Assalamualaikum....
pernahkah berkhemah? mama pernahlah sekali ikut orang pergi berkhemah, meredah hutan dan sungai sebelum sampai kawasan perkhemahan tu, seronok juga lah, tapi kurang seronok dengan beberapa orang yang menyertai perkhemahan itu... lupakan pasal perkhemahan mama tu.
mama nak cerita pasal perkhemahan anak-anak...wahhh kecil-kecil lagi mama dah bagi anak-anak pergi berkhemah ke? hehehe...
seronok anak-anak dapat berkhemah bersama-sama, tengoklah adrien tu siap berbaring minum susu dalam khemah, ok lah juga muat-muat untuk mereka bertiga duduk baring dalam tu, mama papa join jadi sempitlah huhu...
petang semalamlah...saja berjalan dekat mr diy,giant kemuning, sekali tengok ada 2 khemah tergantung diatas.. satu pink,satu biru, yang biru itu pun menarik hati juga, ikutkan nak je mama rembat kedua-duanya, tetapi hanya satu saja diberi pilihan, memandangkan abang-abang sudah dibelikan kasut,adelya punya belum jumpa kasut yang mama berkenan,jadi mama beli khemah pink, supaya nanti adelya juga mendapat sesuatu walaupun bukan kasut...
jadinya semalam berkhemahlah 3 beradik tu didalam rumah sahaja, khemahnya mudah dipasang dan mudah juga disimpan siap ada beg lagi, kata papa bolehlah nanti dibawa jika ke pantai...alaaa khemahnya ringan,nanti mudah saja diterbangkan angin. berangan saja entah bila lagi hendak ke pantai pun taktahu lah.
apapun moga anak-anak lebih seronok bermain dengan adanya khemah baru, sesekali perlu juga berikan permainan yang luar dari kebiasaan mereka bermainkan, asyik-asyik lego, mama pun bosan juga,tambah-tambah bila mama terpijak lego yang kecil-kecil..aiii...menyirap juga dibuatnya, haaa... dapat khemah ni,mama tengok corak permainan anak-anak juga berbeza...abang adam jadi ayah, adrien jadi mak..adelya masih tetap jadi baby...pandai pulak mereka berfikir tu...hehehe, siap ayah bawa bas pergi memancing, sofa itu dijadikan bas...hehehe layankan saja.
Bermain adalah hak anak-anak jadi biarkan mereka bebas bermain dan meneroka...kalau mama dulu pun selagi tak senja tak balik rumah, cuma anak-anak sekarang mama biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja, bawa ke taman pun tidak...
Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
berapa harga khemah ni?dah lama nak belikan untuk Thaqif tapi belum jumpa
ReplyDeleteKat MR.diy dlm RM45.90 je rasanye yg pasti bawah 50hinggit la....;-)
DeleteCikna pun kurang suka dgn Lego ni dgn t'pijaknya kita yg sakit blm lg kes ni mls mengemasnye kalau main pndi sngt...
ReplyDeleteMama aryan azra, Mama eMMe pun beli khemah juga utk twin...dowg nak main sekejap je, pstu gado, gado lak dlm khemah, senget2 dah khemah tu...mmg ringan n mudah terbalik... last2 dowang wat main tarik2..cam tarik upih tu, hahahaha! beli kat groupon mama..murah.. siap beli balls lagik, hahaha! campak2 hilang dah bolanya...
ReplyDeletesaya penah berkhemah tapi zaman sekolahlah
ReplyDeleteanak saya pun ada bnda camni tapi cam rumah
dengan saya-saya pun main sekali...hehe
agak beso jugalah sebab saya boleh masuk =)
mesti seronok bebudak tu
afif dgn aisyah pun sampai sekarang seronok lagi main benda tu
walhal dah bertahun ada dalam simpanan
Pernah la beberapa kalo camping zaman dulu2..
ReplyDeleteseronok camping ni.. hihi..
Comelnya khemah yaya.. blh main nyorok2.. haha..
comelnya khemah dia..pink2...si abg pon tumpang sekaki..
ReplyDeletehaha, berkhemah kat gunung, tasik, hutan dan pantai pernah..dalam rumah ni belum..
ReplyDeletesaya terfikir juga nak beli khemah ni masa dulu, tapi memikirkan kot selerak jadi malas pulak belinya. hah, kedekutnya saya kan..
padahal kalau anak2 main ni pasti seronok je deme ni..
walaupun di dalam rumah tetap seronok tengok gelagat mereka..
ReplyDeletemenggermbirakan anak2 bukan sekadar tanggunjwb ibu bapa tapi juga merupakan kepuasan ... saya x pernah join perkhemahan . tetiba terbayang lintah / pacat memanjat kaki lak ... hehehee
ReplyDeletecara bermain dulu dgn skrg mmg berbeza
ReplyDeleteikut peredaran masa.
kalau dlu blh dikatakan selamat bermain dluar rumah skrg mcm mcm kna pikir. smntara nk mmbesar kan kak biarlah mereka bermain dala rumah pon x pa.janji dpn mata.
khemah ni besar kan kak. pernah tengok dekat rumah sepupu aritu. tapi tula buat masa ni belum berkemampuan lagi nak beli khemah mcm ni dekat uwais hihihi. boleh sumbat patung2 adelya dalam tu jugak hihihihi
ReplyDelete