sejuk-sejuk.
 


ini pulak..tengah mama buat keje yang tak berapa nak kusyuk tu,dapat pula mesej dari buah hati mama yang berbunyi..." ketam masak cili...perrrggghhh" tetiba satu lagi mesej masuk " kerabu udang dan sotong"...hmmm...macam nak kena masak je tu...jadi pada petangnya jadilah masakan yang tak pernah mama cuba masak lagi... ketam masak cili dan kerabu udang & sotong...tapi buah hati mama makan berselera,kira ok lah rasa masakan mama tu ye..


nasi ayam madu katanya...hehehe ini bila mama dah tak tahu nak fikir masak apa, terus terlintas di fikiran, kita masak nasi ayam je lah..buah hati mama pun setuju, jadi moh ler perap ayam bersama bahan-bahan yang diperlukan, makanya terhasillah nasi ayam madu..yang mama taram je resepinya ikut suka mama, yang penting boleh dimakan, ayam tu nampak hangit diluar tapi gebu didalam ye...ahahaha...


ketam telur masin...ini gambar yang mama masak sebelum puasa, tapi boleh lah guna gambar ini je kat sini..hehehe, inipun mama main hantam je resepinya,pernah baca kat mana entah,pastu mama main ingat-ingat je masa buat tu dan inilah hasilnya..tak berapa nak mabelles mama rasa, kena tingkatkan lagi dari segi rasa, mungkin ada bahan yang mama tertinggal agaknya tu, biasalah buat pertama kali kan, kali kedua mesti sedap nanti...


Tiramisu ni mama buat dua kali dah, pertama kali masa adik beradik datang berbuka dirumah mama dengan bangganya mama hantar gambar ini ke grup wasap adik-adik ipar dan biras..hehehe bajet terror la sangat memasakkan...bukan apa saja berkongsi juadah yang mama masak, tapi bukan selalu pun mama share kadang-kadang je...segan juga nak share selalu kan...sudahnya adik-adik ipar teringin juga nak makan, mama pun buat kali kedua semasa family in law bertandang ke rumah minggu lepas.


kesnya mama tak tahu nak masak apalah ni...ikut hati nak goreng telur dan buat sambal kicap je makan dengan nasi panas-panas, mama tetap selera je menyuap,mama bab makan mudah je, nasi dengan telur goreng,ayam goreng..hatta nasi dengan tempe goreng dan sambal kicap pun jadi, siap makan bertambah-tambah lagi,tapi memikirkan buah hati kalau makan nasi perlu berkuah jadi mama tak bolehlah pentingkan diri sendiri, semalam teringat buah kuini yang mentua bawa minggu lepas, terus gigih menumbuk cili membuat sambal kuini, mama goreng ayam dan goreng ikan, lepas tu mama buat sayur lemak fucuk dan suhun ni dicampur udang sikit...berselera mama makan, buah hati pun makan bertambah...makan macam ni lagi sedap....

hai cukuplah tu gambar makanan,mama pulak yang tertelan ailio tengok gambar makanan nih...

tetiba mama terasa nak buat sedikit biskut raya bersama anak-anak weekend nih, jadi ke tidak tu tak tahu lah lagi hehehe..dah ada sejenis dua dok berlegar-legar dalam otak mama yang mama plan nak buat ni.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. Kueh ondeh2 sampai sekarang tak jumpa2 lagi nak makan :-((

    ReplyDelete
  2. Amboi semuanya nampak menyelerakan ni.. rajin betul akak masak semua kuih ni.. dalam gambar akak banyak2 ni saya penah buat utk puasa ni masak telur masin dan sup ayam je.. huhu betapa xrjin saya ni..

    ReplyDelete
  3. tgk puding milo oreo tu..tringin nak buat...suke yg ade coklat2 ni..buah melaka pun suka..nyummm...kalo org rajin mmg buat color pandan la kan.. baru manis je tgk...makan pun sonok, heeee~

    ReplyDelete
  4. tetiba teringin pulak nak buat agar2 milo tu hhihihi. tengok la kalau sempat jap lagi boleh buat. bahan pun ada hihihihi.

    sambai kuinin tu kak perghhhhh cicah dgn kacang panjang ke timun ke kannnnn

    ReplyDelete
  5. adui kak...menyelerakan tengok gambar air tangan akak ni
    pusing milo oreo tu kan, penah cuba buat
    tapi tak jadi...hehe
    memang tangan tak pandai masaklah saya ni =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...